Semalam satu lagi laporan Polis telah dibuat oleh warga Seremban di Balai Polis Sikamat kerana didatangi seorang perempuan Cina yang tidak dikenali serta mengajak beliau untuk dimurtadkan masuk agama Kristian. Pengadu, seorang lelaki Melayu cuba menghalang suspek tetapi suspek dilihat masih berkeliaran di kawasan perumahannya.

Dua hari lepas saya telah laporkan satu lagi insiden yang juga berlaku di Seremban (Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian), di mana pelampau Kristian ini masuk ke rumah pengadu untuk menyebar kesesatan Kristian.

Susulan dari beberapa insiden yang semakin berani dilakukan oleh pelampau evangelis Kristian untuk memesongkan aqidah umat Islam, beberapa NGO Islam bertindak untuk menyerah satu memorandum ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan di Seremban. Kumpulan sekitar 40-50 orang juga berhimpun membuat sidang media bantahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan membuat laporan polis.

Di antara NGO yang hadir adalah Al Ehsan Negeri Sembilan, Prima Malaysia, Perkasa Negeri Sembilan dan beberapa AJK Surau di sekitar Seremban.

Umat Islam semakin hilang sabar dengan tindak-tanduk pelampau Kristian yang tidak mengindahkan undang-undang Negara yang sengaja berniat jahat menyebarkan kesesatan ajaran Kristian yang laknat itu di kalangan umat Islam.

Mohon pihak-pihak yang berwajib lebih bersikap proaktif, berani dan tegas dalam menangani gejala ini.

Berikut adalah liputan bergambar yang dikirim oleh sahabat NGO yang berada di sekitar majlis tadi.

MajlisAyahandaNS-Memo-JHEAINS3 MajlisAyahandaNS-MemoJHEAINS4 MajlisAyahandaNS-IPDseremban5 MajlisAyahandaNS-IPDseremban4 MajlisAyahandaNS-IPDseremban3 MajlisAyahandaNS-IPDseremban2 MajlisAyahandaNS-IPDseremban1  MajlisAyahandaNS-Memo-JHEAINS1MajlisAyahandaNS-Memo-JHEAINS2

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: