
Kita guna pelbagai jenis kunci – siap dengan sistem penggera kerana sayangkan harta. Tidakkan kita lebih sayangkan aqidah anak cucu kita?
Kenapa kita pastikan pintu rumah kita ditutup dan dikunci sebelum kita berehat untuk tidur malam? Kenapa perlu kita kuncikan pintu rumah serta memasang mangga lagi pada pintu grill apabila kita keluar meninggalkan rumah kita?
Jawapannya mungkin berbagai tetapi yang pastinya ialah kita tidak mahu orang-orang yang tidak sepatutnya masuk rumah kita di waktu kita tidur atau ketika kita tiada di rumah. Mungkin ada barang-barang yang berharga yang kita bimbang dicuri.
Tidak ada dalam Al Quran atau al Hadith pun sebut pasal kunci rumah pasang grill semua itu. Tidak ada grill pun di zaman Rasulullah s.a.w. Apakah itu kerja bida’ah pulak?
Ada orang yang cuba menyindir apabila kita berusaha untuk menyekat pelampau evangelis Kristian yang sibuk hendak salah guna nama suci Allah di Malaysia. Mereka kata tidak ada hadith pun yang Nabi s.a.w. larang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Ilmu kaedah feqah bukan suatu yang telah disebut secara langsung di zaman Nabi s.a.w. Dengan kefahaman yang menyeluruh ulamak kemudian membentuk suatu epistemologi ilmu ahli sunnah wal jamaah dan terbentuk apa yang kita fahami hari ini sebagai kaedah feqah.
Dalam kaedah feqah kita diajar tentang kaedah menyekat apa-apa yang membawa kepada ancaman, kerosakan, gejala kemusnahan dan seumpamanya. Kaedah ini disebut sebagai sadduz zara’i.
Dalam suasana hari ini dan pelbagai tipu muslihat pelampau Kristian telah didedahkan, pelbagai strategi jahat dan tipu muslihat telah dibongkar dan terbukti bahawa penyalahgunaan nama suci Allah oleh evangelis Kristian, maka menyekat usaha jahat pelampau-pelampau agama ini MESTI dilakukan. Ianya WAJIB demi memelihara aqidah anak cucu kita di masa akan datang. Kita sekat dari puncanya.
[baca: Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad dan Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?]
Inilah juga yang disebut dalam al maqasid syariah sebagai hifzudeen – memelihara agama. Deenul Islam. Bukannya pelihara semua agama seperti mana ajaran salah Pluralisme Agama yang dibawa oleh Anwar Ibrahim, dalam ucapan beliau, memfitnah Iman Shatibi yang menganjurkan pemeliharaan semua agama berdasarkan kaedah hifzudeen tersebut (rujuk ucapan beliau di Adelaide dan beberapa tempat lain dan juga tulisannya di WSJ pada tahun 2010). Anwar salah dan mungkin sengaja cuba menyelewengkan. Hifzudeen di sini bermaksud pelihara agama Islam.
[baca: Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim! dan Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian]
Kita berusaha mengguna pelbagai jenis kunci untuk pastikan rumah kita selamat tidak dicerobohi pencuri kerana sayangkan harta benda di dalam rumah kita. Kita patut lebih ikthiar kita dalam memastikan aqidah anak cucu kita yang lebih kita hargai itu selamat tidak dicuri oleh perompak aqidah.
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Melayu Kristian?
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Penyebaran Kristian Yang Berterusan – Umat Islam Di Seremban Hilang Sabar
- Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian
12 comments
Comments feed for this article
24 August, 2014 at 10:38 am
Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”? | Karim's Blog
[…] Sadduz zara’i – Kenapa Kunci Rumah? […]
24 August, 2014 at 10:40 am
Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah | Karim's Blog
[…] Sadduz zara’i – Kenapa Kunci Rumah? […]
24 August, 2014 at 10:42 am
TERBARU! Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama | Karim's Blog
[…] Sadduz zara’i – Kenapa Kunci Rumah? […]
24 August, 2014 at 10:43 am
Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica? | Karim's Blog
[…] Sadduz zara’i – Kenapa Kunci Rumah? […]
8 October, 2014 at 2:53 pm
Persatuan Melayu Murtad IFC | Karim's Blog
[…] Bagi kita umat Islam yang sayangkan Tanah Air dan mahu memelihara aqidah anak-cucu kita MESTI memikul tanggung jawab untuk menyekat segala punca ancaman dari perompak-perompak yang ingin merompak aqidah umat Islam. […]
12 October, 2014 at 12:25 pm
Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia | Karim's Blog
[…] Liberal-Plural Indonesia telah tidak dibenarkan masuk ke Tanah Air kita (NTL – not-to-land). Inilah yang disebut “sadduz zara’i”. Kita sekat punca ancaman yang boleh membawa ajaran sesat liberal-plural dari negara jiran ke […]
12 October, 2014 at 12:38 pm
Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia | Ahmad Ali JetPlane
[…] Liberal-Plural Indonesia telah tidak dibenarkan masuk ke Tanah Air kita (NTL – not-to-land). Inilah yang disebut “sadduz zara’i”. Kita sekat punca ancaman yang boleh membawa ajaran sesat liberal-plural dari negara jiran ke […]
12 October, 2014 at 12:38 pm
Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] Liberal-Plural Indonesia telah tidak dibenarkan masuk ke Tanah Air kita (NTL – not-to-land). Inilah yang disebut “sadduz zara’i”. Kita sekat punca ancaman yang boleh membawa ajaran sesat liberal-plural dari negara jiran ke […]
1 November, 2014 at 6:11 pm
Fahami agenda Kristian Evangelis | Karim's Blog
[…] Kenapa Kunci Rumah? […]
12 November, 2014 at 6:55 pm
Mengapa Ada Duri Dalam Daging? | Karim's Blog
[…] Kenapa Kunci Rumah? […]
17 December, 2014 at 6:49 pm
Kerana Politik – Exco Agama Pertahan Guan Eng | Karim's Blog
[…] Sadduz zara’i – Kenapa Kunci Rumah? […]
24 July, 2015 at 5:53 pm
Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian? | Karim's Blog
[…] awasi ancaman-ancaman. Kita wajib berusaha melindungi umat Islam dengan mengambil sikap “sadduz zara’i” (baca: Kenapa Kunci […]