Bermula dengan LANGKAH ANGKUH di Kajang, ianya telah memperlihatkan KETua UMum (KETUM) PKR, Anwar dalam situasi yang AMAT terdesak.
Satu demi satu perancangan sebelum ini GAGAL. Ada yang mengatakan janji 16 September sebagai kemuncak pembohongan Anwar. Tetapi seorang “binatang politik” (political animal, apa istilah yang lebih sesuai dalam Bahasa Melayu?) seperti Anwar tidak akan berhenti berbohong dan merencanakan untuk terus berbohong.
Ucapan-ucapan Anwar tidak lekang dengan pembohongan. Dan pembohongan ini selalunya disenikan dengan salahkan orang lain.
Mana pengundi hantu Bangla? Mana janji hendak pencen selepas PRU13? Nak guna modal popular votes? Tak payah, awak tu popular sangat ke yang melantik diri sendiri sebagai KETUM? Ada dalam perlembagaan parti atau tidak jawatan KETUM yang awak perasan sangat tu?
Walaupun kami lama berkawan, namun titik perpisahan kami digarisi oleh beliau sendiri yang berkeras dengan pendirian ideologi Pluralisme Agama. (Baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata atau/dan Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?). Dalam bab aqidah kami tidak boleh lagi kompromi. Antara haq dan bathil itu jelas amat.
Dari sini mulalah Anwar memperlihatkan permusuhannya terhadap dakwah Islamiyyah. Bukan sahaja beliau memperlecehkan kami dalam isu Pluralisme Agama tetapi beliau juga amat ketara lebih membela puak-puak evangelis Kristian dari mempertahan aqidah umat Islam yang diancam oleh permurtadan terancang Kristian antarabangsa.
Baik dalam isu kalimah Allah (baca: Isu Kalimah Allah: Anwar Ibrahim vs. Pope Benedict XVI), dalam isu menentang kami mendedahan dakyah jahat Kristian (baca: Ketelusan dan Kebebasan Bersuara Di Selangor Paling Hebat?) hingga kepada berbohong atas nama ulamak-ulamak besar seperti Imam Shatibi dan Maulana Jelaluddin Rumi, Anwar akan menggelirukan orang yang mendengar ucapannya dengan hujahan-hujahan songsang yang sememang menjadi amalannya.
Apabila kita lihat kemelut politik Selangor, ianya adalah hasil ciptaannya sendiri. Cita-cita yang tamak dan haloba sentiasa membayangi tindak tanduknya dalam seni pembohongan kata-katanya. LANGKAH ANGKUH dikatakan untuk mencegah dari berlakunya plot menjatuhkan Najib dari PM. Kita tidak nampak kaitannya selain semata-mata hendak tukar MB Selangor, Najib masih PM Malaysia.
Kerajaan Selangor yang stabil dengan majoriti yang amat besar akhirnya hilang terus kuasanya … juga kerana sekali lagi melantik isterinya untuk menggantikan Khalid.
Apa hebatnya seorang yang telah meletak jawatan wakil rakyat untuk menumpu kepada keluarga tetapi diheret pula bertanding di Kajang semata-mata untuk menggantikan Khalid? Apa pengalaman Wan Azizah mentadbir sesebuah organisasi yang besar apatah lagi sebuah negeri terkaya? Nak tulis surat kepada Tuanku Sultan Selangor pun terpaksa suruh lakinya yang tidak mempunyai jawatan rasmi yang sah dalam PKR … inikan pula menjadi MB.
KETUM memang amat terdesak. Usia politiknya mungkin kini menghitung hari. Dalam masa yang terdekat dia mesti buktikan kerelevanannya. Jika tidak, bukan sahaja tamatlah riwayat politiknya tetapi mungkin juga mulalah proses pereputan PKR itu sendiri yang telah diasaskan untuk memperjuangkan seorang individu yang sehingga hari ini masih belum menjadi ahli parti itu sendiri. Ajaib.
12 comments
Comments feed for this article
12 August, 2014 at 10:10 pm
Pertemuan Memujuk Akhirnya Bertikam Lidah | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak […]
12 August, 2014 at 10:24 pm
ahmadalikarim
Assalamualaikum,
Anwar merasakan diri dia berkuasa kerana dia adalah KETUM PKR. Dia tak belajar Perlembagaan Selangor.
Ini adalah satu comic dari saya… https://ahmadalikarim.wordpress.com/2014/08/12/wan-azizah-is-still-the-new-mb-comic/
13 August, 2014 at 7:22 am
Kemelut Politik Selangor – Tadbir Allah Tiada Siapa Tahu | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak […]
15 August, 2014 at 12:44 pm
Kemelut Politik Selangor: Menzahirkan Yang Terselindung Selama Ini | Karim's Blog
[…] kemelut politik di Negeri Selangor hasil haloba KETUM PKR Anwar yang sungguh-sungguh Mahukan Bininya (ringkasnya MB) Wan Azizah menjadi Menteri Besar (juga ringkasnya MB). Secara langsung, kemelut ini […]
17 August, 2014 at 12:25 pm
Kemelut Politik Selangor: Pembubaran DUN Bukan Lagi Opsyen Tetapi Terpaksa | Karim's Blog
[…] sebut tidak mahu DUN dibubar. Mereka tahu dari mana kekuatan mereka dan di mana kelemahan mereka. PKR masih tidak sedar diri, angkuh dan over-confident. Merka lupa kekuatan mereka di akar umbi tiada. Mereka sebelum ini menumpang ketekunan aktivis […]
17 August, 2014 at 5:56 pm
Keputusan PAS Bertarik 1434 Hijrah? | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak […]
5 September, 2014 at 5:21 pm
Daun KETUM bakal diwarta di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak […]
6 September, 2014 at 8:37 pm
Bila Ustaz Haji Hadi Mempertegaskan Pendiriannya … | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak […]
6 September, 2014 at 8:39 pm
Jangan terjebak sifat politik Anwar | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak […]
8 September, 2014 at 8:01 am
Bila Anwar Paksakan Nama Isterinya … Dia Ada Rancangan Besar? | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak […]
27 October, 2014 at 11:04 am
Uncle Sam Sedang Mencari Penganti Anwar Ibrahim | Karim's Blog
[…] keluarga sendiri. Banyak gerak langkah menjadi kEjang kerana nafsu tembolok semakin diketahui umum. Setiap percaturan atas nama rakyat bermatlamatkan keuntungan peribadi. Maka semua ini menjadi suatu bebanan yang Uncle Sam tidak mahu menanggung […]
27 October, 2014 at 11:11 am
Uncle Sam Sedang Mencari Pengganti Anwar Ibrahim | Karim's Blog
[…] keluarga sendiri. Banyak gerak langkah menjadi kEjang kerana nafsu tembolok semakin diketahui umum. Setiap percaturan atas nama rakyat bermatlamatkan keuntungan peribadi. Maka semua ini menjadi suatu bebanan yang Uncle Sam tidak mahu menanggung […]