Tajuk muka hadapan The Sun Daily (TSD) hari ini ialah “Khalid To Go”. Apa sebenarnya belaku semasa sidang media MB Khalid semalam?
Khalid umumkan bahawa Tuanku Sultan menangguhkan penerimaan perletakan jawatan beliau. Bermakna, Khalid akan kekal menjadi sehingga seorang MB baru dilantik … entah bila!
Kenapa TSD sebut “Khalid to go” tidak “Khalid to stay”? Apa motif TSD?
Cuba baca urutan “fakta” yang disebut di muka depan TSD (rujuk gambar di atas):
1. MB submits resignation to Sultan
2. Ruler defers acceptance of resignation until successor found.
dan “fakta” terakhir:
4. Khalid to remain in post pending Sultan’s decision
Maka Khalid kekal sebagai MB sehingga ada pengganti. Maka sebetulnya ialah “Khalid To Stay” atau Khalid Kekal (boleh tambah “untuk sementara”).
TSD, seperti mana beberapa media lain yang banyak memberi ruang kepada musuh Islam (contoh lain TMI dan MKini) – sentiasa cuba memberi gambaran negatif dan putar alam untuk sesuatu tujuan. (Baca: Malaysian Insider Memang TIDAK Profesional dan Apakah Sebenarnya Agenda Malaysiakini dan MalaysianInsider Yang Marah Apabila Strategi Gerakan Kristian Didedahkan?)
Bukan sahaja putar alam untuk memainkan psikolgi pembaca tetapi TSD turut memberikan maklumat SALAH. Cuba perhati pula “fakta” berikut:
3. PAS, PKR and DAP to each nominate at least two candidates from Pakatan Rakyat for Sultan’s consideration.
TSD lapor bahawa masing-masing parti dalam PR dikehendaki cadang sekurangnya dua calon untuk jawatan MB.
Kita baca pula apa yang sebenarnya disebut Khalid ketika membaca kenyataan pihak Istana – dan kita boleh rujuk teks media itu pun (gambar).
Amat jelas kenyataan tersebut adalah bahawa Sultan menitah masing-masing parti PAS, PKR dan DAP:
“mencadangkan lebih dari dua nama”
Lebih dari dua TIDAK SAMA dengan “sekurang-kurangnya dua” … mana belajar ni?
Jikalau lebih dari satu barulah sekurang-kurangnya dua. Takkan bahasa Melayu yang mudah begitu pun TAK FAHAM?
Apakah motif akhbar yang dari mula edaran mereka banyak memberi gambaran negatif terhadap Islam di Malaysia dan banyak memberi ruang kepada agenda musuh-musuh Islam di Tanah Air kita ini?
TSD tidak lapor berita sukan tempatan – yang ada hanya sukan luar negara. Kenapa?
1 comment
Comments feed for this article
28 August, 2014 at 7:57 am
Apa Motif Seleweng Lapor The Sun Daily?
[…] Source: Apa Motif Seleweng Lapor The Sun Daily? […]