Diberitakan semalam, KETUM bersama SUA PKR bergegas ke Kuala Terengganu untuk bertemu dengan Presiden PAS. Hasrat untuk bertemu dan memujuk Ustaz Hadi adalah susulan laporan yang KETUM terima dari para pejuang beliau dalam PAS yang baru berjumpa Presiden PAS tersebut pada pagi Ahad.

Anwar-templeKajangPuak Anwarinas yang berjumpa dengan Presiden PAS tersentak dengan ketegasan Ustaz Hadi untuk tidak berganjak membawa ke depan tarikh mesyuarat yang dijadualkan pada 17hb Ogos nanti. Maka KETUM terpaksa melakukan sesuatu yang mendesak … berjumpa sendiri dengan Ustaz Hadi.

Berlepas ke Kuala Terengganu dengan penuh keyakinan untuk merubah pendirian Presiden PAS supaya sokong usaha KETUM meletakkan isterinya menjadi MB Selangor.

Namun, usaha memujuk tidak menjadi dan sebaliknya bertukar tegang akhirnya menjadi pergaduhan yang besar. Tengking menengking akhirnya. Pemerhati dalam perjumpaan penuh kerahsiaan tersebut sendiri terkejut kerana belum pernah beliau lihat ketegangan melampau dan rasa tidak hormat KETUM kepada seorang yang sedang uzur.

Dalam pada itu, apabila selesai perjumpaan, kekecewaannya tidak dizahirkan. Tetapi membohongi media yang cuba mendapat respons kononnya perjumpaan tersebut berjalan baik. Begitulah pembohong bersiri yang tidak langsung merasa ralat dengan penipuan demi penipuannya.

***********