You are currently browsing the monthly archive for July 2014.

YTB Khalid BiadapBagi rakyat Shah Alam, nyatakan sokongan anda kepada Taunku Sultan dan bantahan anda terhadap YTB (Yang Tidak Berhormat) Khalid Biadap.

Naikkan banner dan sepanduk di merata ibu kota negeri Selangor itu. Pasang kain rentang di kawasan flat anda. Letak bunting dan sepanduk di persimpangan-persimpangan jalan.

Letak juga sekitar kediaman YTB Khalid Biadap.

Nyatakan sokongan anda kepada Tuanku yang tegas dan berani itu.

Nyatakan bantahan anda terhadap orang luar negeri Selangor yang biadap dengan Tuanku Sultan anda.

Ayuh!

Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam cabar kedaulatan, kuasa Sultan

Sulatn Murka-BH16Jul2014Sepang: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

Menurut baginda, kenyataan Khalid Samad menunjukkan beliau jahil mengenai peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

“Tindakan Khalid Samad seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat daripada MAIS mengenai agama Islam seperti yang termaktub di bawah undang-undang.

@Berita Harian

SEPANG 15 Julai – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini amat kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sultan Sharafuddin - UM16Jul2014

SULTAN Sharafuddin Idris Shah ketika bertitah dalam Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang, Selangor, semalam. – © Utusan Melayu (M) Bhd

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di bawah undang-undang.

Baginda bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

“Kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor,” titah baginda lagi.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 17 Jun lalu, Khalid dan beberapa pemimpin Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Khalid berkata, kajian semula enakmen itu adalah perlu berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

Dalam titah ucapannya, Sultan Selangor turut meminta Khalid pada masa depan supaya lebih berwaspada di dalam mengeluarkan kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadab serta jahil apabila membicarakan isu berkaitan kuasa baginda selain peranan MAIS dalam menasihatkannya mengenai agama Islam.

“Khalid yang bukannya anak jati Selangor, namun berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil langkah untuk melengkapkan diri memahami sejarah negeri Selangor.

“(Dan) mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin dalam titahnya melahirkan rasa dukacita kerana terdapat dalam kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai beragama Islam sendiri tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak tertentu.

“Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat.

“Ada dalam kalangan mereka ini berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Selangor ini,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Selangor menegaskan MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain dalam mengamalkan ajaran mereka.

Titah baginda, MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa mengganggu penganut agama lain,” titah baginda.

Sultan Selangor sekali lagi mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak menjadikan agama Islam sebagai modal politik.

“Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut mengingatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempatan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di dalam mahupun di pekarangan masjid.

“Masjid dan surau adalah tempat umat Islam dan orang Melayu beribadat serta bertemu bagi mengeratkan silaturahim antara orang Melayu umat Islam,” titah Sultan Sharafuddin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140716/dn_01/Sultan-Sharafuddin-murka#ixzz37absWl1N
© Utusan Melayu (M) Bhd

sultan selangorDYMM Sultan Selangor telah menyatakan kemurkaannya terhadap Khalid Samad dengan mengatakan bahawa Khalid adalah seorang yang biadap.

Titah Baginda adalah ketika merasmikan Masjid Pekan Sepang, di Selangor petang tadi.

“Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS”

“Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.”

“Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.”

“Ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk”

“Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam”

“Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik.”

“Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara”

 

************

Teks penuh:

TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat. Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.  Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.  Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam.  Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.  Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi.  Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini.

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.  Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam.

Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.  MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.  Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka.

Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata’ala.

Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid. Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa  kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

Tulisan sahabat saya Sdr. Azril Mohd Amin (azrilmohdamin.com) yang menarik untuk kita sama-sama fahami. Sesuatu yang ingin dilakukan oleh sesetengah pihak di Iraq, dan banyak tempat lagi – mengikut telunjuk Amerika (baca: The “Moderate Baruas”) tidak berjaya dan akhirnya membawa kerosakan yang lebih besar:

Now it happens that if you “melt” Muslim identity and cultures down to merge with secular elements, you very often emasculate them. Malaysia is struggling to avoid such a fate, and has succeeded so far, although the ever-present secular-liberal political pressures are always troubling.

Baca seterusnya:

 

*******

There was a time in recent history that the USA became a haven of hope for many downtrodden minorities of European kingdoms. When these immigrants sacrificed and struggled to arrive in the USA, they adopted the “melting pot” approach to culture. It did not matter where you came from, because “all men are created equal”. Even today, American domestic laws forbid the collecting of racial information in employment or other personal documents.

For much of the rest of the world, however, identity is first a matter of religion and ethnic culture. Therefore, to draw borders around present-day Iraq, such as, Europeans tried to make a “melting pot” out of three cultures that, until this day, refuse to live together — Sunni Muslim, Shi’a Muslim, and Kurdish. Iraq is a “failed state” precisely because the “melting pot” analogy no longer satisfies in this complex, “culture-clash” world. The West has tried to “melt” various cultures in drawing post-world-war borders in many places. Most of these states are in shambles, if not entirely failed.

It is a good bet that George Bush Senior followed advice not to capture Saddam Hussain to avoid exactly the conditions now unfolding in that sad and artificial “secular state” construct. In seeking revenge (or oil fields), Bush Junior has opened exactly the “can of worms” his father had perhaps hoped to avoid. The human suffering seems only to grow in Iraq, and other such artificially-bordered “melting pot” states.

Now it happens that if you “melt” Muslim identity and cultures down to merge with secular elements, you very often emasculate them. Malaysia is struggling to avoid such a fate, and has succeeded so far, although the ever-present secular-liberal political pressures are always troubling. And now we have Myanmar, applying to join the modern world, and rebelling against the borders of Burma as drawn by those same western powers that have always forced various unfriendly cultures to mix and be happy. Saudi Arabia is such a creation, bolstered by vast amounts of money, so the Saudis are a monarchy that looks to be fairly stable, as long as it is defended by the Western oil interests.

Who loses out? Who is emasculated? The Rohingya of the former Burma. Myanmar doesn’t want them, and has denied them citizenship. They are stateless, and even their neighbouring Buddhists are up-in-arms against them. How would a stateless people defend themselves? The Rohingyas are emigrating to various nearby countries, such as Malaysia, where they are a burden on the native populations and economic institutions. Rohingyas are, after all, denied education and forced to protect themselves by Mafia-like groupings.

So this is a self-defeating situation. Either Myanmar must “play by the rules” and let them melt into the nation-state they have inherited from the British, or else they must re-draw the borders to give the Rohingyas their own country. But would Rohingyas know what to do with it? Did the Acehnese? Would the Czechnians, Kashmiris, Mindanaoans, Uigher, Kurds, South Thai, Palestinian, or any other alienated and impoverished cultural groups (usually Muslim)?

Where is the so-called “United Nations”? Myanmar is in total and flagrant violation of UN Human Rights Principles, and yet nothing is done. ASEAN is trying the “melting pot” approach by treating Myanmar as an equal participant in the ASEAN grouping, and who is speaking out against this? Is there any other such alienated culture group within ASEAN? As a former ASEAN leader has said, the principle of non-interference within local domestic policies of ASEAN members cannot really apply in the modern world, where so many problems, such as statelessness, are trans-border.

So what is the solution? As best we can until now, we must speak out. And in speaking out, we must seek solutions for other minorities who are suffering the forced “melting” by which the western world likes to control and exploit the poorer members of our human community. For Muslims, the solution is obvious. We must revive our Ummah, until it becomes a source of identity-formation that takes precedence over national constructs.

Worms are worms, and the super-powers strive to keep up-and-coming cultures passive and compliant by various aspects of the “melting pot” strategy. The Muslim Ummah is one possible response to that hegemony, one that the West does not like, nor do the rich Saudis who enjoy their wealth by the sufferance of their western protectors. From this point of view, Osama bin Laden was easily able to prove his attack on the American icons, if indeed he really was clever enough to organize it all by himself. There has always been speculation of “inside help” in that attack, and the twenty-first century has been almost completely defined by it. An American Muslim has recently stated that the two biggest catastrophes of modern times have been bin Laden and Bush. Together, they have distracted perfectly credible attempts to meet cultural identity by the rubric “War on Terror”. And so Buddhists in Myanmar consider the Rohingyas terrorists, as well they might, since any cultural grouping whose identity and very existence is threatened by world majorities tends to become extremely desperate.

As Noam Chomsky has recently pointed out, the survival of highly-educated humanity is severely threatened by all the problems created by the attitudes and machinations of those same educated and powerful groupings, while the long-term survival of humanity itself may well lie with the meek and disenfranchised of the earth, of whom the Rohingya are probably the foremost example at the moment.

Siapa dia the “moderate baruas”?

Kalau mengikut cadangan yang dikemukan oleh badan penyelidik Amerika Syarikat, Rand Corporation, “moderate baruas” ini adalah mereka yang dikira “moderate Muslims” kerena mereka:

  • menjadi “pendokong demokrasi”
  • dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pejuang hak asasi manusia
  • termasuk pejuang kesamaan jantina
  • termasuk pejuang kebebasan beragama
  • tidak menerima hukum-hakam yang disepakati
  • menolak “keganasan”

Kemudian “baruas” (jamak untuk barua – istilah saya sendirilah) ialah kerana menepati apa yang Rand Corporation rancang untuk melaksanakan kerja-kerja jahat Amerika Syarikat.

Rand-CDI-BMMNIni antara petikan dari saranan Rand Corporation:

  • We cannot come in as outsiders, as a non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology.
  • Muslims have to do that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the moderates.
  • The United States has a critical role to play in aiding moderate Muslims …
  • United States must do more to develop and support networks of moderate Muslims
  • supporting moderate Muslims and exploitation of inter-Muslim religious differences

DAN yang penting juga:

The U.S. government should make an explicit decision to help build moderate Muslim networks and link these efforts to overall U.S. strategy and programs.

ditekankan ….

… link these efforts to overall U.S. strategy and programs.

[maaf tak sempat nak terjemah – saya yakin saudara/i semua boleh faham]

Maka, itulah yang kini sedang dilakukan oleh “moderate baruas” di Tanah Air kita. Kita fahamlah mereka (sama ada sedar atau tidak) sebagai pelaksana kerja-kerja jahat Amerika Syarikat.

Tugas dan tanggung jawab kita amatlah besar. Jangan mudah terpedaya. Jangan mudah putus asa. Kita ada Allah. Insha Allah kita lakukan kerja dengan rancangan yang rapi dan semaksima mungkin dan jangan lupa berdoa.

Dan jangan kita hairan dengan agenda mereka. Dana mereka. Sokongan luar untuk mereka. Sokongan orang-orang kafir kepada mereka. Musuh Islam bersekongkol semuanya.

 

 

 

Sehari ini ramai yang kongsikan di Facebook kisah yang berlaku di Kg Langkabong, Sabah. Keseluruhan orang Islam dikatakan telah dimurtadkan oleh pelampau evangelis Kristian.

Masjid Kg Langkabong1

Masjid Kg. Langkabong, Sabah, yang telah ditinggalkan hampir 20 tahun kerana dikatakan keseluruhan penduduk kampong ini telah dimurtadkan

Peristiwa ini, moganya, dapat menutup mulut paderi-paderi yang pendusta yang sentiasa bercakap bohong bahawa mereka tidak melakukan pemurtadan ke atas orang Islam. Diharap orang-orang Islam yang menjadi rakan karib pendusta-pendusta ini sedarlah akan kerja-kerja JAHAT pelampau evangelis ini. (Namun, saya juga yakin pendusta tetap pendusta dan rakan-rakan karib mereka tetap terlena dibuai mimpi bersama para pendusta ini)

Belum pun 24 jam tersebarnya kisah ini, pada salah satu posting di FB, sudah ada lebih 6,000 “likes”, lebih 550 komen dan 3,600 perkongsian. (Mungkin di lain-lain perkongsian juga menerima banyak “likes” dan komen) Alhamdulillah, ini menunjukkan ramai yang prihatin di kalangan kita.

Moga kisah sebegini memberi pengajaran kepada kita semua, agar kita sedar akan tanggung jawab kita bersama dan bukan masanya untuk kita menunding jari. Kita juga patut mengucapkan syabas di atas usaha gigih saudara-saudara kita yang bergiat melalui Jemaah tabligh kerana telah membuat penemuan ini serta mendedahkan kisah sebegini.

Agenda JAHAT Kristian sememangnya sudah lama dizahirkan bermula dengan pengganas tentera Kristian yang mula bertapak di Tanah Melayu dengan kejatuhan kota Islam Melaka. (Buktikan kepada saya penaklukan ini BUKAN agenda Kristian!) Semenjak dari itu, mereka tidak henti-henti menyusun strategi. Benarlah firman Allah SWT dalam ayat 120 surah Al-Baqarah.

Maka menjadi kewajiban kita semua untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam supaya waspada dengan taktik licik penuh TIPU HELAH paderi-paderi yang senyum manis. Kewajiban kita semua untuk menyekat segala punca kerosakan akidah yang sedang dilakukan mereka ke atas kita semua. Inilah kaedah yang disebut “sadduz zara’i, sebagai menyekat segala punca kerosakan ini.

p.s. saya difahamkan bahawa pendedahan awal adalah dari FB ini … https://www.facebook.com/AnakPendangSekeluarga (betulkan jika saya silap)

***************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Akta Hasutan hendak dihapuskan. Mahu diganti dengan akta baru melalui pengubalan Rang Undang-undang Harmoni. Namun, sejak diheboh tentang RUU Harmoni, timbul beberapa kontroversi.

Sebenarnya Tanah Melayu sememangnya sudah harmoni dengan toleransi yang amat tinggi. Kehidupan yang penuh harmoni mulai terhakis akibat tuntutan-tuntutan melampau puak-puak yang ingin melaksanakan agenda jahat mereka.

Sebab itu, Akta Hasutan itu tidak perlu dihapuskan. Mungkin wajar ditambah baik dan diperketatkan lagi. Begitu juga dengan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebelum ini. Dalam pada boneka-boneka Barat melaungkan hak asasi manusia untuk menghapuskan ISA semasa UPR di Geneva tahun 2009, banyak negara kekalkan ISA seperti negara Singapura yang sangat dibanggakan puak-puak ini.

Malah, Amerika Syarikat, negara yang banyak membiayai kumpulan-kumpulan HAM ini, baru melaksanakan akta mirip ISA, Akta Patriot pada tahun 2001. Kenapa pula Malaysia dipaksa untuk gugur?

Begitulah perancangan JAHAT musuh yang tidak henti-henti (baca: Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai).

Kini Akta Hasutan mahu digantikan dengan Akta Harmoni. RUU Harmoni ini kononnya telah diterima oleh kerajaan untuk diluluskan ke Parlimen. Jika ianya terlaksana bala bakal menimpa umat Tanah Melayu ini. (Baca tulisan sahabat saya, Azril Mohd Amin: 8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya)

Alhamdulillah, saya juga mendapat khabar, yang telah saya siarkan pada 19 Jun lalu, RUU Harmoni Bakal Berkubur.

draf RUU HarmoniRUU Harmoni dirangka oleh sebuah jawatankuasa kecil yang dipimpin oleh Mujahid Rawa di bawah Majlis Peguam (Bar Council). Kononnya mereka melakukannya di bawah Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN), yang turut dianggotai oleh Mujahid (boleh pulak MP PAS bersama dalam institusi kerajaan? Kenapa bantah sangat cadangan “Kerajaan Perpaduan” (UG) dulu?).

Susulan gerak kerja pelbagai NGO Islam yang berusaha untuk menyedarkan orang ramai berhubung ancaman dari RUU Harmoni ini, ianya telah menarik perhatian Majlis Raja-raja. Dan dalam Persidangan Majlis Raja-raja pada bulan lepas, satu sesi taklimat khas telah diadakan.

Perdana Menteri turut dipanggil hadir dalam taklimat khas tersebut. Bimbang dengan pembongkaran demi pembongkaran ancaman RUU Harmoni itu, PM Najib terpaksa mencelah serta memberi janji dan komitmen tidak akan meneruskan RUU Harmoni yang telah disediakan oleh Mujahid Rawa bersama Majlis Peguam tersebut. Itu JANJI Najib di hadapan Raja-raja Melayu.

Berselang beberapa minggu, Menteri berkaitan, Nancy Shukri, dalam kenyataan beliau ketika mengerjakan umrah di Mekah, menjelaskan bahawa draf RUU Harmoni belum bersedia untuk dibentangkan. (Kita doakan ianya berkubur terus)

Mengambil kira kepedulian para Duli-duli Raja-raja Melayu dengan apa yang bakal menghapuskan identiti Tanah Melayu dan menjadikan RUU Harmoni sebagai batu loncatan untuk menjadikan Persekutuan Malaysia sebuah REPUBLIK dan juga dari keresahan Najib semasa taklimat tersebut dibentangkan kepada Majlis Raja-raja, apakah nanti Najib masih berani melawan Majlis Raja-raja?

Jika Najib akur dengan janjinya di hadapan Raja-raja Melayu bulan lepas kita doakan ketegasan dan keberanian beliau untuk menghadapi ancaman kelompok Liberal yang menganggotai MPKN yang sekarang galak mempromosi RUU Harmoni tersebut.

 

flyer bantah-ifcBanyak ayat Al-Quran yang mengingatkan kita bahawa musuh-musuh kita tidak akan diam selesa. Mereka sentiasa dan berterusan melakukan pelbagai rencana JAHAT untuk merosakkan kita.

Saya pernah mengingatkan kembali RENCANA JAHAT musuh melalui rancangan untuk menubuhkan Interfaith Commission (IFC) – baca di sini. suatu suruhanjaya membicara isu-isu pelbagai agama, jika terlaksana, akhirnya akan menghakimi Islam dan umatnya mengatasi Mahkamah Syariah dan seumpamanya. Baca di sini untuk memahami implikasi RENCANA JAHAT penubuhan IFC.

Walaupun umat Islam bersatu bangkit untuk menentang penubuhannya pada sekitar tahun 2005 dan seterusnya, namun, seperti yang telah diperingatkan Allah, musuh Islam tidak berehat. Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk merosakkan kita.

Kurup-IFC-JKMPKAApabila kita lalai, kita mudah terikut dengan RENCANA JAHAT mereka. Maka, pada sekitar tahun 2010, mereka Berjaya menubuhkan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA).

Menteri Joseph Kurup sendiri menyebut bahawa ”It (IFC) was formed…Only the name was changed” … Kurup pointed to the formation of Cabinet’s interfaith committee in 2010, which he said has “the same terms of reference.”

SAH. Diperakui sendiri oleh Kurup bahawa IFC ditubuhkan dengan nama baru. Kurup juga mengesahkan bahawa terma-terma penubuhan IFC kekal sama dengan JKMPKA. Sebab itu Presiden MUAFAKAT, Ustaz Ismail Mina Ahmad bertindak menulis surat bantahan rasmi kepada JKMPKA sebelum ini.

Malah, apabila ura-ura untuk menlantik Tun Ahmad Fairuz sebagai Pengerusi baru JKMPKA baru-baru ini, puak-puak KAFIR mengistihar perang ke atas cadangan tersebut dan menolak perlantikan Tun. Bantahan itu diketuai oleh ketua MCCBCHST (ringkasan kepada nama majlis dengan senarai nama pelbagai agama, mudah disebut MAJLIS KAFIR sahaja), yang turut menganggotai JKMPKA.

Betapa JAHATnya puak-puak MAJLIS KAFIR ini amat jelas apabila secara terang-terangan menolak perlantikan kerajaan. Hinggakan kerajaan terpaksa akur dan mencari calon yang boleh diterima oleh mereka. Mungkin yang lebih liberal. Mungkin yang boleh mengikut telunjuk mereka.

Tidaklah mahu saya kata musuh-musuh Islam ini licik. Tetapi mungkin kita, umat akhir zaman ini, terlalu lalai diulik keselesaan. Kita mungkin tidak nampak RENCANA JAHAT musuh yang mengguna pelbagai baju, persatuan, slogan dll. Itulah yang saya pernah sebutkan bahawa kerja-kerja JAHAT COMANGO pun adalah penerusan agenda JAHAT musuh Islam – baca COMANGO … Penerusan Agenda Musuh.

Musuh tidak leka dan berehat. Kita yang leka dengan keselesaan. Kita mudah terima tipu helah musuh. Kenapakah begitu sukar untuk kita mengenali musuh walaupun sudah terang lagi bersuluh?

Baca juga rujukan tambahan:

 

 

UstMuhadirJollBerikut adalah petikan daripada pembentangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-6 bertema  (Klik di sini untuk sebahagian liputan bergambar) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)muafakatmalaysia.com

**************

Hadith Jibril tentang Islam, Iman dan Ihsan:

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِندَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: اَلإِسْلاَمُ أَن تَشْهَدَ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلاً. قَالَ: صَدَقْتَ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِيمَانِ، قَالَ: أَن تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِحْسَانِ، قَالَ: أَن تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِن لَمْ تَكُن تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَن تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَن تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ، ثم انطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ. (رَوَاهُ مُسْلِمٌ)

“Daripada Saiyidina Umar berkata: “Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.“Daripada Saiyidina Umar berkata: “Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Makkah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.” Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya (lagi): “Terangkan kepadaku tentang Iman.” Baginda menjawab: “(Iman itu ialah) bahawa engkau beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau.”

Dia bertanya (lagi): “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda menjawab: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”

Lelaki itu bertanya (lagi): “Terangkan kepadaku tentang Kiamat.” Baginda menjawab: “Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu bertanya (lagi): “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda menjawab: “(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing, berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.” (Riwayat Muslim)

Hadith ini menunjukkan 3 rukun agama:

  • Islam (feqah)
  • Iman (aqidah/ tauhid)
  • Ehsan (akhlak/ tasawuf)Syaikh Abu al-Fadhl bin Abdus Syakur menyebutkan dalam kitab Al-Kawakib al-Lamma’ah fi Tahqiq Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah, ms. 8-9: أهلالسنةوالجماعةالذين(Golongan) Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah adalah mereka yang melazimkan mengikut sunnah Nabi dan jalan para sahabat Baginda dalam masalah akidah keagamaan, amal-amal lahiriah dan akhlak hati.”Bagaimana mencontohi Rasulullah?
  • 3 ciri khas ini terzahir dalam:
  • Keterangan: ASWAJA mencontohi Nabi dan sahabat dalam aqidah, feqah, akhlak (tasawuf)
  • لازمواسنةالنبيوطريقةالصحابةفيالعقائدالدينيةوالأعمالالبدنيةوالأخلاقالقلبية.
  • Golongan Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah mencontohi Rasulullahdan para sahabat
Bidang/perkara Ajaran/gagasan
(1) Kepercayaan (aqidah) Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (324H) & Imam Abu Manshur al-Maturidi (333H)
(2) Perbuatan zahir (feqah) 4 mazhab; Imam Hanafi (105H), Imam Maliki (179H), Imam Syafi’e (204H) & Imam Hanbali (241H)
(3) Akhlak (tasawuf) Imam Junaid al-Baghdadi & Imam Al-Ghazzali (505H)

3 sikap mulia (akhlak)* yang selalu diajar Rasulullah:

(1) At-Tawassuth (pertengahan/tidak tathorruf (ekstrim). Membawa kepada tasamuh (toleransi).

(2) At-Tawazun (seimbang)

(3) Al-I’tidal (lurus)

* Menjadi ciri khas ASWAJA

K.H. Zainal Abidin Dimyathi menyebutkan dalam nazham Al-Iza’ah al-Muhimmah, ms. 47:

Pengikut-pengikut Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah adalah mereka yang mengikut mazhab para imam.

Dalam perkara ushul (aqidah) mengikuti mazhab Imam Al-Matudiri dan Imam Al-Maturidi yang disusun.

Dalam perkara furu’ (feqah) mengikut salah satu mazhab yang empat.

Imam-imam itulah yang menjadi pemimpin umat ini.

Imam Syafi’e dan Imam Hanafi yang cemerlang, juga Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Dalam bidang tasawuf atau thariqah mengikuti ajaran Imam Junaid yang mendalami ilmu haqiqat.

Pengertian Akhlaq:

Bahasa: الأخلاقجمعخُلق،هوالدِّينوالطبعوالسجيةوالمروءة.Akhlaq adalah jamak khulq iaitu din (agama), tabiat (thob’u), perangai (sajiyyah) dan harga diri (muru’ah).” (Lihat Al-Qamus al-Muhith, Al-Fairuz abadi, ms. 881. Lihat juga Ash-Shihah, 4/1471)

Istilah:

1. Imam Al-Ghazzali:عبارةعنهيئةٍفيالنفسراسخة،عنهاتصدرالأفعالبسهولةويسر،منغيرحاجةإلىفكرورويَّة. Gambaran tentang keadaan yang kuat yang menetap dalam jiwa, yang lahir daripadanya perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang, tanpa perlu kepada pertimbangan fikiran terlebih dahulu.”(Lihat Ihya’ ‘Ulum ad-Din, 3/53, Tahzibal-Akhlaq, Ibnu Maskawaih, ms. 25)

2. Al-Jurjani:عبارةعنهيئةللنفسراسخةتصدرعنهاالأفعالبسهولةويسرمنغيرحاجةإلىفكرورويَّة. فإنكانالصادرعنهاالأفعالالحسنةكانتالهيئةخلقًاحسنًا،وإنكانالصادرمنهاالأفعالالقبيحةسميتالهيئةالتيهيمصدرذلكخلقًاسيئًا. Keadaan jiwa yang mendalam (rasikhah) yang melahirkan perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan periwayatan. Jika yang lahir daripadanya perbuatan-perbuatan yang baik (hasanah), ia disebut akhlak yang baik. Jika yang lahir daripadanya perbuatan-perbuatan yang buruk (qabih), dinamakan perkara itu sebagai akhlak yang buruk.” (LihatAt-Ta’rifat, ms. 101)

Kesimpulan: “Akhlaq adalah sifat yang tertanam dalam jiwa (ash-shifah an-nafsiyyah), sama ada secara fitrah (fithriyyah) atau diusahakan (muktasabah) yang melahirkan perbuatan sama ada terpuji atau tercela.” (Lihat Al-Akhlaq al-Islamiyyah wa Asasuha, Abdur Rahman Hasan al-Madani, Bairut: Dar al-Qalam, 1992, 1/10)

Dalam erti kata lain: Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku, sama ada ia baik (terpuji) atau tidak baik (tercela).

Kepentingan akhlak

(a) Allah memuji akhlak Nabi وَإِنَّكَلَعَلَىخُلُقٍعَظِيمٍ“ Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.” (Surah Al-Qalam: 4)

(b) Tujuan utama kedatangan Rasulullah untuk kesempurnaan akhlak إنمابعثتلأتمممكارمالأخلاق“ Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan beliau menshahihkannya.)

(c) Akhlak sebagai kayu pengukur kedudukan seseorang kepada Allah

يَاأَيُّهَاالنَّاسُإِنَّاخَلَقْنَاكُمْمِنْذَكَرٍوَأُنْثَىوَجَعَلْنَاكُمْشُعُوبًاوَقَبَائِلَلِتَعَارَفُواإِنَّأَكْرَمَكُمْعِنْدَاللَّهِأَتْقَاكُمْإِنَّاللَّهَعَلِيمٌخَبِيرٌ“

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)

إِنَّاللَّهَلايَنْظُرُإِلَىصُوَرِكُمْوَأَمْوَالِكُمْ،وَلَكِنْيَنْظُرُإِلَىقُلُوبِكُمْوَأَعْمَالِكُمْ“

Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa badan kamu dan harta kamu, tetapi Dia melihat hati dan amal kamu.”(Riwayat Abu Daud, Al-Bazzar, Ath-Thobrani, Al-Baihaqi) إِنَّمِنْخِيَارِكُمْأَحْسَنَكُمْأَخْلاقًا“ Sesungguhnya sebaik-baiknya kamu adalah yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

(d) Akhlak sebagai tiang kebaikan

عَنْالنَّوَّاسِبْنِسِمْعَانَالْأَنْصَارِيِّقَالَسَأَلْتُرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَعَنْالْبِرِّوَالْإِثْمِفَقَالَالْبِرُّحُسْنُالْخُلُقِوَالْإِثْمُمَاحَاكَفِيصَدْرِكَوَكَرِهْتَأَنْيَطَّلِعَعَلَيْهِالنَّاسُ“

Dari An-Nawas bin Sam’an al-Anshari, dia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan dan dosa. Baginda bersabda: Kebaikan adalah akhlak yang baik dan dosa adalah apa-apa yang membuat dada mu tidak tenang dan kamu membencinya jika manusia melihatnya.” (Riwayat Muslim)

(e) Akhlak penyebab masuk ke syurga

عَنْأَبِيهُرَيْرَةَقَالَسُئِلَرَسُولُاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَعَنْأَكْثَرِمَايُدْخِلُالنَّاسَالْجَنَّةَفَقَالَتَقْوَىاللَّهِوَحُسْنُالْخُلُقِ“

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah ditanya tentang perkara yang menyebabkan paling ramai manusia masuk ke syurga, maka Baginda menjawab: “Taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.” (Riwayat At-Tirmizi)

(f) Akhlak sebagai pemberat timbangan amal

عَنْأَبِيالدَّرْدَاءِقَالَسَمِعْتُالنَّبِيَّصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَيَقُولُمَامِنْشَيْءٍيُوضَعُفِيالْمِيزَانِأَثْقَلُمِنْحُسْنِالْخُلُق“

Dari Abu Darda, dia berkata: Aku mendengar Nabi bersabda: “Tidak ada sesuatu pun yang diletakkan di atas timbangan lebih berat dibandingkan akhlak yang baik.”  (Riwayat At-Tirmizi, Abu Daud, Al-Bazzar)

(g) Akhlak sebagai syafaat di hari kiamat

إِنَّأَحَبَّكُمْإِلَيَّوَأَقْرَبَكُمْمِنِّيفِيالآخِرَةِمَحَاسِنُكُمْأَخْلاقًا،وَإِنَّأَبْغَضَكُمْإِلَيَّوَأَبْعَدَكُمْمِنِّيفِيالآخِرَةِمَسَاوِيكُمْأَخْلاقًا“

Sesungguhnya di antara kamu yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku nanti di akhirat adalah yang terbaik akhlaknya. Sesungguhnya di antara kamu yang paling aku benci dan yang paling jauh dengan ku nanti di akhirat adalah yang terburuk akhlaknya.” (Riwayat Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Ath-Thobrani)

(h) Agama adalah akhlak  Al-Fairuz Abadi:

واعلمأنالدينكلّهخلق،فمنزادعليكفيالخلقزادعليكفيالدين“

Ketahuilah sesungguhnya agama secara keseluruhannya adalah akhlak. Sesiapa yang menambah akhlak atasmu, maka bertambah pula agama atasmu.” (Lihat Basha’irzawi Tamyiz, 2/568)

Ruang lingkup akhlak

Akhlak terhadap Allah (Khaliq) dan Akhlak terhadap ciptaan Allah (makhluk)

اتَّقِاللَّهِحَيْثُمَاكُنْتَ،وَأَتْبِعْالسَّيِّئَةَالْحَسَنَةَتَمْحُهَا،وَخَالِقِالنَّاسَبِخُلُقٍحَسَنٍ “

“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Ikutilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan bergaullah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.” (Riwayat At-Tirmizi)

Ibn Rajab al-Hanbali:

فهذهالوصيةوصيةعظيمةجامعةلحقوقاللهوحقوقعباد.“

Ini adalah wasiat yang agung yang mencakupi akhlak terhadap Allah dan akhlak terhadap sesame manusia secara keseluruhan.” (Lihat Jami’ al-‘Ulumwa al-Hikam, 1/398)

Akhlak terhadap Khaliq (Allah), (haqqullah/ vertical)

Cara berakhlak Rujukan surah/ hadith
Hanya Allah Tuhan yang sebenar-benarnya diibadahkan (ma’bud). Surah Al-Fatihah: 5, Al-Bayyinah: 5
Mentaati-Nya secara mutlak. Surah An-Nisa’: 65
Tidak melakukan syirik. Surah An-Nisa’: 116
Hanya Allah tempat meminta pertolongan. Surah Al-Fatihah: 5
Memberikan hak ketuhanan (uluhiyyah) hanya kepada-Nya. Surah Al-Fatihah: 2, An-Nas: 3
Tidak menyerupakan-Nya (tasybih) dengan sesuatu. Surah Asy-Syura: 11
Menetapkan apa-apa yang ditetapkan-Nya, mengingkari apa-apa yang diingkari-Nya, mengharamkan apa-apa yang diharamkan-Nya dan menghalalkan apa-apa yang dihalalkan-Nya. Surah Al-Ma’idah: 48-49
Hanya Allah sahaja sebagai Syari’ (Pembuat syariat). Al-An’am: 57
Tawakkal hanya kepada Allah. Taha: 72
dan lain-lain

Akhlak terhadap makhluk insan, (haqqul adami/ horizontal)

(A) Akhlak kepada Rasulullah

Cara berakhlak Rujukan surah
Mengakui dan beriman Nabi Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Al-Kahf:110
Meyakini Baginda adalah Rasul dan Nabi yang terakhir dan risalahnya juga risalah terakhir. Ar-Rum: 40
Taat kepadanya secara mutlak. An-Nisa’: 65
Menjadikan Baginda sebagai tauladan dalam kehidupan. Ar-Rum: 21
Meyakini syafaat Baginda. Yunus:3, Taha: 109
Berselawat ke atasnya. Ar-Rum: 56
Menerima keputusan daripada Baginda dengan redha. An-Nisa’: 59
Mencintai para sahabatnya dan mengakui bahawa mereka adalah umat terbaik dan semuanya adil (‘udul). Ali Imran: 110
Mencintai yang dicintainya dan membenci yang dibencinya. Al-Hasyr: 7
Tidak memanggil Baginda dengan namanya. An-Nur: 63, Al-Hujurat: 4, 5
Tidak meninggikan suara melebihi suara Baginda. Al-Hujurat: 1-3
Meminta izin daripada Baginda ketika meninggalkan majlisnya. An-Nur: 62
Beradab ketika bercakap dengan Baginda. Al-Baqarah: 104, Al-Hujurat: 3-5
Mencintai keluarganya (ahli baitnya). Riwayat At-Tirmizi
dan lain-lain

 

(B) Akhlak untuk diri sendiri (al-khuluq al-fardi)

Cara berakhlak Rujukan surah
Tidak menjerumuskan diri kepada kebinasaan. Al-Baqarah: 195
Tidak bercakap bohong. Al-Hajj: 30, An-Nahl: 105
Menjauhi sifat munafiq. Al-Baqarah: 204-206
Ucapan hendaklah sama dengan perbuatan. Al-Baqarah: 44, Ash-Shaff: 2-3
Menjauhi kedekut. Al-Baqarah: 268, An-Nisa’: 37, Al-Hasyr: 9
Menjauhi pembaziran. Al-Isra’: 26-27
Menjauhi riya’. An-Nisa’: 38, Al-Ma’un: 3-7
Menjauhi sombong. Luqman: 18, Al-Isra’: 37, An-Nahl: 23
dan lain-lain

 

(C) Akhlak terhadap keluarga (al-akhlaq al-usariyyah)

Cara berakhlak Rujukan surah
Memuliakan orang tua. An-Nisa’: 36, Al-Isra’: 23-24, Luqman: 14-15
Menyayangi anak dan mendidik mereka. Al-An’am: 151, At-Takwir: 8,9,14, At-Tahrim: 6
Hak dan kewajipan suami isteri. An-Nisa’: 19, 22, 24, 34
Berbuat baik terhadap kaum kerabat. Al-Baqarah: 180, An-Nisa’: 7, Ar-Rum: 38
dan lain-lain

(D) Akhlak terhadap masyarakat. (al-akhlaq al-ijtima’iyyah)

Cara berakhlak Rujukan surah
Saling memaafkan antara satu sama lain. Asy-Syura: 37
Amanah dan menjauhi khianat Al-Anfal: 27, An-Nahl: 91
Tidak zalim Taha: 111, Asy-Syura: 40, Al-Furqan: 19
Tidak bersaksi palsu Al-Haj: 30
Tidak menyembunyikan persaksian Al-Baqarah: 283
Menjaga lidah/ lisan An-Nisa’: 148-149
Berbuat baik terhadap anak yatim Ad-Dhuha: 9-10
Menjauhi menyebarkan fitnah (gossip) Al–Hujurat: 12
Menepati janji Al-Ma’idah: 1, Al-Isra’: 34
Adab ketika bercakap Ibrahim: 24-26, An-Nur: 26, Al-Qashash: 55, Luqman: 19, Az-Zumar: 18, Al-Hujurat: 18
Menghormati dan meluaskan tempat duduk kepada orang lain ketika berkumpul An-Nur: 62, Al-Mujadilah: 8, 9, 11
Memberi salam An-Nisa’: 86, Al-Hijr: 52, An-Nahl: 32, Maryam: 15, Az-Zariyat: 25, Al-Mujadilah: 8
Menghormati dan memuliakan tetamu Hud: 69, Al-Kahf: 77, An-Nur: 61, Al-Ahzab: 53, Az-Zariyat: 26, 27
Menghormati jiran tetangga An-Nisa’: 36, Al-Ma’un: 7
Akhlak terhadap hamba sahaya An-Nisa’: 36
dan lain-lain

(E) Akhlakdengan guru (al-akhlaqma’aahl al-‘ilm)  

(F) Akhlakterhadap orang bukan Islam

Akhlak terhadap makhluk selain insan, (haqq ghair adami/ horizontal)

  1. Akhlak terhadap Malaikat
  2. Akhlak terhadap jin
  3. Akhlak terhadap binatang
  4. Akhlak terhadap tumbuh-tumbuhan
  5. Akhlak terhadap tanah, air dan udara

Ajaran ASWAJA yang tawassuth (berada di pertengahan) dalam bidang Akhlak atau Tasawuf

  • Menggalakan apa sahaja aktiviti, riadah (program) atau mujahadah (kesungguhan) yang menjurus kepada penghayatan ajaran Islam asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Menolak sikap ektremisme atau berlebih-lebihan (ghuluw) yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam aqidah dan syariah.

Akhlak yang terpuji selalu berada di antara dua sikap yang keterlaluan (tatharruf):

Sikap Antara dua sikap
Berani (syaja’ah) Penakut (jubn) – Sembarangan/ berani tidak bertempat (tahawwur)
Rendah diri (tawadhu’) Sombong (takabbur) – Merasa hina diri (tazallul)
Dermawan (jud atau karam) Kedekut (bakhil) – Membazir (israf)

 

Akhlak dalam ikhtilaf

  • Panduan bila bertemu ikhtilaf

إِنَّ أُمَّتِي لاَ تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلاَلَةٍ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ إِخْتِلاَفًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ اْلأَعْظَمِ.

“Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan. (Oleh itu), maka apabila kamu melihat berlakunya khilaf (perselisihan), maka hendaklah kamu berpegang dengan As-Sawad al-A’zham (pendapat majoriti ulama’).” (Riwayat Ibn Majah)

  • Kaedah-kaedah feqah

لاَ يُنكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيهِ وَإِنَّمَا يُنكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ

“Tidaklah diingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf padanya (di sisi fuqaha’), akan tetapi yang perlu diingkari ialah sesuatu hukum yang telah disepakati atasnya (atas pengharamannya).”

 

اَلإِجْتِهَادُ لاَ يُنقَضُ بِاْلإِجْتِهَادِ

“Ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad yang lain.“

 لاَ اِنكَارَ فِي مَسَائِلِ اْلإِجْتِهَادِ وَاْلإِخْتِلاَفِ

“Tidak boleh diingkari dalam permasalahan-permasalahan ijtihad dan khilafiyyah.”

 

  • Prinsip:

رَأْيُنَا صَوَابٌ يَحْتَمِلُ الْخَطَأَ وَرَأْيُ غَيْرِنَا خَطَأٌ يَحْتَمِلُ الصَّوَابَ

“Pendapat kami benar, tetapi ada kemungkinan salah, dan pendapat selain dari kami salah, tetapi ada kemungkinan betul.”

  • Tidak mengkafirkan Ahl al-Qiblah

Imam Abu Ja’ar ath-Thohawi (321H):

ولا نكفر أحداً من أهل القبلة بذنب ما لم يستحله.

“Kita tidak mengkafirkan seorang pun dari ahli kiblat kerana dosa-dosa yang dilakukan selama mana dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.”

  1. Slogan:

نَتَعَاوَنُ فِيمَا اتَّفَقْنَا عَلَيْهِ، وَيَعْذِرُ بَعْضُنَا بَعْضًا فِيمَا اخْتَلَفْنَا فِيهِ

“(Hendaklah) kita bekerjasama dalam perkara yang kita ittifaq (setuju) atasnya dan kita saling maaf memaafkan dalam perkara yang kita ikhtilaf dalamnya.”

Akhlak ketika menjadi pemimpin

Ucapan Sayyiduna Abu Bakar ketika dilantik menjadi pemimpin

Akhlak dalam peperangan

(a) Perintah berlaku adil, memaafkan musuh dan larangan menzalimi musuh 

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.” (Surah Al-Ma’idah: 8)

Keadilan Salahuddin Al-Ayubi, pembebas Masjidil Aqsha Menjaga hubungan dengan Tentera Salib Pelihara kesucian Al-Aqsa Mengelak mana-mana bahagian bangunan rosak. Mencontohi cara Sayyiduna Umar al-Khattab: hantar utusan, ditolak dikepung 40 hari

‘Imad ad-Din al-Ishfahani: 100,000 orang Kristian ditawan: tidak bunuh dibebaskan dengan membayar wang tebusan 10 dinar (lelaki), 5 dinar (perempuan), 2 dinar (kanak-kanak) 7000 orang miskin (30,000 dinar), tidak mampu-terus              dalam tahanan.

(b) Larangan membunuh orang yang tidak ikut serta dalam peperangan dan larangan memusnahkan tempat dan kawasan

Sayyiduna Abu Bakar ash-Shiddiq mewasiatkan Sayyiduna Usamah bin Zain ketika melantiknya menjadi ketua tentera ke Syam:

لا تقتلوا طفلاً صغيراً، ولا شيخاً كبيراً، ولا امرأة، ولا تعقروا نخلاً وتحرقوه، ولا تقطعوا شجرة مثمرة، ولا تذبحوا شاة، ولا بقرة، ولا بعيراً إلا لمأكلة، وسوف تمرون بأقوام قد فرغوا أنفسهم في الصوامع فدعوهم وما فرغوا أنفسهم له.

“Janganlah kamu membunuh anak kecil, orang tua dan perempuan. Janganlah kamu merosakkan pokok tamar dan membakarnya. Janganlah kamu menebang pokok yang berbuah. Janganlah kamu menyembelih mana mana kambing atau lembu atau unta kecuali untuk makanan. Nanti kamu akan bertemu dengan orang yang menyepikan diri mereka (bertapa) di dalam biara biara, maka biarkan mereka dan janganlah kamu mengganggu mereka.” (Lihat Ibnu Asakir, 2/50)

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2014
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid