Selepas pemilihan dalam parti PAS 2013, dalam mesyuarat untuk melantik Setiausaha Agung, Presiden parti, Ustaz Hadi, bercadang untuk melantik penolong SUA, Takiyuddin Hassan, menggantikan Cikgu Pa.

Tetapi ahli mesyuarat yang didominasi oleh puak-puak Anwar (a.k.a. KETUM – KETua UMum PKR) menentang dengan mempersoalkan kembali “apa salahnya dengan SUA sebelum ini?”

Presiden tidak dapat memberi jawapan tuntas. Takkanlah Ustaz Hadi nak sebut SUA dulu ada masalah sabitan video! Maka terlantiklah semula Cikgu Pa.

khalid-ibrahimManakala dalam isu MB Selangor, puak-puak yang menentang untuk gantikan Cikgu Pa dengan Taki pula yang ghairah hendak tukar Khalid mengikut telunjuk Anwar walaupun Presiden telah memberi pandangan untuk kekalkan Khalid.

Terbalik pulak.

Hujah Presiden jelas. Tidak ada sebabnya untuk tukar Khalid selain hanya memenuhi tamak haloba Anwar dalam mengejar kuasa di ufuk kerjaya politiknya yang semakin luput.

Yang berkaitan: