Tercetusnya kemelut politik di Negeri Selangor hasil haloba KETUM PKR Anwar yang sungguh-sungguh Mahukan Bininya (ringkasnya MB) Wan Azizah menjadi Menteri Besar (juga ringkasnya MB). Secara langsung, kemelut ini tidak memberi kesan kepada saya. Tetapi apabila dilihat dari perspektif yang lebih besar, YA, ianya ada kesannya kepada kita semua. Bukan sahaja bagi pemustautin negeri Selangor tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semua YB dan ADUN sibuk dengan isu ini. Apa pengundi dapat? Apa rakyat jelata dapat? Di kala mereka semua sibuk dengan isu ketamakan kuasa kita terbiar.
Satu negara teralih perhatian dari penderitaan di Gaza hanya kerana kemaruk politik seorang insan yang tidak pun mempunyai jawatan rasmi yang sah dalam parti tetapi mempunyai kuasa yang mengatasi semua orang. Dahlah KETUM bukan suatu jawatan yang sah dalam perlembagaan partinya, beliau juga dikatakan bukan pun ahli parti yang ditubuh untuk memperjuangannya.
Ada juga perkara yang POSITIF dari kemelut ini. Antaranya ialah terzahirlah beberapa perkara yang selama ini terselindung atau cuba dipendamkan. (baca: Pertemuan Memujuk Akhirnya Bertikam Lidah)
Kalau dulu kita bercakap bahawa Ustaz Hadi tidak selalunya selesa dengan tindak-tanduk Anwar sebelum ini, ramai yang tidak percaya dan memperlecehkan isu itu sebagai usaha nak pecah-belahkan Pakatan Rapuh (PR). Agenda UMNOlah tu.
Kalau dulu kita bercakap tentang adanya anasir-anasir pro-Anwar yang selalu memberi tekanan kepada Presiden parti, orang kata itu hanya desas-desus ciptaan hendak memburukkan pimpinan PAS. Ini kerja orang yang tidak dapat nak jadi pemimpinlah tu.
Kalau dulu kita bongkarkan parasite dalam PAS yang angkuh melawan Presiden kita akan dapati orang menafikannya. Ini mesti tentera maya musuh yang cuba mengapi-apikan.
Namun perkara-perkara yang ingin dipendamkan dan ingin disembunyikan akhirnya meletup juga. Ianya bukan sahaja menggegarkan PAS tetapi bakal memporak-perandakan Pakatan Rapuh (PR) yang boleh juga menghilangkan kuasa dua pertiga pentadbiran negeri terkaya jika tidak hilang terus kuasa itu.
Yang POSITIFnya kini PAS sedang dibersihkan. Yang wala’nya kepada Anwar, maka terzahirlah. Yang mempunyai kepentingan duniawi melebihi cinta kepada jemaahnya pun terbongkarlah. Yang selama ini sorok-sorok menjadi anai-anai barulah PAS sedar bahawa sarang dan koloni anai-anai itu sudah merebak dan mungkin sukar dikawal.
Samada Pakatan kekal memerintah Selangor atau hilang kuasa dua pertiga atau seorang MB bebas dengan sokongan ADUN PAS dan UMNO (dan beberapa lagi dari PKR yang bakal melompat – yang bakal mengembali sokongan kepada Khalid dalam masa terdekat) – itu semua tidaklah ada untung rugi kepada saya. Selama ini pun banyak tempat di Selangor semacam menyekat ceramah saya – sama ada di masjid (Walaupun ceramah mendedahkan isu Kristianisasi!) atau pun di pejabat kerajaan negeri (baca). Mungkin tak ada beza pun selepas ini.
Tetapi yang membezakan di antara sebelum dan selepas masalah dalaman parti PKR ialah masalah dalaman PAS turut terbongkar dan tidak boleh lagi dinafikan.
***********
- Pertemuan Memujuk Akhirnya Bertikam Lidah
- Kemelut Politik Selangor – Tadbir Allah Tiada Siapa Tahu
- Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak
- Apakah Presiden PKR Tak Pandai Tulis Surat?
- Presiden PAS, Haji Hadi Pula Ditembak!
- Puak-puak Yang Mengikut Telunjuk Anwar Dalam PAS
- Kerajaan Baru Selangor – Gabungan PAS dan UMNO
6 comments
Comments feed for this article
17 August, 2014 at 12:19 pm
Kemelut Politik Selangor: Pembubaran DUN Bukan Lagi Opsyen Tetapi Terpaksa | Karim's Blog
[…] Kesimpulannya, DAP dan PKR yang paling rugi. Sebab itu Kit Siang berkali-kali sebut tidak mahu DUN dibubar. Mereka tahu dari mana kekuatan mereka dan di mana kelemahan mereka. PKR masih tidak sedar diri, angkuh dan over-confident. Merka lupa kekuatan mereka di akar umbi tiada. Mereka sebelum ini menumpang ketekunan aktivis tulen parti PAS, (disebut yang tulen itu kerana sekarang ini pun PAS sudah diresapi oleh pekerja parti yang tunggu upah – itu perlunya pembersihan sekarang ni – kemelut terkini banyak membongkar yang terselindung sel…) […]
17 August, 2014 at 5:56 pm
Keputusan PAS Bertarik 1434 Hijrah? | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor: Menzahirkan Yang Terselindung Selama Ini […]
5 September, 2014 at 5:21 pm
Daun KETUM bakal diwarta di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor: Menzahirkan Yang Terselindung Selama Ini […]
6 September, 2014 at 8:37 pm
Bila Ustaz Haji Hadi Mempertegaskan Pendiriannya … | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor: Menzahirkan Yang Terselindung Selama Ini […]
6 September, 2014 at 8:39 pm
Jangan terjebak sifat politik Anwar | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor: Menzahirkan Yang Terselindung Selama Ini […]
8 September, 2014 at 8:01 am
Bila Anwar Paksakan Nama Isterinya … Dia Ada Rancangan Besar? | Karim's Blog
[…] Kemelut Politik Selangor: Menzahirkan Yang Terselindung Selama Ini […]