Sahabat saya Ben Yaacob menulis di http://www.bangkit.info/

Sikap Rasional Maximus Ongkili

Maximus Ongkili mengatakan seperti berikut :

“… if ‘Allah’ is critical in my prayers, then I can understand the sentiment. But if other words carry the same meaning (in addressing God), then I will not want to hurt others whose views are different from mine …”
“Besides Allah, I can always address God as Bapa Syurga in Bahasa, my native dialect ‘Kinorohingan’ Bapa Syruga, or Latin/Hebrew Jehovah, Yahweh and Trinity God in English. Using such terms does not in any way affect the quality of my worship.”
DailyExpress-MaxOngkili-7Feb2014

Maximus Ongkili berkata bahawa penggunaan kalimah Allah itu bukan KRITIKAL malah tidak menggunanya tidak akan menjejas kualiti pengamalan agamanya

Mengambil pendekatan tidak perlu melakukan sebarang konfrontasi yang tidak perlu, Maximus Ongkili mengamalkan ajaran Kristian yang dianutinya dengan aman. Beliau memilih untuk merujuk tuhan di dalam Bible di dalam Bahasa Asalnya iaitu Kadazan Dusun dengan menggelarkan Tuhan di dalam Bible sebagai Kinorohingan.

Inilah contoh warga negara yang menghormati agamanya sendiri dengan tidak menggunakan agamanya sebagai alat tunggangan untuk mendapatkan kuasa politik dan sebagainya. Inilah contoh warganegara yang tahu menghormati prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Selaras dengan syarat Artikel 3(1), agama-agama lain boleh diamalkan secara aman damai, tiada siapa akan berasa terancam dan pasti akan merasa aman dengan sikap warganegara seperti Maximus Ongkili. Tetapi malangnya, terdapat sekumpulan pelampau-pelampau Kristian tempatan memilih jalan untuk mengamalkan agama mereka dengan cara yang tidak aman damai terhadap Islam. Sikap pelampau sehingga ke tahap melanggar undang-undang, meludah Perlembagaan Persekutuan dan menghina Keputusan Mahkamah.

Dalam keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Roman Titular Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri Dan Lain yang diputuskan pada Oktober 2013, salah satu teks penghakiman menegaskan bahasa perkataan ‘aman dan damai’ di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan membawa maksud melindungi agama Islam daripada sebarang bentuk ancaman.

Ia sekaligus bermakna, mana-mana agama yang mengambil sikap konfrontasi dan bersikap tidak aman dan damai terhadap Islam, tidak mempunyai apa jua bentuk hak Pelembagaan untuk diamalkan di dalam Malaysia.

Justeru itu sikap yang diambil Maximus Ongkili dan golongan majoriti Kristian yang sependapat dengannya adalah amat dialu-alukan. 

Gelupuran Hanipah Maidin, Peguam PAS Dari Parti Islam Se-Malaysia

Ketika golongan Kristian seperti Maximus Ongkili jujur dengan agamanya serta mengambil sikap tidak memperjudikan agamanya di dalam isu Kalimah Allah ini, malang sekali terdapat golongan umat Islam yang sibuk menggelupur ketika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak kebenaran merayu kes nama Allah oleh gereja.

Dalam segelintir yang menggelupur itu, tiada siapa yang dapat menandingi gelupuran Hanipah Maidin, seorang peguam dari Parti Islam Se Malaysia, PAS. Beliau menulis sebuah rabanan getus perasaannya dengan emosi yang mensasarkan umat Islam yang menggunakan hujah Artikel 11 untuk menghalang Kristian dari menggunakan nama Allah sebagai satu tindakan yang menindas.

Hanipah Yang Dulu Bukan Hanipah Yang Sekarang

Pada 2007, ketika kes keputusan Mahkamah Lina Joy, Hanipah Maidin mengatakan perkara berikut :

Saya tidak berniat untuk mengkritik apa yang dikatakan oleh Hakim Richard Malanjun dan Gopal Sri Ram tersebut. Apa yang lebih penting bagi saya bagaimana kita boleh mencari jalan keluar bagi menutup mulut mereka yang menggunakan hujah tersebut untuk menyokong orang Islam yang ingin keluar agamanya….  Kalau pihak-pihak yang ingin murtad boleh menggunakan ( baca menyalahgunakan ) Artikel 11 untuk menghancurkan Islam dengan memohon hak untuk murtad maka kenapakah orang Islam yang komited pada agamannya tidak boleh menggunakan Artikel yang sama untuk berhujah bahawa hak mengamalkan agama di dalam Artikel 11 adalah merangkumi pengamalan agama secara syumul dalam semua aspek kehidupannya dan ianya tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak . Wahai saudara-saudaraku orang Islam, bangun dan minta hak kamu !!! (1)

Sekali Air bah, sekali Hanipah berubah. Selepas 2008 dan sudah serasi bermesra-mesraan dengan DAP yang dihurungi golongan Evangelis, apabila umat Islam berkeras mahu mengikut nasihat Hanipah pada 2007 dengan menggunakan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, Hanipah membuat pusingan 180 darjah.

Keputusan para Hakim yang menolak rayuan pihak gereja mendapat kritikan Hanipah Maidin di dalam penulisannnya dalam lidah jilatan api Harakah. Jika dulu beliau menegaskan serta menganjurkan supaya umat Islam bangun meminta hak yang diberikan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, tetapi setelah sedap bermesra-mesraan dengan DAP yang dihurungi golongan Evangelis, beliau menghamburkan kata-kata berikut kepada umat Islam:

…Artikel 11 (4) ini melarang orang bukan Islam seperti orang Kristian untuk mengedar Herald kepada orang Islam sama ada, kalimah Allah ada di dalam Herald atau tidak ada. Apa lagi yang orang Islam hendak setelah adanya Artikel 11 (4) yang sengaja diwujudkan bagi menjaga kepentingan Islam dan pengikutnya.  Apabila Herald yang diedarkan hanya kepada orang Kristian sahaja yang sepatutnya tidak menjadi masalah dengan Perlembagaan, tiba-tiba diganggu gugat oleh Mahkamah Rayuan yang menyempitkan hak orang bukan Islam, maka di manakah keadilan yang kita berbangga Islam dan Perlembagaan Persekutuan dikatakan menjaganya. Di mana pula Mahkamah Persekutuan sebagai benteng terakhir penjaga dan pengawal Perlembagaan.’ (2)

Wow! kita hanya mampu menggelengkan kepala kerana bodoh percaya pada kata-kata semangat seorang Hanipah Maidin pada 2007. Beliau yang menyuruh kita sebagai umat Islam bertegas dengan Artikel 11 kira-kira tujuh tahun lepas, kali ini kita umat Islam yang bertegas mengikut anjurannya dicebiknya sebagai menindas hak orang lain.

Apa lagi yang Hanipah mahu? …

Astaghfirullahal Adzim……

Rujukan :
1) Hanipah Yang Dulu.. (http://peguampas.blogspot.com/2007/06/keputusan-lina-joy-menang-ya-lega-tidak.html)

2) Hanipah Yang Sekarang… (http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/29370-adakah-herald-diberikan-keadilan)