Laporan gerakan pelampau evangelis Kristian nampaknya tidak reda dan ditambah pula ada di kalangan kita yang masih lagi skeptik dan tidak percaya pendedahan demi pendedahan yang kita buat. Sebab itu apabila ada orang-orang Melayu yang begitu ghairah tidak mahu percaya pendedahan kita, ada yang bertanya balik apakah mereka ini sebenarnya telah pun menjadi anggota C5 MBB? (apa itu C5 MBB – sila baca)

Semalam, Harian Metro melaporkan kes terbaru yang berlaku di Seremban, baca petikan akhbar di bawah:

Kristianisasi di Sri Carcosa Seremban 22Kul2014

Petikan Harian Metro 22 Jul 2014 – klik pada imej untuk paparan yang lebih besar.

Mungkin bahasa laporan itu agak lembut kerana ianya datang dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Sebenarnya bahan bukti sudah cukup. Kerja yang dilakukan telah dikenal pasti. Kaedah penipuan sudah jelas. Identiti paderi Kristian itu pun sudah disebut dan dikenal pasti.

Sebab itu, sebelum ini saya telah nyatakan bola sepak adalah salah satu kaedah yang dilakukan oleh pelampau Kristian untuk memurtadkan anak muda kita. Dan saya telah pun sebutkan di sini:

Kali ini, selain daripada kaedah tersebut, penipu-penipu jahat ini turut mengguna kaedah jual langsung MLM dan menjual produk kesihatan. Sudah banyak laporan yang diadukan bahawa paderi-paderi ini menipu melalui produk kesihatan untuk mendekati mangsanya – hingga dapat masuk ke dalam rumah mangsa.

Kita masih alpa.

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: