You are currently browsing the monthly archive for August 2014.

Kini semakin menjadi trend untuk masing menunjukkan kesediaan mereka untuk menerima “ice bucket challenge” sebagai kononnya untuk kempen kesedaran  amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau sindrom Lou Gehring. Memang ALS ini agak menakutkan kerana seseorang itu boleh mati dalam suasana system sarafnya tidak “jem” – contoh tidak mampu untuk menggerakkan sistem penafasan seorang untuk bernafas – akibatnya mati.

Berapa ramaikah orang dihinggapi penyakit sebegini? Populasi yang kecil sahaja. Yang mati akibatnya pun tak ramai. Yang kena penyakit kanser lagi ramai – membunuh lebih ramai dari ALS.

Kenapa tidak dibuat kempen kesedaran bahaya kemalangan jalanraya – yang purata meninggal di jalanraya di Malaysia ini sekitar seorang setiap 90 minit (?). [mungkin ada orang jawab dah buat tapi tak berkesan … “ice buket challenge” boleh pulak jadi berkesan?]

Kenapa tidak diberikan kesedaran bahaya dan ancaman kepada muda mudi anak bangsa kita yang terpengaruh dengan dadah dan pelbagai lagi penyakit sosial?

Teringat akan sahabat saya yang kena ALS yang menyerang saraf suaranya hampir 15 tahun lalu. Akhir beliau sukar untuk bercakap. Tetapi masih lagi hidup dan boleh mengadap internet beberapa jam sehari – hingga ke hari ini.

Baptism by IceAgaknya berapa orang yang buat “ice bucket challenge” menderma untuk “tujuan asal” kempen?

Apakah perlu kta terikut-ikut sama? Ada pula wanita Melayu yang berpakaian lengkap basah kuyup di hadapan khalayak ramai … di mana adab susila Melayu?

Apakah ada motif lain dari kempen sebegini rupa?

Apakah ini juga menyerupai ritual baptis dalam agama Kristian? Apakah ini agenda halus pihak tertentu?

Apakah ini pula suatu ritual simbolik illuminati? Memang ada pun upacara sebegini dalam ritual mereka yang ramai tidak sedar.

Jangan kita terlalu mudah terikut-ikut budaya asing yang mungkin boleh juga mengugat kemurnian aqidah kita. Budaya memegang lilin kini sudah menjadi suatu trend walaupun ianya ada kaitan dengan upacara keagamaan yang sesat.

Semoga kita dan keluarga kita serta sahabat kita dijauhi dari kebodohan sebegini.

Tun Tan Siew Sin, sebagai pemimpin orang-orang Cina semasa merdeka, memperakui murah hatinya bangsa Melayu kerana telah menerima kaum bangsanya (orang Cina) menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Andainya bangsanya sendiri sedar betapa murah hatinya bangsa Melayu yang mereka katakan “Rasis” itu … sudah pasti baru mereka tahu di mana bumi yang mereka pijak ini.

Sambanthan-Indianrace-1965Siew Sin bukan keseorangan. Presiden MIC, Tun V.T. Sambanthan, di Parlimen pada tahun 1965, ketika menjawab puak-puak PAP (abang kepada DAP) yang sibuk menjaja Malaysian Malaysia yang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu memuji keterbukaan orang-orang Melayu.

Sambanthan mempersoalkan balik sikap rasis PAP, “… oleh kerana kita bercakap soal perkauman, apa yang pimpinan Melayu lakukan?” (Yakni, orang Melayu dengan terbukanya memberi hak kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu)

Lagi:

Jika kita lihat sekitar Asia dan Asia Timur, terutamanya, anda akan tengok bangsa saya kaum India, tidak diterima di Ceylon (Sri Lanka), tidak diterima di Burma. Saudara saya kaum Cina, tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kemboja, di semua tempat lain.

Di Burma, sepertimana kita ketahui, orang India dihalau. Di Ceylon mereka tidak berikan kerakyatan. Dan begitu juga di Burma.

Selepas menyatakan kesukaran orang India hadapi dan dihalau di tempat-tempat lain, Sambathan memuji orang-orang Melayu:

Di Tanah Melayu, kita dapati pemimpin Melayu berkata. “Kita akan terima mereka (orang bukan Melayu) sebagai saudara kita, kita akan berikan mereka peluang untuk tinggal di Negara ini, kita berikan mereka peluang untuk menjadi warganegara”

Pengorbanan orang Melayu untuk memberi ruang kepada kaum pendatang serta berkongsi kerakyatan Tanah Melayu adalah suatu yang mulia yang tercerna dari tingginya budi pekerti dan toleransi orang Melayu.

Namun, ada sesetengah pihak yang sengaja mengapi-apikan isu perkauman serta mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan – hak keistimewaan orang Melayu. Mereka sengaja menghasut orang ramai, terutama golongan muda yang tidak mengenali toleransi kaum dahulu, serta mempertikaikan peruntukan tersebut.

Sambanthan turut mengangkat ciri-ciri kemuliaan orang Melayu:

Di mana lagi dapat anda cari bangsa yang lebih bermurah hati, lebih lemah lembut, bangsa yang sopan santun lebih dari orang-orang Melayu?

Bukankah ini yang diperakui sendiri oleh pemimpin orang-orang India dan Cina yang benar-benar fahami bahawa bangsa mereka dihalau di tempat lain tetapi orang Melayu menerima dengan tangan terbuka. Kenapakah mereka yang terkemudian tidak sedar akan pengorbanan orang-orang Melayu hingga sanggup mempertikai apa yang telah datuk nenek mereka persetujui sebagai syarat menetap di Tanah Melayu ini?

Siapakah penghasut yang mengapi-apikan isu perkauman ini? Apakah ini sebabnya mereka mahukan Akta Hasutan 1948 itu dihapuskan? Jangan kita biarkan orang-orang warisan penjajah yang memporak-perandakan keharmonian hubungan kaum dan toleransi orang Melayu.

**********

Di bawah ini adalah sebahagian teks VT Sambanthan (1965) dalam bahasa Inggeris:

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship.

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Andainya bangsa Melayu yang mereka kata rasis itu tidaklah bermurah hati memberi izin untuk bangsa-bangsa pendatang menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu selepas tarikh kemerdekaan, maka mungkin sehingga harilah mereka masih tetap hanya bertaraf penduduk tetap sahaja.

Begitulah baik hatinya orang-orang Melayu, datuk nenek kita, kerana mempersetujui untuk menerima kaum bangsa yang dibawa oleh Bristish untuk melombong di Tanah Melayu sebagai rakan senegara sehingga ke hari ini.

Sebab itulah datuk nenek kita dan datuk nenek mereka dapat hidup saling memahami pengorbanan dan toleransi dari bangsa yang penuh budaya lemah lembut.

Andainya anak-anak cucu generasi dahulu fahami persefahaman yang disepakati untuk mendokumenkan Pemasyhuran Kemerdekaan (baca: Memahami Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan) yang telah diperkenankan oleh Duli-duli Raja-raja Melayu seluruhnya bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu, mungkin barulah mereka sedar atas pengorbanan bangsa Melayu inilah mereka itu sebagai mereka pada hari ini.

Sebab itu generasi muda perlu diperingatkan semula perihal sejarah. Malaysia bukan hanya terbentuk pada tahun 1963 atau pun merdekanya pada tahun 1957. Detik-detik sejarah sebelum itu banyak pengajarannya. 1948nya, 1945nya, 1834nya. Dan MESTI diingat kedaulatan negeri-negeri Melayu di bawah pemerintahan Raja-rajanya mempunyai sejarah mereka masing-masing.

TunTanSiewSin-Hak-Melayu-30Apr1969Rupanya bangsa Melayu yang dikatakan rasis ini dipuji sendiri oleh pemimpin awal orang Cina, Tun Tan Siew Sin. Beliau dengan penuh kesyukuran dipetik dalam akhbar tempatan sebagai berkata:

The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays became citizens. This was different to the situation before Merdeka whereas 90 percent of the non-Malays were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.

Siew Sin memperakui orang Melayu berkorban untuk membenarkan orang-orang Cina dan India menjadi WARGANEGARA Tanah Melayu sebelum wujudnya Malaysia lagi.

Apakah begitu mudah mereka lupa pengorbanan kita dan janji-janji yang dipersetujui?

Ucapan ini bukan sahaja penting kerana isinya tetapi penting juga kerana masa dan ketika beliau mengungkapkan kata-kata tersebut. Ucapannya yang disiarkan pada 30 April 1969 adalah bagi menjawab tuduhan-tuduhan rasis bangsanya sendiri terhadap orang-orang Melayu.

Ini bermakna, ketika menghadapi PRU 1969, ada pihak-pihak yang mengapi-apikan suasana untuk membentuk ketegangan kaum memuncak dengan mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu. Kita kena sedar bahawa peringatan Siew Sin adalah sekitar dua minggu sebelum tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei yang kita semua sudah maklum siapa pencetusnya. Dan barulah kita faham bahawa cetusan peristiwa berdarah telah pun dibakar-bakar sebelum itu.

Jikalah bangsa Melayu ini tidak bermurah hatinya berkongsikan Tanah Airnya dengan pelbagai bangsa lain yang datang mencari rezeki …?

Oh Tanah Melayu – Tanah Air Ku …

Baca juga kiriman terdahulu:

Motif Sun-Khalid to GoTajuk muka hadapan The Sun Daily (TSD) hari ini ialah “Khalid To Go”. Apa sebenarnya belaku semasa sidang media MB Khalid semalam?

Khalid umumkan bahawa Tuanku Sultan menangguhkan penerimaan perletakan jawatan beliau. Bermakna, Khalid akan kekal menjadi sehingga seorang MB baru dilantik … entah bila!

Kenapa TSD sebut “Khalid to go” tidak “Khalid to stay”? Apa motif TSD?

Cuba baca urutan “fakta” yang disebut di muka depan TSD (rujuk gambar di atas):

1. MB submits resignation to Sultan

2. Ruler defers acceptance of resignation until successor found.

dan “fakta” terakhir:

4. Khalid to remain in post pending Sultan’s decision

Maka Khalid kekal sebagai MB sehingga ada pengganti. Maka sebetulnya ialah “Khalid To Stay” atau Khalid Kekal (boleh tambah “untuk sementara”).

TSD, seperti mana beberapa media lain yang banyak memberi ruang kepada musuh Islam (contoh lain TMI dan MKini) – sentiasa cuba memberi gambaran negatif dan putar alam untuk sesuatu tujuan. (Baca: Malaysian Insider Memang TIDAK Profesional dan Apakah Sebenarnya Agenda Malaysiakini dan MalaysianInsider Yang Marah Apabila Strategi Gerakan Kristian Didedahkan?)

Bukan sahaja putar alam untuk memainkan psikolgi pembaca tetapi TSD turut memberikan maklumat SALAH. Cuba perhati pula “fakta” berikut:

3. PAS, PKR and DAP to each nominate at least two candidates from Pakatan Rakyat for Sultan’s consideration.

kenyataan istana-lebih dua nama-26Aug2014TSD lapor bahawa masing-masing parti dalam PR dikehendaki cadang sekurangnya dua calon untuk jawatan MB.

Kita baca pula apa yang sebenarnya disebut Khalid ketika membaca kenyataan pihak Istana – dan kita boleh rujuk teks media itu pun (gambar).

Amat jelas kenyataan tersebut adalah bahawa Sultan menitah masing-masing parti PAS, PKR dan DAP:

“mencadangkan lebih dari dua nama”

Lebih dari dua TIDAK SAMA dengan “sekurang-kurangnya dua” … mana belajar ni?

Jikalau lebih dari satu barulah sekurang-kurangnya dua. Takkan bahasa Melayu yang mudah begitu pun TAK FAHAM?

Apakah motif akhbar yang dari mula edaran mereka banyak memberi gambaran negatif terhadap Islam di Malaysia dan banyak memberi ruang kepada agenda musuh-musuh Islam di Tanah Air kita ini?

TSD tidak lapor berita sukan tempatan – yang ada hanya sukan luar negara. Kenapa?

Sempena semarak merdeka saya ingin mengajak pembaca semua melihat kembali kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan (Declaration of Independence) dan cuba memahami erti kandungannya (saya lampirkan kandungan penuh Pemasyhuran Kemerdekaan di bawah). pemasyhuran kemerdekaan

Pertamanya, kita cuba amati dokumen berbahasa Melayu tulisan Jawi ini dimulakan dengan nama Allah, tahmid dan salawat Nabi s.a.w. – sungguh murninya pendahuluan untuk memulakan lahir sebuah cinta terhadap kedaulatan Tanah Air kita. Disebut bahawa ianya adalah sebuah perjanjian di antara Raja Inggeris, Queen, dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan bersetuju mulai tarikh 31 Ogos 1957, sembilan negeri di bawah Raja-raja Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebuah Persekutuan Tanah Melayu. Dan yang menarik juga ialah pada perenggan berikutnya menyebut bahawa mulai tarikh tersebut:

Melaka dan Pulau Pinang … tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.”

Apakah implikasi ayat pada peranggan tersebut yang menyebut dengan jelas bahawa Melaka dan Pulau Pinang tidak lagi menjadi jajahan British tetapi TIDAK langsung menyebut Tanah Melayu sebagai bekas tanah jajahan British. Apakah ini membenarkan bahawa British hanya jajah Melaka dan Pulau Pinang dan tidak sembilan lagi negeri di bawah Raja-raja Melayu? Saya pernah menulis tentang Negeri-negeri Tanah Melayu Tidak Dijajah sebagai pandangan sejarah yang perlu dilihat semula untuk membetulkan kesilapan tanggapan lampau serta menulis semula sejarah agar generasi muda faham erti kedaulatan Raja-raja Melayu dan tanah jajahan masing-masing. DAN untuk mendidik semula liberalis yang berpelesiran bebas dengan keceluparan sikap mereka mencabar kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu. Perlu dididik semula generasi muda perihal sejarah Tanah Air Tanah Melayu yang berdaulat ini – Tanah Melayu – Tanah Air Ku Baca juga:

******

Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya. Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia. Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu. Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya. Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya. Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya. Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen. Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957. Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Kita guna pelabagi jenis kunci - siap dengan sistem penggera kerana sayangkan harta. Tidakkan kita lebih sayangkan aqidah anak cucu kita?

Kita guna pelbagai jenis kunci – siap dengan sistem penggera kerana sayangkan harta. Tidakkan kita lebih sayangkan aqidah anak cucu kita?

Kenapa kita pastikan pintu rumah kita ditutup dan dikunci sebelum kita berehat untuk tidur malam? Kenapa perlu kita kuncikan pintu rumah serta memasang mangga lagi pada pintu grill apabila kita keluar meninggalkan rumah kita?

Jawapannya mungkin berbagai tetapi yang pastinya ialah kita tidak mahu orang-orang yang tidak sepatutnya masuk rumah kita di waktu kita tidur atau ketika kita tiada di rumah. Mungkin ada barang-barang yang berharga yang kita bimbang dicuri.

Tidak ada dalam Al Quran atau al Hadith pun sebut pasal kunci rumah pasang grill semua itu. Tidak ada grill pun di zaman Rasulullah s.a.w. Apakah itu kerja bida’ah pulak?

Ada orang yang cuba menyindir apabila kita berusaha untuk menyekat pelampau evangelis Kristian yang sibuk hendak salah guna nama suci Allah di Malaysia. Mereka kata tidak ada hadith pun yang Nabi s.a.w. larang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Ilmu kaedah feqah bukan suatu yang telah disebut secara langsung di zaman Nabi s.a.w. Dengan kefahaman yang menyeluruh ulamak kemudian membentuk suatu epistemologi ilmu ahli sunnah wal jamaah dan terbentuk apa yang kita fahami hari ini sebagai kaedah feqah.

Dalam kaedah feqah kita diajar tentang kaedah menyekat apa-apa yang membawa kepada ancaman, kerosakan, gejala kemusnahan dan seumpamanya. Kaedah ini disebut sebagai sadduz zara’i.

Dalam suasana hari ini dan pelbagai tipu muslihat pelampau Kristian telah didedahkan, pelbagai strategi jahat dan tipu muslihat telah dibongkar dan terbukti bahawa penyalahgunaan nama suci Allah oleh evangelis Kristian, maka menyekat usaha jahat pelampau-pelampau agama ini MESTI dilakukan. Ianya WAJIB demi memelihara aqidah anak cucu kita di masa akan datang. Kita sekat dari puncanya.

[baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad dan Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?]

Inilah juga yang disebut dalam al maqasid syariah sebagai hifzudeen – memelihara agama. Deenul Islam. Bukannya pelihara semua agama seperti mana ajaran salah Pluralisme Agama yang dibawa oleh Anwar Ibrahim, dalam ucapan beliau, memfitnah Iman Shatibi yang menganjurkan pemeliharaan semua agama berdasarkan kaedah hifzudeen tersebut (rujuk ucapan beliau di Adelaide dan beberapa tempat lain dan juga tulisannya di WSJ pada tahun 2010). Anwar salah dan mungkin sengaja cuba menyelewengkan. Hifzudeen di sini bermaksud pelihara agama Islam.

[baca: Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim! dan Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian]

Kita berusaha mengguna pelbagai jenis kunci untuk pastikan rumah kita selamat tidak dicerobohi pencuri kerana sayangkan harta benda di dalam rumah kita. Kita patut lebih ikthiar kita dalam memastikan aqidah anak cucu kita yang lebih kita hargai itu selamat tidak dicuri oleh perompak aqidah.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Portal The Malaysian Insider memang terkenal dengan laporan yang putar alamnya. TMI langsung tidak professional dalam cara laporan mereka. Tidak ada kredibiliti langsung!

Mereka boleh edit yang mengubah fakta laporan dalam sekelip mata. Mereka boleh menukar cerita tanpa rasa bersalah terhadap laporan palsu mereka.

Sudah lama TMI buat kerja-kerja sebegini. Salah satu contoh: MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama

Cuba lihat apa yang dilakukan TMI kali ini.

Mulamya TMI melaporkan dengan tajuk:

Sultan tidak patut diberi hak mutlak lantik MB, kata Khalid Samad

TMI-KhalidSamad-Sultan-MB

Kemudian TMI lunakkan tajuk (apakah kerana takut dengan keceluparan laporan?) dengan menukar kepada:

Netizen minta sultan tidak diberi kuasa mutlak lantik MB, kata Khalid Samad

 

TMI-KhalidSamad-Sultan-MB4

TMI tukar tajuk tetapi mereka lupa bahawa di kalangan kita sempat “print screen” (terima kasih Sdr. Aidil Idham kerana mengirim imej tersebut). Malah TMI lupa pula url/linknya masa sama: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-tidak-patut-diberi-hak-mutlak-lantik-mb-kata-khalid-samad (baca di bahagian atas imej tersebut – alamat link yang disertakan.

sultan-tidak-patut-diberi-hak-mutlak-lantik-mb-kata-khalid-samad

Saya dapati TMI ini TERsangat anti Islam dan anti Institusi Raja. Mereka pro-anarkis. Mereka akan hentam institusi Raja setiap kali mereka ada peluang. Mereka juga akan kuat menyebelahi musuh-musuh Islam. Di atas tadi telah saya berikan satu contoh bencinya terhadap Islam: MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama

Sebelum itu pun begitu:

Apakah Sebenarnya Agenda Malaysiakini dan MalaysianInsider Yang Marah Apabila Strategi Gerakan Kristian Didedahkan?

APAKAH AGENDA TMI?

Susulan kiriman sebelum ini, Melayu Kristian?, ada juga yang bertanya kembali dengan beberapa persoalan. Antaranya ada yang berkata kalau dah murtad masuk Kristian, hilang taraf kemelayuannya, mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ya, benar.

Ada pula yang sangsi dengan pendedahan saya. Seperti biasa, saya selalu sebut, yang skeptik itu akan terus diperbodohkan. Atau mereka ini sendiri adalah dari golongan mereka yang akan saya bicara dalam kiriman ini, iaitu “Gerakan Dalaman” atau “Insider Movement”.

CT-insidermovement.2Gerakan Dalaman/Insider Movement ini ialah bagi mereka yang telah murtad, mereka akan merahsiakannya dan kekal tinggal dalam keluarga Islamnya tanpa dikesan kerana berpura-pura seperti masih lagi beragama Islam.

[baca juga: Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian]

Mereka ini tidak perlu menzahirkan anutan baru mereka dengan menghadiri upacara di gereja. Sebab itulah golongan ini turut digelar sebagai penganut Kristian tanpa gereja atau “Churchless Christianity”.

Sebagai contohnya, golongan murtad ”insider movement” ini akan berpura-pura patuh kepada nasihat ibu bapa mereka seperti bila disuruh memakai tudung mereka akan akur, bila disuruh ke masjid mereka patuh dan turut bersama bila solat berjemaah. Ini menyebabkan ibu-bapa mereka langsung tidak akan mengesyaki bahawa anak mereka telah murtad.

[baca kelicikan mereka: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?]

Cerita sebegini mengingatkan kita kepada suatu kisah seorang mahasiswi institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang meninggal dunia akibat kemalangan dan apabila diangkat jenazahnya ternampak rantai salib yang terselindung di bawah tudung yang dipakainya. Amat menyedihkan bila ibu-bapa si-mati tidak pernah mengetahui atau mengesyaki bahawa anak mereka telah pun dimurtadkan.

Dalam keadaan jika terdapat satu keluarga yang mana seluruh anggota keluarganya telah murtad dan menganut Kristian dan tinggal di kawasan masyarakat orang Islam, mereka dikehendaki mengekalkan identiti luaran mereka seolah-olah mereka masih Islam. Mereka ini digalakkan oleh puak evangelis untuk menyambut hari Raya sepertimana ketika mereka masih beragama Islam, termasuklah disarankan agar menghiasi rumah mereka dengan langsir baru, membeli pakaian baru untuk anak-anak mereka, menyediakan juadah untuk Hari Raya dan sebagainya. Sehinggakan ketika umat Islam menyambut Aidil Adha, golongan murtad ”insider movement” ini disarankan supaya menyertai sembelihan korban agar umat Islam tidak mengesyaki bahawa mereka sebenarnya bukan lagi beragama Islam. Saranan sebegini semuanya terdapat dalam majalah Christianty Today – gambar yang saya lampirkan di atas.

Suasana di rumah mereka pula tidak mempunyai apa-apa elemen berkenaan dengan agama baru mereka, malah mereka tidak langsung akan meletakkan tanda salib mahupun apa-apa bahan bacaan berkaitan Kristian di rumah mereka kerana bimbang ditemui oleh saudara mara atau sahabat handai yang datang berkunjung. Perkara ini turut disahkan dalam kajian oleh seorang paderi untuk mengenalpasti identiti dan kehidupan sosial orang-orang Melayu di Malaysia yang telah murtad mengikuti ajaran Kristian (rujuk: Melayu Kristian?)

MBB-spectrum-blogPuak evangelis mengkategorikan orang-orang Islam yang murtad kerana menganuti agama Kristian, sebagai “penganut yang berlatar belakang Islam” (Muslim Background Believers – MBB). Bagi orang Islam yang murtad dan menganut agama Kristian tetapi berpura-pura seolah-olah masih beragama Islam dan tidak langsung mengzahirkan cara hidup dan amalan agama Kristian, mereka ini dikategorikan pula sebagai C5. Golongan C5 ini meneruskan kehidupan sama seperti orang Islam lain. Malah mereka dari kumpulan ini dibiarkan terus mengucap dua kalimah syahadah. (baca: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB)

Dengan kaedah sebegini masyarakat Islam umumnya tidak lagi mudah untuk mengenal pasti saudara mara mereka atau jiran tertangga mereka yang telah murtad kerana memeluk agama Kristian. Ibu bapa tidak lagi sedar jika anak mereka telah murtad.

Sepertimana saya telah sebut dalam kiriman “Melayu Kristian?“, jika berlaku kematian dari kalangan mereka yang telah murtad, kini pihak gereja tidak akan lagi berebut menuntut mayat si mati tetapi membiarkan sahaja keluarga si mati menguruskan jenazah mengikut amalan agama Islam. Pihak gereja pula akan melakukan upacara untuk si mati secara berasingan di gereja mereka tanpa pengetahuan keluarga si mati. Ini bertujuan agar masyakarat Islam tidak lagi digemparkan dengan isu pemurtadan.

[… jangan lupa baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Maka, lama-kelamaan sensitiviti umat Islam terhadap isu pemurtadan akan hilang secara beransur-ansur di kalangan masyarakat Islam. Akibatnya, umat Islam lebih senang diperdayakan oleh puak evangelis yang sentiasa mencari jalan untuk memurtadkan umat Islam.

Missionari sanggup berpura-pura “masuk Islam” – Missionari Kristian Masuk Islam Untuk Dakyahkan Orang Islam Di Masjid

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Apakah ada orang Melayu yang sudah murtad masuk agama Kristian?

Ada!

Siapakah di antara mereka?

Nama-nama orang Melayu yang masuk Kristian telah banyak kali disiarkan oleh pelbagai pihak. Antaranya ialah apabila kes Azlina Jailani dan Nor Aishah Bukhori heboh dibincang satu masa dahulu. Kemudian ramai juga yang telah baca kes tahanan ISA seperti Jamaluddin Othman dan Hilmy Mohd Nor yang secara terangan dan berani memurtadkan orang-orang Melayu. Dan ada beberapa lagi nama lain.

Itu secara terangan dan telah heboh disebut dan gambar-gambar mereka pun disiarkan.

Sekarang ini terdapat orang-orang Melayu yang telah murtad menganut agama sesat Kristian tetapi merahsiakan anutan baru mereka. Mereka sanggup berpura-pura seolah masih beragama Islam. Bilangan orang Melayu Kristian sebegini semakin ramai.

[baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Kajian Kritian Melayu-blogSebuah kajian dilakukan di sebuah universiti Kristian di Amerika Syarikat cuba mengenal pasti identiti sosio-keagamaan dan kehidupan orang Melayu Kristian.

Dalam kajian yang menemubual sendiri beberapa orang Melayu yang murtad ini, mereka dapati bahawa:

1. samada di luar mahu pun di dalam rumah Melayu Kristian ini tidak ada sebarang tanda salib diletakkan.

2. mereka mengaku bahawa mereka tidak melakukan sebarang upacara keagamaan Kristian di depan orang

3. malah mereka masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid dan berpuasa di bulan Ramadan, seolah-olah mereka masih beragama Islam [baca: Sembah Kepada JESUS Dalam MASJID?]

4. di dalam rumah mereka, mereka juga tidak meletakkan apa-apa buku atau bahan bacaan Kristian di rak buku atau meja di ruang tamu rumah mereka

Itu adalah di antara beberapa rumusan yang kajian tersebut dapati sebagai “ciri-ciri” orang Melayu Kristian. (baca juga: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB)

[baca juga: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Kesemua “ciri-ciri” di atas adalah bertujuan untuk merahsiakan pemurtadan mereka daripada diketahui oleh kaum keluarga atau sahabat handai. Menurut pengakuan seorang bekas “Kristian Melayu” yang telah pun bertaubat sekitar 3 tahun lalu, bilangan Melayu Kristian yang sebegini membimbangkan. Beliau yang murtad selama hampir 10 tahun lamanya memberi angka lebih puluhan ribu Melayu Kristian yang beliau jangka jumlahnya.

Saudara mara dan ahli keluarga yang rapat tidak dapat mengesan perubahan ini. Malah, menurut kajian di atas lagi, jika berlaku kematian, pihak gereja akan membiarkan sahaja mayat orang Melayu Kristian tersebut diuruskan secara Islam oleh kaum keluarga mereka sendiri. Pihak gereja tidak akan cuba menuntut mayat si mati untuk urusan pengkebumian secara agama Kristian. Sebaliknya, pihak gereja akan melakukan upacara berasingan secara rahsia di gereja mereka khusus untuk si mati.

Mereka tidak lagi menuntut berebut mayat bagi mengelak terbongkarnya seorang lagi orang Melayu telah murtad menganuti agama Kristian. Sebab itu tidak lagi kedengaran kes berebut mayat dengan puak gereja. Tidak seperti suatu masa dahulu, sekitar 10 tahun lalu, seorang pelajar perempuan IPT yang kematian akibat kemalangan dan dijumpai rantai salib terselindung di bawah tudungnya di mana apabila keluarga sedang sibuk mengurus mayatnya, datang segerombolan pihak gereja untuk menuntut mayat tersebut.

[Baca: Apakah angkanya sudah mencecah 100,000 Melayu Kristian?]

Moga pendedahan ringkas ini menjadi peringatan kepada kita semua. Moga dapat panjangkan kepada saudara mara dan sahabat handai kita agar berwaspada dengan tipu helah jahat puak-puak evangelis Kristian (baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad) yang tidak henti menyesatkan kita, benarlah firman Allah Taala.

Artikel susulan: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Betul ke tarikh kenyataan media yang dibaca oleh Mat Sabu tu?

Tarikh masehi 17 Ogos 2014.

Tarikh Hijrah 20 Syawal 1434?

Inilah bahananya apabila golongan ulamak disingkirkan maka tarikh HIJRAH pun sudah tak tahu …

Ini imej kenyataan medianya (ihsan bro. Jinggo):

pas-1434H-circled

***********

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

August 2014
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid