Sehari ini ramai yang kongsikan di Facebook kisah yang berlaku di Kg Langkabong, Sabah. Keseluruhan orang Islam dikatakan telah dimurtadkan oleh pelampau evangelis Kristian.

Masjid Kg Langkabong1

Masjid Kg. Langkabong, Sabah, yang telah ditinggalkan hampir 20 tahun kerana dikatakan keseluruhan penduduk kampong ini telah dimurtadkan

Peristiwa ini, moganya, dapat menutup mulut paderi-paderi yang pendusta yang sentiasa bercakap bohong bahawa mereka tidak melakukan pemurtadan ke atas orang Islam. Diharap orang-orang Islam yang menjadi rakan karib pendusta-pendusta ini sedarlah akan kerja-kerja JAHAT pelampau evangelis ini. (Namun, saya juga yakin pendusta tetap pendusta dan rakan-rakan karib mereka tetap terlena dibuai mimpi bersama para pendusta ini)

Belum pun 24 jam tersebarnya kisah ini, pada salah satu posting di FB, sudah ada lebih 6,000 “likes”, lebih 550 komen dan 3,600 perkongsian. (Mungkin di lain-lain perkongsian juga menerima banyak “likes” dan komen) Alhamdulillah, ini menunjukkan ramai yang prihatin di kalangan kita.

Moga kisah sebegini memberi pengajaran kepada kita semua, agar kita sedar akan tanggung jawab kita bersama dan bukan masanya untuk kita menunding jari. Kita juga patut mengucapkan syabas di atas usaha gigih saudara-saudara kita yang bergiat melalui Jemaah tabligh kerana telah membuat penemuan ini serta mendedahkan kisah sebegini.

Agenda JAHAT Kristian sememangnya sudah lama dizahirkan bermula dengan pengganas tentera Kristian yang mula bertapak di Tanah Melayu dengan kejatuhan kota Islam Melaka. (Buktikan kepada saya penaklukan ini BUKAN agenda Kristian!) Semenjak dari itu, mereka tidak henti-henti menyusun strategi. Benarlah firman Allah SWT dalam ayat 120 surah Al-Baqarah.

Maka menjadi kewajiban kita semua untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam supaya waspada dengan taktik licik penuh TIPU HELAH paderi-paderi yang senyum manis. Kewajiban kita semua untuk menyekat segala punca kerosakan akidah yang sedang dilakukan mereka ke atas kita semua. Inilah kaedah yang disebut “sadduz zara’i, sebagai menyekat segala punca kerosakan ini.

p.s. saya difahamkan bahawa pendedahan awal adalah dari FB ini … https://www.facebook.com/AnakPendangSekeluarga (betulkan jika saya silap)

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: