Banyak ayat Al-Quran yang mengingatkan kita bahawa musuh-musuh kita tidak akan diam selesa. Mereka sentiasa dan berterusan melakukan pelbagai rencana JAHAT untuk merosakkan kita.
Saya pernah mengingatkan kembali RENCANA JAHAT musuh melalui rancangan untuk menubuhkan Interfaith Commission (IFC) – baca di sini. suatu suruhanjaya membicara isu-isu pelbagai agama, jika terlaksana, akhirnya akan menghakimi Islam dan umatnya mengatasi Mahkamah Syariah dan seumpamanya. Baca di sini untuk memahami implikasi RENCANA JAHAT penubuhan IFC.
Walaupun umat Islam bersatu bangkit untuk menentang penubuhannya pada sekitar tahun 2005 dan seterusnya, namun, seperti yang telah diperingatkan Allah, musuh Islam tidak berehat. Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk merosakkan kita.
Apabila kita lalai, kita mudah terikut dengan RENCANA JAHAT mereka. Maka, pada sekitar tahun 2010, mereka Berjaya menubuhkan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA).
Menteri Joseph Kurup sendiri menyebut bahawa ”It (IFC) was formed…Only the name was changed” … Kurup pointed to the formation of Cabinet’s interfaith committee in 2010, which he said has “the same terms of reference.”
SAH. Diperakui sendiri oleh Kurup bahawa IFC ditubuhkan dengan nama baru. Kurup juga mengesahkan bahawa terma-terma penubuhan IFC kekal sama dengan JKMPKA. Sebab itu Presiden MUAFAKAT, Ustaz Ismail Mina Ahmad bertindak menulis surat bantahan rasmi kepada JKMPKA sebelum ini.
Malah, apabila ura-ura untuk menlantik Tun Ahmad Fairuz sebagai Pengerusi baru JKMPKA baru-baru ini, puak-puak KAFIR mengistihar perang ke atas cadangan tersebut dan menolak perlantikan Tun. Bantahan itu diketuai oleh ketua MCCBCHST (ringkasan kepada nama majlis dengan senarai nama pelbagai agama, mudah disebut MAJLIS KAFIR sahaja), yang turut menganggotai JKMPKA.
Betapa JAHATnya puak-puak MAJLIS KAFIR ini amat jelas apabila secara terang-terangan menolak perlantikan kerajaan. Hinggakan kerajaan terpaksa akur dan mencari calon yang boleh diterima oleh mereka. Mungkin yang lebih liberal. Mungkin yang boleh mengikut telunjuk mereka.
Tidaklah mahu saya kata musuh-musuh Islam ini licik. Tetapi mungkin kita, umat akhir zaman ini, terlalu lalai diulik keselesaan. Kita mungkin tidak nampak RENCANA JAHAT musuh yang mengguna pelbagai baju, persatuan, slogan dll. Itulah yang saya pernah sebutkan bahawa kerja-kerja JAHAT COMANGO pun adalah penerusan agenda JAHAT musuh Islam – baca COMANGO … Penerusan Agenda Musuh.
Musuh tidak leka dan berehat. Kita yang leka dengan keselesaan. Kita mudah terima tipu helah musuh. Kenapakah begitu sukar untuk kita mengenali musuh walaupun sudah terang lagi bersuluh?
Baca juga rujukan tambahan:
- Mengingat Kembali Ancaman IFC
- Tuntutan dan Ancaman Berterusan IFC
- COMANGO … Penerusan Agenda Musuh
- Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO
- Agenda ganggu inisiatif perpaduan
- Ancaman Comango dijangka berterusan
- COMANGO – Talibarut Asing?
3 comments
Comments feed for this article
7 July, 2014 at 5:29 pm
Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat ... Jangan Kita Lalai
[…] Source: Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai […]
8 October, 2014 at 2:53 pm
Persatuan Melayu Murtad IFC | Karim's Blog
[…] Malah Menteri Kurup sendiri mengaku IFC kini sudah dijenamakan semula dengan nama baru – JKMPKA – Baca: “It (IFC) was formed…Only the name was changed” […]
1 September, 2016 at 7:18 am
Mahkamah Putuskan Presiden ISMA Bersalah – Membuat Eric Paulsen TIDAK LENA Tidur? | Karim's Blog
[…] Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai […]