You are currently browsing the daily archive for 12 August, 2014.
Diberitakan semalam, KETUM bersama SUA PKR bergegas ke Kuala Terengganu untuk bertemu dengan Presiden PAS. Hasrat untuk bertemu dan memujuk Ustaz Hadi adalah susulan laporan yang KETUM terima dari para pejuang beliau dalam PAS yang baru berjumpa Presiden PAS tersebut pada pagi Ahad.
Puak Anwarinas yang berjumpa dengan Presiden PAS tersentak dengan ketegasan Ustaz Hadi untuk tidak berganjak membawa ke depan tarikh mesyuarat yang dijadualkan pada 17hb Ogos nanti. Maka KETUM terpaksa melakukan sesuatu yang mendesak … berjumpa sendiri dengan Ustaz Hadi.
Berlepas ke Kuala Terengganu dengan penuh keyakinan untuk merubah pendirian Presiden PAS supaya sokong usaha KETUM meletakkan isterinya menjadi MB Selangor.
Namun, usaha memujuk tidak menjadi dan sebaliknya bertukar tegang akhirnya menjadi pergaduhan yang besar. Tengking menengking akhirnya. Pemerhati dalam perjumpaan penuh kerahsiaan tersebut sendiri terkejut kerana belum pernah beliau lihat ketegangan melampau dan rasa tidak hormat KETUM kepada seorang yang sedang uzur.
Dalam pada itu, apabila selesai perjumpaan, kekecewaannya tidak dizahirkan. Tetapi membohongi media yang cuba mendapat respons kononnya perjumpaan tersebut berjalan baik. Begitulah pembohong bersiri yang tidak langsung merasa ralat dengan penipuan demi penipuannya.
***********
Bermula dengan LANGKAH ANGKUH di Kajang, ianya telah memperlihatkan KETua UMum (KETUM) PKR, Anwar dalam situasi yang AMAT terdesak.
Satu demi satu perancangan sebelum ini GAGAL. Ada yang mengatakan janji 16 September sebagai kemuncak pembohongan Anwar. Tetapi seorang “binatang politik” (political animal, apa istilah yang lebih sesuai dalam Bahasa Melayu?) seperti Anwar tidak akan berhenti berbohong dan merencanakan untuk terus berbohong.
Ucapan-ucapan Anwar tidak lekang dengan pembohongan. Dan pembohongan ini selalunya disenikan dengan salahkan orang lain.
Mana pengundi hantu Bangla? Mana janji hendak pencen selepas PRU13? Nak guna modal popular votes? Tak payah, awak tu popular sangat ke yang melantik diri sendiri sebagai KETUM? Ada dalam perlembagaan parti atau tidak jawatan KETUM yang awak perasan sangat tu?
Walaupun kami lama berkawan, namun titik perpisahan kami digarisi oleh beliau sendiri yang berkeras dengan pendirian ideologi Pluralisme Agama. (Baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata atau/dan Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?). Dalam bab aqidah kami tidak boleh lagi kompromi. Antara haq dan bathil itu jelas amat.
Dari sini mulalah Anwar memperlihatkan permusuhannya terhadap dakwah Islamiyyah. Bukan sahaja beliau memperlecehkan kami dalam isu Pluralisme Agama tetapi beliau juga amat ketara lebih membela puak-puak evangelis Kristian dari mempertahan aqidah umat Islam yang diancam oleh permurtadan terancang Kristian antarabangsa.
Baik dalam isu kalimah Allah (baca: Isu Kalimah Allah: Anwar Ibrahim vs. Pope Benedict XVI), dalam isu menentang kami mendedahan dakyah jahat Kristian (baca: Ketelusan dan Kebebasan Bersuara Di Selangor Paling Hebat?) hingga kepada berbohong atas nama ulamak-ulamak besar seperti Imam Shatibi dan Maulana Jelaluddin Rumi, Anwar akan menggelirukan orang yang mendengar ucapannya dengan hujahan-hujahan songsang yang sememang menjadi amalannya.
Apabila kita lihat kemelut politik Selangor, ianya adalah hasil ciptaannya sendiri. Cita-cita yang tamak dan haloba sentiasa membayangi tindak tanduknya dalam seni pembohongan kata-katanya. LANGKAH ANGKUH dikatakan untuk mencegah dari berlakunya plot menjatuhkan Najib dari PM. Kita tidak nampak kaitannya selain semata-mata hendak tukar MB Selangor, Najib masih PM Malaysia.
Kerajaan Selangor yang stabil dengan majoriti yang amat besar akhirnya hilang terus kuasanya … juga kerana sekali lagi melantik isterinya untuk menggantikan Khalid.
Apa hebatnya seorang yang telah meletak jawatan wakil rakyat untuk menumpu kepada keluarga tetapi diheret pula bertanding di Kajang semata-mata untuk menggantikan Khalid? Apa pengalaman Wan Azizah mentadbir sesebuah organisasi yang besar apatah lagi sebuah negeri terkaya? Nak tulis surat kepada Tuanku Sultan Selangor pun terpaksa suruh lakinya yang tidak mempunyai jawatan rasmi yang sah dalam PKR … inikan pula menjadi MB.
KETUM memang amat terdesak. Usia politiknya mungkin kini menghitung hari. Dalam masa yang terdekat dia mesti buktikan kerelevanannya. Jika tidak, bukan sahaja tamatlah riwayat politiknya tetapi mungkin juga mulalah proses pereputan PKR itu sendiri yang telah diasaskan untuk memperjuangkan seorang individu yang sehingga hari ini masih belum menjadi ahli parti itu sendiri. Ajaib.
Merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Dato’ Munir, Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Selangor, KETua UMum (KETUM) PKR telah menulis surat untuk Presiden PKR mengadap Tuanku Sultan.
Kenapa seorang Presiden parti perlu seorang yang tidak berjawatan rasmi dalam partinya mengutus surat bagi pihaknya?
Apakah Presiden parti tu tunggul kayu sahaja ke?
Apakah Presiden PKR tidak pandai hendak tulis surat?
Takkanlah nak tulis surat pun kena suruh laki sendiri tulis?
Macam mana nanti nak tadbir Selangor bila suami suruh jadi MB?
Habis, bila suami masuk penjara, takkan suami nak taip surat dari sel penjara?
Di bawah adalah imej kenyataan media tersebut yang dikeluarkan pada hari ini, 12 Ogos 2012.
*************
Kemelut Politik Selangor – Tadbir Allah Tiada Siapa Tahu
Recent Comments