Hampir setiap hari kedengaran komen-komen sumbang dan kenyataan-kenyataan yang pelik datang dari seorang yang bergelar “Muslim” berhubung isu Kristianisasi.

Sesetengah kenyataan itu kita tidak boleh hendak faham keluarnya dari seorang yang bergelar “Muslim”. Memang sukar untuk kita percayai. Namun, itu yang berlaku. Malah semakin galak sejak kebelakangan ini apabila pelampau evangelis Kristian semakin berani menzahirkan rencana jahat mereka secara terangan.

Kita mesti faham bahawa di kalangan orang-orang Islam yang telah murtad, mereka ini dilabelkan sebagai “Muslim Background Believers” atau MBB.

Para MBB ini kemudian diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan tahap mereka mengamalkan ajaran sesat Kristian itu. Ianya terdiri dari C1, bagi yang menuruti ajaran sesat ini sepenuhnya dan berani menzahirkannya, dan hinggalah kepada kategori C5 atau C6, bagi mereka yang menyorok kemurtadannya sambil menyamar seolah-olah masih menjadi seorang yang kekal Muslim.

Dalam pembacaan strategi jahat Kristian dan pengalaman bergaul dengan sesetengah MBB, sama ada yang masih lagi murtad (berdasarkan pengakuan mereka) dan juga mereka yang sudah bertaubat, sememangnya MBB kategori C5 ini sukar untuk dikesan, hatta oleh sahabat handai yang rapat mahupun kaum keluarga yang terdekat.

CT-insidermovementMaka, kalaulah dirasakan komen-komen songsang atau kenyataan yang pelik-pelik datang dari seseorang yang kita ingat Muslim, janganlah terkejut rupanya mereka itu adalah di kalangan C5 MBB yang juga digolongkan sebagai “Insider Movement” atau gerakan dalaman.

Mereka yang dikira Insider Movement ini sememangnya sudah ramai. Termasuk di kalangan orang Melayu kita sendiri. Tuan badan yang terpalik dengan tulisan ini tahu siapa mereka dan sedar kesesatan yang mereka anuti.

Mengenali sangat sifat pembohongan pelampau evangelis ini, saya pasti tulisan saya pasal Insider Movement dan MBB atau C5 ini akan disangkal mereka. Dan mereka akan tuntut bukti. Beritahu mereka bahawa rujukan saya adalah dari tulisan tokoh-tokoh evangelis mereka sendiri. Saya tak main dengan setakat dengar-dengar cerita (hear say). Saya berani berkata kerana saya ada bukti.

Sama-sama kita waspadai ancaman ini dari terkena kepada sanak saudara kita mahupun kenalan kita. Kita mohon Allah pelihara kaum keluarga kita dan seluruh orang Islam dari fitnah jahat pelampau evangelis Kristian yang dilaknat ini.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Komen berhubung: Pesta Peluk Anjing – Mengesahkan Penularan Liberalisme Agama dan Pemurtadan Di Kalangan Orang Melayu