Apakah ada orang Melayu yang sudah murtad masuk agama Kristian?

Ada!

Siapakah di antara mereka?

Nama-nama orang Melayu yang masuk Kristian telah banyak kali disiarkan oleh pelbagai pihak. Antaranya ialah apabila kes Azlina Jailani dan Nor Aishah Bukhori heboh dibincang satu masa dahulu. Kemudian ramai juga yang telah baca kes tahanan ISA seperti Jamaluddin Othman dan Hilmy Mohd Nor yang secara terangan dan berani memurtadkan orang-orang Melayu. Dan ada beberapa lagi nama lain.

Itu secara terangan dan telah heboh disebut dan gambar-gambar mereka pun disiarkan.

Sekarang ini terdapat orang-orang Melayu yang telah murtad menganut agama sesat Kristian tetapi merahsiakan anutan baru mereka. Mereka sanggup berpura-pura seolah masih beragama Islam. Bilangan orang Melayu Kristian sebegini semakin ramai.

[baca: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Kajian Kritian Melayu-blogSebuah kajian dilakukan di sebuah universiti Kristian di Amerika Syarikat cuba mengenal pasti identiti sosio-keagamaan dan kehidupan orang Melayu Kristian.

Dalam kajian yang menemubual sendiri beberapa orang Melayu yang murtad ini, mereka dapati bahawa:

1. samada di luar mahu pun di dalam rumah Melayu Kristian ini tidak ada sebarang tanda salib diletakkan.

2. mereka mengaku bahawa mereka tidak melakukan sebarang upacara keagamaan Kristian di depan orang

3. malah mereka masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid dan berpuasa di bulan Ramadan, seolah-olah mereka masih beragama Islam

4. di dalam rumah mereka, mereka juga tidak meletakkan apa-apa buku atau bahan bacaan Kristian di rak buku atau meja di ruang tamu rumah mereka

Itu adalah di antara beberapa rumusan yang kajian tersebut dapati sebagai “ciri-ciri” orang Melayu Kristian. (baca juga: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB)

[baca juga: Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka]

Kesemua “ciri-ciri” di atas adalah bertujuan untuk merahsiakan pemurtadan mereka daripada diketahui oleh kaum keluarga atau sahabat handai. Menurut pengakuan seorang bekas “Kristian Melayu” yang telah pun bertaubat sekitar 3 tahun lalu, bilangan Melayu Kristian yang sebegini membimbangkan. Beliau yang murtad selama hampir 10 tahun lamanya memberi angka lebih puluhan ribu Melayu Kristian yang beliau jangka jumlahnya.

Saudara mara dan ahli keluarga yang rapat tidak dapat mengesan perubahan ini. Malah, menurut kajian di atas lagi, jika berlaku kematian, pihak gereja akan membiarkan sahaja mayat orang Melayu Kristian tersebut diuruskan secara Islam oleh kaum keluarga mereka sendiri. Pihak gereja tidak akan cuba menuntut mayat si mati untuk urusan pengkebumian secara agama Kristian. Sebaliknya, pihak gereja akan melakukan upacara berasingan secara rahsia di gereja mereka khusus untuk si mati.

Mereka tidak lagi menuntut berebut mayat bagi mengelak terbongkarnya seorang lagi orang Melayu telah murtad menganuti agama Kristian. Sebab itu tidak lagi kedengaran kes berebut mayat dengan puak gereja. Tidak seperti suatu masa dahulu, sekitar 10 tahun lalu, seorang pelajar perempuan IPT yang kematian akibat kemalangan dan dijumpai rantai salib terselindung di bawah tudungnya di mana apabila keluarga sedang sibuk mengurus mayatnya, datang segerombolan pihak gereja untuk menuntut mayat tersebut.

Moga pendedahan ringkas ini menjadi peringatan kepada kita semua. Moga dapat panjangkan kepada saudara mara dan sahabat handai kita agar berwaspada dengan tipu helah jahat puak-puak evangelis Kristian (baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad) yang tidak henti menyesatkan kita, benarlah firman Allah Taala.

Artikel susulan: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: