Pandangan sahabat saya, Zulkifli Nordin (dipetik dari blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/), dalam menghadapi kedegilan Gani Patail …

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kemelut penahanan 300 bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS dan pendirian Peguam Negara tidak mahu mengenakan sebarang pertuduhan terhadap Persatuan Bible Malaysia.

enakmen Selangor 1988-coverApa yang jelas, bibel tersebut mengandungi perkataan dan kalimah yang tanpa sebarang keraguan melanggar peruntukkan Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor.

Persoalannya sekarang, dengan keengganan AG/ Peguam Negara untuk membawa sebarang pertuduhan, apakah status kes tersebut. Satu kesalahan jenayah terang-terang telah dilakukan, tetapi tindakan pertuduhan jenayah tidak boleh diambil kerana AG enggan bertindak atas alasan-alasan dan sebab-sebab yang telah beliau kemukakan!

Ini adalah kerana kuasa pendakwaan jenayah di Mahkamah sibil terletak secara mutlak dibawah bidangkuasa AG/ Peguam Negara menurut Artikel 145 (3) Perlembagaan.

Menurut Artikel 145 (3), AG/ Peguam Negara tiada kuasa menentukan pendakwaan di Mahkamah Syariah, kerana itu bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Masalahnya ialah Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk membicara dan menghukum non-Muslim berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan.

Jadi timbul konflik perundangan dimana seseorang yang jelas melakukan kesalahan membabitkan Islam tetapi tidak boleh dikenakan tindakan.

Antara contoh-contoh yang jelas percanggahan ini adalah seperti berikut:

1. Pusat perjudian yang membenarkan atau membiarkan mana-mana orang Islam bermain judi ditempatnya tidak boleh dikenakan tindakan jika ianya dipunyai atau diuruskan oleh non-Muslim walaupun jelas ianya satu kesalahan membabitkan Islam;

2. Mana-mana kedai atau pusat arak dan minuman keras milik non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam meminum arak tidak boleh dikenakan tindakan walaupun ianya jelas satu kesalahan membabitkan Islam;3. Mana-mana pusat pelacuran non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam melacur atau melanggani pelacur juga tidak boleh dikenakan tindakan;

4. Mana-mana lelaki atau wanita non-Muslim yang melakukan zina atau seks luar nikah dengan pasangan beragama Islam juga tidak boleh dikenakan tindakan, sedangkan pasangan Muslim mereka boleh dikenakan pendakwaan. Ini mengujudkan satu ketidak-adilan kepada orang Islam dan satu diskriminasi perundangan;

5. Mana-mana pihak non-Muslim yang menghina atau memperlekeh institusi Mahkamah Syariah seperti menghina sebarang keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dikenakan tindakan  penghinaan terhadap Mahkamah Syariah (contempt of syariah cour)’;

Ini hanyalah contoh-contoh dimana pendakwaan atau pertuduhan jenayah tidak boleh dikenakan terhadap non-Muslim yang jelas melanggar atau melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya pindaan dibuat kepada Perlembagaan dan/ atau undang-undang berkaitan supaya memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dan Pendakwa Syarie untuk membawa pertuduhan jenayah atau sebarang prosiding terhadap non-Muslim dalam kes-kes yang melibatkan kesalahan jenayah seperti dalam kes-kes diatas tanpa perlu mendapat persetujuan atau keizinan Peguam Negara atau Pendawaraya terlebih dahulu.

Ini akan memastikan non-Muslim menghormati perundangan melibatkan Islam dan tidak sewenang-wenangnya melakukan apa-apa kesalahan yang mereka tahu adalah kesalahan melibatkan Islam.Tidak timbul soal kita meletakkan non-Muslim tertakluk kepada undang-undang syariah kerana ianya hanya melibatkan mereka yang secara sengaja melakukan kesalahan yang membabitkan orang Islam yang mereka ketahui adalah satu kesalahan jenayah syariah.

Contohnya pusat-pusat perjudian yang secara jelas tahu judi itu satu kesalahan jenayah Islam tetapi masih membenarkan atau menggalakkan atau menyediakan tempat dan ruang untuk orang Islam melakukan kesalahan itu.

Sama juga dengan mana-mana non-Muslim yang tahu seks luar nikah dan zina adalah satu kesalahan jenayah Islam yang serius tetapi masih melakukannya bersama pasangan Islam hendaklah dikenakan tindakan.

Jika tidak, mereka boleh dilihat seperti mempermainkan undang-undang Islam. Malahan akan terjadi penganiayaan kepada pasangan Islam yang boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah dan dihukum tetapi pasangan non-Muslimnya bebas!

Inilah yang terjadi dalam kes penahanan bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS. Walaupun jelas mereka pendakyah kristian non-Muslim ini melakukan kesalahan jenayah menurut Enakmen Anti-Dakyah, namun tindakan tidak boleh diambil oleh pihak berkuasa Islam apabila Peguam Negara memilih untuk tidak mengambil tindakan.

Sehubungan dengan itu, saya juga mencadangkan supaya diujudkan satu jawatan dinamakan ‘Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah (Syariah Attorney General/ Syariah Public Prosecutor) ‘ dan satu agensi dinamakan ‘Jabatan Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah’ peringkat Persekutuan yang samataraf dan samafungsi seperti Attorney General / Peguam Negara yang bertindak sebagai Pendakwaraya.

Ini akan memastikan supaya sistem pengadilan jenayah Islam lebih teratur, tersusun dan profesional dan tidak timbul lagi persoalan dan konflik seperti yang berlaku sekarang bilamana Peguam Negara sivil enggan mengambil tindakan terhadap suatu kesalahan jenayah membabitkan Islam dan instiitusi Islam.

Wallahua’lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Sya’ban 1435
18 Jun 2014

*******

Ayuh!

Gerakkan KEMPEN MINTA PM NAJIB GUGURKAN GANI PATAIL dari jawatan selesanya Peguam Negara.

Baca juga:

Advertisements