Persepsi dimainkan seolah-olah anak emak emas PKR (atau mungkin juga ayam tambatan baru Anwar selepas Azmin semakin tersisih), seolah-olah Rafizi adalah “the brain” dalam percaturan strategi PKR.
Namun, indah khabar dari rupa. Kita pun telah maklum “Pembaziran Kajang” amat merugikan semua pihak. Wang untuk PRN dibazirkan untuk agenda peribadi. Malah telah menghasilkan persepsi semakin buruk untuk Ketua Umum PKR (… kalau di Indonesia istilah itu diringkaskan menjadi KETUM PKR), Presidennya dan juga partinya sendiri. Tamak haloba KETUM yang menamatkan seorang ahli DUN semata untuk merampas kerusi MB dari orang partinya sendiri menampakkan sikap kebinatangan politik Anwar (memetik istilah “political animal” yang digelar oleh rakan-rakan rapat Anwar kepada KETUM itu).
Rafizi yang dikatakan cerdik itu, dalam usaha menyerang MB PKR sendiri mengatakan bahawa Khalid membuat keputusan yang silap kerana membayar RM1.63 billion kepada syarikat yang sudah hampir bankrap, Syabas dan Puncak Niaga.
[Ini tajuk di MalaysianInsider: Rafizi questions Selangor’s hefty payout to bankrupt water concessionaires – Published: 25 July 2014]
Seorang facebooker Lim Sian See membuat ulasan mudah dengan meneliti kedudukan kewangan kedua-dua syarikat itu dan menelanjangkan kebodohan Rafizi dengan mengatakan “Bankrupt kepala hotak kau, Rafizi” (boleh baca di link ini: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1532681163617339)
[penakutnya Rafizi, dia buang komen Lim Sian See di FBnya kerana tidak tahu lagi hendak berhujah]
Kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut adalah kukuh dan adalah suatu PENIPUAN yang AMAT KETARA oleh Rafizi, yang rupanya tidaklah cerdik mana. Saya yang sekadar lulus takat MBA dari univeristi kecil di Amerika Syarikat tahun 1987 pun reti juga baca benda-benda begini.
Mungkinlah Rafizi tidak BODOH. Tapi mungkin dia seorang PEMBOHONG.
Kesian orang-orang yang membuta dalam sokongan mereka.
4 comments
Comments feed for this article
26 July, 2014 at 7:26 pm
Presiden PAS, Haji Hadi Pula Ditembak! | Karim's Blog
[…] 3. Khalid mesti digugurkan untuk bini KETUM jadi MB, maka Khalid diburuk-burukkan. (baca contohnya di sini: Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun) […]
29 July, 2014 at 12:39 pm
Kerajaan Baru Selangor – Gabungan PAS dan UMNO | Karim's Blog
[…] Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun […]
1 August, 2014 at 3:53 pm
Puak-puak Yang Mengikut Telunjuk Anwar Dalam PAS | Karim's Blog
[…] Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun […]
11 December, 2017 at 10:06 pm
Trump Mengamuk Buat Perangai Nak Main Bola Lantun | Karim's Blog
[…] [baca: Siri Hasutan Rafizi – Orang Yang Cerdik Tidak Dengar dan Rafizi Anak Emas PKR Tidaklah Cerdik Mana Pun] […]