Walaupun ramai orang bercakap tetapi sukar untuk dibuktikan. Kes Gani Patail tidak mahu mendakwa Bible Society Malaysia atas kesalahan Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (KawalanPerkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Seksyen 9 membuka mata kehairanan dan seolah-olah mengesahkan dakwaan bahawa Peguam Negara ini ada pilih-pilih kes untuk didakwa dan yang mana untuk beliau tidak teruskan.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini mungkin mencatatkan sejarahnya seolah-olah membuktikan kebenaran sangkaan orang ramai selama ini terhadap Gani Patail.

Kes 1: Mendakwa Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman atas tuduhan menghasut. Didakwa di mahkamah sesyen di Kajang pagi tadi.

Kes 2: Mendakwa ADUN Seri Delima RSN Rayer di mahkamah sesyen Pulau Pinang. Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Razali Che Ani mohon kes ditangguh dan peguam Rayer akan mohon Peguam Negara untuk gugurkan pendakwaan (laporan Utusan Online).

kes-UZAR-Rayer-berbeza

Apakah ini menjadi satu lagi sebab untuk orang ramai mengesahkan spekulasi yang kuat berlegar?

FB-Yuseri-GaniAGHingga seorang FBer berani membabitkan ‘Gani dengan ‘underworld'” di status FBnya pagi ini:

Isu MAIS : Keputusan ‘buang kes’ oleh Peguam Negara (AG) disebabkan Ghani Patail gagal berfikir & mempertimbangkan keputusan berlandaskan kepentingan agama, bangsa & negara – AG khuatir implikasi keputusan yang dibuat menyebabkan ugutan terhadapnya dilaksanakan oleh pihak tertentu – Inilah padah bila AG dikatakan mempunyai skandal & terlibat dengan ‘underworld’ di mana ia membuka ruang kepada pihak tertentu menjadikan penglibatan AG sebagai alat dalam mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara – Justeru adalah wajar Suruhanjaya di Raja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan orang ramai melibatkan Ghani Patail (AG)!

Bagi saya, saya tetap menyokong PEMBELA dan NGO-NGO Islam seluruh Negara yang sedang melancarkan kempen supaya Gani Patail letak jawatan atau digugurkan dari jawatan Peguam Negara dengan kadar yang segera.

Kiriman saya yang berkaitan sebelum ini: