You are currently browsing the daily archive for 26 July, 2014.
Hanya semata-mata untuk melaksanakan hasrat tamak halobanya, sesiapa yang menghalang akan menerima nasibnya.
1. KETUM (Ketua Umum) PKR hendak jadi MB. Maka dikorbankan seorang ahli DUN. Kemudian dibazirkan jutaan duit untuk agenda peribadi ini.
2. Agenda KETUM terbantut kerana dikehendaki masuk penjara. KETUM suruh bininya pulak ganti untuk jadi MB. Betul-betul Parti Keluarga Rumahtanggaku sahaja.
3. Khalid mesti digugurkan untuk bini KETUM jadi MB, maka Khalid diburuk-burukkan. (baca contohnya di sini: Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun)
4. Presiden PAS, Haji Hadi, memberi sokongan kepada Khalid untuk kekal MB. Maka kini Presiden PAS sendiri ditembak oleh orang-orang partinya sendiri.
Apa sudah jadi?
Inilah yang dikatakan politik menghalalkan cara.
Bicara Presiden PAS diherdik sendiri oleh Ketua Penerangan PAS, Mahfuz.
Kebiadapan sesetengah pimpinan PAS terhadap Presidennya sendiri bukan ini kali yang pertama. Sudah ada deretan peristiwa Presiden parti diherdik oleh pemimpin dan ahlinya sendiri.
Dalam isu meletakkan calon PAS melawan tokoh sosialis bertanding di bawah PKR, Presiden ditunjuk dengan jari oleh Hanipa Maidin (peguam yang suka bela puak Syiah) dalam mesyuarat parti dan menuntut Presiden bertanggungjawab.
Dalam isu Presiden inginkan Setiausaha Agung yang baru untuk mengantikan Cikgu Pa yang dibebanii dengan tuduhan skandal yang belum selesai, Haji Hadi diminta menjawab, “apa salahnya dengan SUA yang ada sekarang (Cikgu Pa)?”
Dan dalam kes terkini, sekali lagi seorang Presiden parti diserang kredibilitinya oleh orang dalam partinya sendiri. Presiden nampak kesendirian, sungguh kesian. Gegaran suaranya hanyalah menggamat ketika ceramah sahaja nampak gayanya.
Saya ulangi, apa sudah jadi?
Persepsi dimainkan seolah-olah anak emak emas PKR (atau mungkin juga ayam tambatan baru Anwar selepas Azmin semakin tersisih), seolah-olah Rafizi adalah “the brain” dalam percaturan strategi PKR.
Namun, indah khabar dari rupa. Kita pun telah maklum “Pembaziran Kajang” amat merugikan semua pihak. Wang untuk PRN dibazirkan untuk agenda peribadi. Malah telah menghasilkan persepsi semakin buruk untuk Ketua Umum PKR (… kalau di Indonesia istilah itu diringkaskan menjadi KETUM PKR), Presidennya dan juga partinya sendiri. Tamak haloba KETUM yang menamatkan seorang ahli DUN semata untuk merampas kerusi MB dari orang partinya sendiri menampakkan sikap kebinatangan politik Anwar (memetik istilah “political animal” yang digelar oleh rakan-rakan rapat Anwar kepada KETUM itu).
Rafizi yang dikatakan cerdik itu, dalam usaha menyerang MB PKR sendiri mengatakan bahawa Khalid membuat keputusan yang silap kerana membayar RM1.63 billion kepada syarikat yang sudah hampir bankrap, Syabas dan Puncak Niaga.
[Ini tajuk di MalaysianInsider: Rafizi questions Selangor’s hefty payout to bankrupt water concessionaires – Published: 25 July 2014]
Seorang facebooker Lim Sian See membuat ulasan mudah dengan meneliti kedudukan kewangan kedua-dua syarikat itu dan menelanjangkan kebodohan Rafizi dengan mengatakan “Bankrupt kepala hotak kau, Rafizi” (boleh baca di link ini: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1532681163617339)
[penakutnya Rafizi, dia buang komen Lim Sian See di FBnya kerana tidak tahu lagi hendak berhujah]
Kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut adalah kukuh dan adalah suatu PENIPUAN yang AMAT KETARA oleh Rafizi, yang rupanya tidaklah cerdik mana. Saya yang sekadar lulus takat MBA dari univeristi kecil di Amerika Syarikat tahun 1987 pun reti juga baca benda-benda begini.
Mungkinlah Rafizi tidak BODOH. Tapi mungkin dia seorang PEMBOHONG.
Kesian orang-orang yang membuta dalam sokongan mereka.
Recent Comments