Tahniah, Timbalan PM, Muhyiddin Yassin di atas jawapan yang amat baik dan tepat sekali.

Baca seterusnya petikan berita:

Walaupun dikritik pelbagai pihak kerana menggunakan universiti awam untuk menyerang Kristian dengan menggunakan penceramah yang kononnya bekas paderi, Putrajaya mempertahankan seminar itu sebagai “satu perbincangan akademik yang perlu dilihat secara positif”.

seminar kristologi uitm 6mei2014Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seminar yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah satu program akademik untuk menerangkan isu berkaitan dengan penggunaan perkataan Allah yang menjadi perbincangan hangat.

“Ia hanya satu perbincangan akademik dan merupakan penjelasan tentang isu itu yang dibincangkan secara yang sangat harmoni, selari dengan budaya intelektual di sebuah institusi pengajian tinggi.

“Fakta dan perbincangan dalam seminar sepatutnya dilihat secara positif,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking Rabu lepas.

UiTM diserang bertubi-tubi ekoran seminar yang dianjurkannya, di mana pembentangnya membincangkan “ancaman Kristianisasi”.

 … baca antara serangan:

Beberapa laporan polis dibuat ekoran elemen ‘serangan ke atas Kristian’ seminar tersebut.

Muhyiddin menjelaskan, pada permulaan sesi yang disertai pelajar Islam dan lain-lain tetamu jemputan itu, peserta diberikan ingatan bahawa seminar itu tidak bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana agama atau menyerang mana-mana agama atau kaum.

“Ia hanya usaha untuk mempertahankan identiti orang Islam dan memahami cabaran yang dihadapi mereka, terutama mereka yang keliru ekoran isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam,” katanya.

Katanya, adalah perlu untuk menjelaskan isu itu bagi membolehkan peserta memahaminya dengan baik, bahkan boleh membina hubungan baik antara kaum.

Pada 3 Jun lalu, Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran Datuk Seri Zaini Ujang berkata, ia bergantung kepada mana-mana institusi awam untuk menganjurkan program seumpama itu dan kementerian tidak terlibat dengannya.

“Ia terserah kepada pihak pengurusan universiti. Kami di kementerian tidak membuat keputusan apa program yang boleh atau tidak boleh mereka anjurkan, dan terserah pada mereka sendiri untuk membuat keputusan apa yang mereka hendak bincangkan dalam program mereka,” katanya.

Pada seminar itu, buku yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkaitan dengan ancaman Kristianisasi di kalangan umat Islam disebarkan di kalangan kira-kira 1,000 pelajar yang menjadi peserta seminar itu. Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Darell bahawa buku bertajuk “Pendedahan Agenda Kristian” tidak diharamkan kerana tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

Katanya, kandungan buku itu hanya kajian dan penjelasan dari Majlis Agama Islam Selangor tentang agenda, gerakan Kristianisasi dan usaha untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia.

“Buku itu membincangkan tentang cara penyebaran agama Kristian yang perlu disedari oleh umat Islam. Ia tidak bertentangan dengan mana-mana kandungan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen. Seminar ini dianjurkan bersama oleh Akademi Pengajian Islam UiTM,  Warisan Ibnu Aaby dan Majlis Agama Islam Selangor dengan tajaan dari Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf, TV Al-Hijrah, Zikay Group dan  Pantai Bharu Group of Companies.

Tetapi kesemua penaja menjauhkan diri mereka dari program itu dengan alasan mereka hanya menganggap ia satu program akademik dan tidak tahu ada program untuk menyerang Kristian dalamnya.

UiTM dan penganjur bersamanya, Mais berdiam diri tentang seminar ini, tetapi sumber berkata pihak berkuasa agama itu tidak campur tangan dalam pemilihan tema atau panel seminar itu.

“Pihak berkuasa universiti yang terlibat dengan program, jemputan dan penal pembentang,” kata sumber dan pihak berkuasa universiti yang meminta Mais menyumbangkan bukunya untuk peserta seminar.

seminar kristologi uitm 6mei2014 panelisPembentang di seminar ini termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Abdul Karim Omar di samping penceramah dari Indonesia, Masyud SM, Irena Handono, Menachem Ali dan Insan LS Mokoginta.

Walaupun Insan mendakwa beliau paderi Kristian sebelum memeluk Islam pada tahun 1976, Setiausaha Eksekutif Bishops Conference of Indonesia,  Father Edy Purwanto berkata, pihaknya tidak mempunyai data tentang Insan.

Insan bercakap tentang “Ancaman Kristianisasi” di seminar itu yang antara lain berkata, “semua pengikut Nabi Isa perlu memeluk Islam, jika tidak mereka akan mengkhianati diri mereka sendiri”.

Semakan ke atas Handono, yang mendakwa dia adalah bekas paderi Katolik, menunjukkan dia tidak melengkapkan pengajiannya, di mana Purwanto berkata dia hanya baru berjinak-jinak dengannya. – 20 Jun, 2014.

sumber: Malaysian Insider

 ************

Baca juga: