You are currently browsing the monthly archive for September 2014.

KETUM bakal remotecontrol Azmin

Klik pada imej ini untuk rakaman video sidang media tersebut

Selepas Wan Azizah tidak dapat dijadikan MB untuk memudahkannya di”remote control” oleh suaminya yang juga KETUM PKR, Anwar Ibrahim, ramai yang bercakap bahawa kini dengan Azmin dilantik sebagai MB baru Selangor, ianya sama sahaja … bahawa Azmin pun akan di”remote control” oleh Anwar.

Apakah rakaman video ini bukti untuk mereka yang mengatakan tersebut? Terdapat terlalu banyak arahan yang disebut oleh Anwar untuk MB baru ambil tindakan … sebaik sahaja selesai majlis angkat sumpah exco, depan Azmin sendiri dalam sidang media lagi!

Boleh baca juga … Amaran Kepada Azmin Ali: Jangan SALAH GUNA Kalimah Allah

Setiap kali pengumuman tarikh 1 Zulhijjah di Malaysia berbeza dengan di Arab Saudi maka kita akan dapati terdapat sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam di Tanah Air kita untuk mengerjakan ibadat puasa sunat hari Arafah.

Pada tahun ini kita sekali lagi mengalami perbezaan ini maka timbullah pendapat sesetengah pihak yang ingin mengikut taqwim Hijrah kerajaan Arab Saudi untuk melakukan puasa sunat 9 Zulhijjah tersebut pada 3hb Oktober 2014 (Jumaat) kerana jemaah haji akan berkumpul di Arafah pada hari tersebut. Mereka ini tidak akan mengikut puasa sunat 9 Zulhijjah yang jatuh pada 4 Oktober (Sabtu) untuk Malaysia.

Kenapa perlu timbul kekeliruan ini?

international datelineIni kerana kita terpengaruh dengan kaedah taqwim suria yang menentukan tarikh untuk kalendar Masehi beserta dengan penetapan Garisan Tarikh Antarabangsa (International Date Line) yang disepakati seluruh dunia yang mengguna kedudukan London (atau lebih tepat bandar Greenwich) sebagai pusat dunia (ketika penjajah British menguasai dunia).

Dengan berdasarkan persetujuan ini maka, seluruh dunia mengira bermula hari baru berdasarkan pergerakan matahari dan garisan maya di tengah lautan Pasifik (garisan ini tidak lurus pun! – jangan kita mudah tertipu lakaran mereka) jadi pemisah antara hari ini dan semalam.

Bagi umat Islam, taqwim kita berdasarkan pergerakan bulan bukannya suria.

Maka pertukaran tarikh dan bulan bagi kita ialah bermula dengan terbitnya anak bulan yang baru sebagai permulaan tarikh baru untuk satu-satu bulan dalam taqwim Hijrah.

Saya bukan seorang pakar bidang falaq, tetapi dengan sedikit ilmu asas yang kita pelajari untuk memahami tarikh penentuan puasa sepatutnya sudah cukup untuk kita faham perbezaan penentuan tarikh dalam taqwin Hijrah berbanding dengan taqwin Masehi.

Kita perlu tahu terbitnya anak bulan di kawasan-kawasan di muka bumi ini tidak mengikut garis lurus dari atas ke bawah pada peta dunia. Jika anak bulan baru terbit untuk Malaysia pada hari ini, pada logik peredaran bumi dan pergerakan bulan (dengan jarak Arab Saudi dengan kita) maka Arab Saudi akan juga menuruti Malaysia untuk mulakan tarikh baru untuk bulan Hijrah pada hari sama.

Tetapi jika waktu maghrib telah melepasi Malaysia dan anak bulan tidak juga terbit, dan katakan terbitnya bermula dari Sri Lanka, maka Sri Lanka dan kawasan seterusnya selepas ini akan memulakan hari pertama mereka pada hari itu tetapi tidak untuk Malaysia. Malaysia akan memulakan tarikh pertama bulan baru Hijrah pada keesokkannya jika kita banding berdasar taqwim Masehi.

Tetapi sebenarnya, tarikh pertama bulan baru Hijrah kita adalah pada tarikh yang kita nampak anak bulan (atau mengikut perkiraan falaq) bukan kita kira tarikh mengikut kiraan berdasarkan penetapan tarikh mengikut Garisan Tarikh Antarbangsa – International Date Line) itu.

Kita lupa akan tamaddun keilmuan kita mempunyai asas yang berbeza. Jangan kita letakkan kotak pemikiran kita berdasar penetapan “barat” dalam penentuan hari dan tarikh.

Untuk itu, bersesuaian sekali kita puasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah mengikut ketetapan tarikh yang dipersetujui oleh pemegang mohor Raja-raja – iaitu hari Raya Haji jatuh pada 5 Oktober, Ahad dan kita puasa pada hari Sabtu, 4 Oktober.

Wallahu a’lam

MB yang baru dilantik, dalam temubual pertamanya dengan pemberita, Azmin Ali mengatakan bahawa beliau akan meneliti semula keputusan yang dibuat oleh pentadbiran lalu dalam beberapa isu termasuk isu “Bible” (baca: Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia)

Walaupun Azmin cuba berlapik dalam menjawab soalan pemberita, namun beliau telah cuba juga membuka semula satu ruang yang telahpun diputuskan dalam isu ini. Dengan itu, saya ingin membuat amaran awal kepada beliau agar berhati-hati dengan tindak-tanduk yang bakal beliau ambil dalam isu “rampasan Bible” dan isu penyalahgunaan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian.

Amaran kpd Azmin-revisit BibleSeizureAMARAN ini khusus kepada MB yang baru dilantik ini supaya memahami akan sumpah setia beliau di hadapan Tuanku Sultan serta merujuk kembali titah-titah Tuanku sebelum ini dalam kedua-dua isu yang mempunyai kepentingan untuk umat Islam khususnya di negeri Selangor. JANGAN MEMANDAI dan menderhakai Tuanku.

Azmin terkenal dengan keceluparan mulutnya dalam menyanggahi kepentingan umat Islam di Tanah Air ini. Kami mahukan tindakan “sadduz zara’i” bagi menghalang tuntutan melampau evangelis Kristian yang masih tidak tahu apa nama tuhan mereka sebenarnya hingga terpaksa meminta untuk salah guna nama suci Allah untuk gantikan nama Elohim atau Yahweh itu. Kita TIDAK MAHU Azmin buka “sadd” ini! (baca: Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar dan Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?)

Azmin turut juga celupar menyanggahi kenyataan TG Ustaz Hadi Awang serta menolak keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura PAS pada bulan Januari tahun lalu.

Kita tidak akan duduk diam untuk memantau setiap keputusan dan tindakan MB baru berhubung kepentingan Islam.

Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

Dalam keadaan Syria yang sudah punah randah, Amerika Syarikat meneruskan usaha untuk menjahanam terus bumi yang Rasulullah doakan keberkataannya.

Terbaru, Dewan Perwakilan (House of Representatives) Amerika Syraikat telah meluluskan cadangan Obama untuk melatih 5,000 tentera “pemberontak” di sebuah kem latihan di Arab Saudi untuk melawan “militant ISIS”. Dipetik dari http://thecable.foreignpolicy.com:

In a crucial vote of support for the White House’s declared war on Islamic State militants in Syria and Iraq, the House of Representatives voted to give President Barack Obama authority to arm and train Syrian rebels in the war-torn country.

… which would train some 5,000 Syrian rebels in the first year at facilities in Saudi Arabia.

Maknanya, Amerika Syarikat kini akan melatih 5,000 (untuk tahun pertama) “orang Islam” untuk berperang dengan “orang Islam ISIS”. Pemimpin ISIS Abu Bakar Baghdadi kita semua sudah maklum adalah awalnya hasilan didikan Amerika Syarikat. Samada penerusan gerakan militant ISIS/ISIL sekarang ini adalah dalam “grand plan” asal atau ianya suatu situasi “anak didik yang sudah naik kepala dan lawan tuan” – itu semua mungkin lebih terserlah dalam masa terdekat.

Di Tanah Air kita pun tidak kurang juga minat Amerika Syarikat untuk campur tangan. Sebab ini curahan dana dari Amerika Syarikat berleluasa meracuni pemikiran rakyat awam dengan membina boneka-boneka dan “moderate baruas” dalam apa yang disebut oleh Rand Corporation sebagai “Building Moderate Muslim Networks”.

Rand-align USSebab itu mereka yang diupah secara sedar atau tidak akan memekik-mekik dengan laungan-laungan seperti menuntut hak demokrasi, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, kesamaan gender dan seumpamanya. Mereka ini bagaikan tersusun mengikut telunjuk perancangan yang disebut dalam monograf Rand Corporation bertajuk “Civil Democratic Islam” supaya hasilannya nanti ianya akan mematuhi “arahan Uncle Sam”:

… to the alignment of U.S. policymakers …”

Ya Allah lindungi kami dari ancaman dan perancangan musuh ini. Amin.

Charles Malik-UDHR-PhalangistxMemperingati pembunuhan di kem Shabra dan Shatila membawa kita untuk ingat penggerak pengganas yang membunuh ribuan pelarian Palestin, Charles Habib Malik, Kristian Lubnan, yang juga menjadi orang yang menderafkan dokumen Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights – UDHR)

Ikuti ulasan lanjut oleh peguam Azril Mohd Amin dari blognya azrilmohdamin.com.

Baca juga: Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR? dan Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights

16 SEPTEMBER 2014 merupakan ulang tahun ke-32 peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut, Lebanon. Sekurang-kurangnya 3,000 orang awam, kebanyakannya pelarian wanita, warga tua dan kanak-kanak Palestin, terkorban dalam tragedi pembunuhan yang berlangsung selama tiga hari, dilakukan anggota militia sayap kanan Parti Phalangist Lebanon yang bersekutu dengan Israel.

Askar Israel mengepung kem-kem itu dan para penghuninya dibedil dengan dahsyatnya. Kemudian, puak Phalangist dibenarkan masuk, dan tentera Israel menerangi langit malam dengan suar-suar untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan. Terdapat laporan saksi bahawa beberapa askar Israel turut mengambil bahagian dalam pembunuhan tersebut.

Sebuah suruhanjaya penyiasat Israel menyimpulkan sejurus selepas itu bahawa kerajaan Israel “bertanggungjawab secara tidak langsungnya” terhadap pembunuhan tersebut dan bahawa Ariel Sharon, selaku Menteri Pertahanan dan pencatur operasi pencerobohan tahun 1982 itu, “memikul tanggungjawab peribadi” kerana gagal mencegahnya.

Menjadi persoalan lain pula apabila tindakan tidak diambil terhadap Sharon, yang seterusnya menjadi Perdana Menteri dan berperanan penting dalam usaha melemahkan perjanjian damai Oslo dan meneruskan pendudukan Israel di tanah Palestin. Seperti yang dinyatakan oleh Noam Chomsky, siasatan rasmi Israel itu “tidak ditujukan kepada orang yang memihak kepada kebenaran dan ketelusan”.

Sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa yang diketuai oleh negarawan Ireland, Sean MacBride, pada tahun 1982 menyimpulkan bahawa Israel “bertanggungjawab secara langsung” kerana kem-kem tersebut berada di bawah jagaannya selaku “kuasa takluk.” Meskipun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggambarkan pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan di Shatila itu sebagai “jenayah pembunuhan” dan mengisytiharkannya sebagai perbuatan menghapuskan sesuatu kaum, namun Israel tetap bebas dari sebarang tuduhan.

Kira-kira dua tahun lepas, muncul bukti baharu yang menunjukkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat pada hakikatnya memang menyedari aktiviti tentera Israel dan sekutu-sekutu tempatan mereka pada hari-hari tersebut tatkala pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan. Akhbar The New York Times, dalam sebuah laporan panjang lebar bertajuk “A Preventable Massacre” yang disiarkan pada 17 September 2012, menyatakan bahawa Israel telah “menipu” Washington untuk mempercayai bahawa beribu-ribu “pengganas” berkubu di dua kem tersebut dan tindakan ketenteraan diambil untuk menghapuskan mereka. Seth Anziska, penuntut kedoktoran di Universiti Colombia yang menulis rencana berkenaan, memetik dokumen-dokumen rasmi untuk menunjukkan bahawa pihak berkuasa Israel sengaja memperdayakan rakyat Amerika untuk mempercayai dakwaan palsu bahawa beribu-ribu pejuang Palestin, yang digelar “pengganas” oleh Israel, berkubu di penempatan pelarian Sabra dan Shatila yang serba daif itu.

Anziska menyandarkan kajiannya pada dokumen-dokumen Israel yang didedahkan baru-baru ini dan diperolehinya dari arkib kerajaan. Rencana tersebut menyatakan “Yang paling merunsingkan, apabila Amerika Syarikat berada dalam kedudukan yang mampu memberikan tekanan diplomatik yang kuat terhadap Israel untuk menghentikan keganasan tersebut, mereka gagal berbuat demikian.”

Pembunuhan tersebut berlaku setelah para pejuang Palestin meninggalkan Beirut Barat berikutan jaminan pihak Amerika bahawa orang awam akan diberi perlindungan. Amerika Syarikat telah mengerakkan askar marinnya sejurus selepas pemergian angkatan pejuang Palestine Liberation Organisation (PLO) dari Lebanon. Beirut Barat berada di bawah kawalan angkatan PLO selama bertahun-tahun. Tetapi dalam tempoh sepuluh hari selepas mereka pergi, askar marin Amerika Syarikat pula, yang sepatutnya membantu mengekalkan keamanan, telah meninggalkan Beirut. Maka medan terbuka luas bagi tentera Israel dan sekutunya daripada golongan sayap kanan Kristian.

Phalangist-Zionist-EIR1978Pada 15 September, Perdana Menteri Israel pada ketika itu, Menachem Begin, telah memberitahu utusan khas Amerika Syarikat di negaranya, Morris Draper, bahawa askar-askar Israel sedang memasuki Beirut Barat untuk mencegah berlakunya “pogrom”, iaitu tindakan penghapusan etnik. Sehari sebelumnya, Presiden Lebanon yang memihak Israel, Basher Gemayel, yang baru sahaja memegang jawatan, telah dibunuh. Menjelang 16 September, iaitu hari pertama pembunuhan beramai-ramai itu, tentera Israel telahpun menguasai Beirut Barat sepenuhnya, termasuklah kem pelarian di Sabra dan di Shatila. Pada peringkat ini, pihak Washington semestinya sudah nampak muslihat Israel.

Lawrence Eagleburger, Setiausaha Rendah Negara Amerika Syarikat, memberitahu duta Israel, Moshe Arens, bahawa “kami dipandang oleh sesetengah pihak sebagai mangsa penipuan yang disengajakan oleh Israel.” Eagleburger telah mendesak agar askar-askar Israel segera berundur dari Beirut Barat. Tetapi Israel enggan berganjak. Sharon, selaku Menteri Pertahanan, memberitahu Draper bahawa terdapat seramai “2,000-3,000 pengganas yang masih berada” di Sabra dan di Shatila. Rencana di dalam akhbar The New York Times menggambarkan Draper sebagai “terkejut” apabila diberitahu bahawa Sharon sedang merancang untuk menghantar anggota militia Phalange yang zalim itu ke kawasan berkenaan. Ketua Turus tentera Israel, Rafael Eitan, memberitahu rakyat Amerika mengenai kebimbangannya bahawa “suatu pembunuhan yang tidak terbatas” akan berlaku sebaik sahaja puak Phalangist dibenarkan memasuki Beirut Barat.

Desakan Draper mengenai pengunduran Israel terus dibantah oleh Sharon, yang pada ketika itu amat sedar bahawa pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan di Shatila telah pun bermula. Sharon telah meyakinkan Draper bahawa perkara yang melampaui batas tidak akan berlaku, sebaliknya memanipulasi berita bahawa pembunuhan “pengganas” akan “menguntungkan” mereka. Sejarah memaparkan pihak Amerika telah membiarkan Sharon membuat kata putus. Puak Phalangist dan tentera Israel dibenarkan meneruskan pembunuhan di Sabra dan di Shatila tanpa dihalang selama tiga hari dan tiga malam.

Presiden Ronald Reagan menunggu sehingga 18 September untuk mengeluarkan kenyataan yang melahirkan “rasa jijik dan marah mengenai pembunuhan” tersebut. Beliau berkata bahawa Amerika Syarikat menentang pendudukan Israel di Beirut Barat kerana “percaya bahawa itu salah segi prinsip dan bimbang bahawa perbuatan itu akan mencetuskan pertempuran selanjutnya”. Setiausaha Kerajaannya, George P. Schultz, menegaskan Amerika Syarikat menanggung “sebahagian tanggungjawab” terhadap pembunuhan tersebut “kerana kami mempercayai kata-kata Israel dan Lebanon.” Sejak itu, pentadbiran Amerika Syarikat semakin diperbodohkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan komitmen dan janji pihak Israel.

Peristiwa Sabra dan Shatila merupakan salah satu kemuncak kezaliman Israel yang tidak dilupakan masyarakat dunia. Semenjak itu, Israel terus melakukan banyak lagi kekejaman. Dengan terjadinya serangan terbaru terhadap Gaza, tahun 2014 ini sahaja menyaksikan lebih dari 1,500 orang terbunuh lantas mengulangi memori pedih Sabra dan Shatila. Kini, pentadbiran Barack Obama ditekan lobi Yahudi yang menguasainya lantas membuatkan ramai pemerhati dan penganalisis merasakan bahawa peristiwa terbaru ini menandakan Israel sekali lagi berjaya mengemudikan dasar luar Amerika ke arah manfaatnya.

Dengan berlatar belakangkan hakikat tersebut, tidak hairan mengapa hanya sebilangan kecil sumber media Barat yang mengambil kisah untuk memperingati ulang tahun ke-32 pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila, sementara masyarakat dunia terus dilumpuhkan dengan penipuan Israel, yang dibiarkan bermaharajalela menguasai dunia dengan keganasannya.

AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam dan Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

PM2012-Mansuh Akta Hasutan

Laporan media ketika PM Najib menyatakan akan ganti Akata Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional sebelum PRU13

Mungkin dalam persiapan untuk menghadapi PRU13, pada Julai 2012, PM Najib cuba memujuk puak-puak LIBERALIS PRO-REPUBLIKAN dengan berjanji untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan satu akta baru yang beliau sebut sebagai Akta Keharmonian Nasional. Janji pilihanraya … biasalah.

Dengan janji yang dibuat PM sedemikian, puak-puak yang bersetuju untuk mansuhkan Akta Hasutan dan kini masih bersungguh menggerakkan kempen memansuhkan Akta Hasutan (yang sebahagian besarnya adalah PRO-PEMBANKANG), mereka ini tidak pun mengundi Najib dan BN dalam PRU lalu.

Ini bermakna, janji-janji Najib itu tidak pun diterima oleh mereka. Mereka tetap memilih untuk tidak percaya dengan Najib walaupun Najib janji gunung dan ganang. Hatta janji bulan dan matahari sekali pun puak-puak ini tidak akan pilih dan sokong Najib.

Habis? Kenapa perlu Najib layan mereka ini?

Jawab sahaja, “Ya, saya berjanji dahulu tetapi kamu semua tolak rancangan dan janji-janji saya. Sekarang ini saya batalkan”. Habis cerita. Bukan mungkir janji sebab mereka tolak janji Najib.

Najib MESTI INGAT kebanyakan mereka yang mungkin dulu mengundi untuk BN kekalkan memerintah – mereka inilah yang mahukan Akta Hasutan DIKEKALKAN. Janji Najib lupa “support base”nya. Jangan yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Jangan sampai penyokong sendiri NAIK BENCI.

Kekalkan sahaja Akta Hasutan 1948. Nokhtah.

********

Kiriman lain berkaitan Akta Hasutan:

Ketika berucap di Bera pada 10 Ogos 2014, TPM Muhyiddin mengatakan ada asas kepada dakwaan terhadap adanya pendakwaan terpilih oleh pejabat Peguam Negara:

Pada masa ini masyarakat kata seolah-olah ada pendakwaan terpilih di mana kalau kes-kes berkaitan Melayu cepat sahaja dikenakan tindakan dan kalau yang bukan Melayu lambat.

Ini kita ambil perhatian dan bersetuju dalam situasi sedia ada kalau memadai ia (undang-undang tersebut) harus dikuatkuasakan dan diambil tindakan tegas tidak mengira kaum.

TPM menyebut lagi ketika berucap di Pagoh, 6 September lalu (seperti dilapor Utusan):

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pihak-pihak yang bertanggungjawab menangani kes-kes sedemikian.

“(Contohnya) orang bukan Melayu menyentuh sensitiviti orang Melayu baik agamanya, budayanya, rajanya dan sebagainya, maka laporan-laporan telah dibuat kepada pihak polis…sampai berpuluh-puluh laporan. Orang bertanya apa jadi dengan laporan itu sedangkan kalau ada hal yang dilakukan oleh orang Melayu kepada bukan Melayu, tindakan cepat diambil, seolah-olah begitulah halnya.

“(Bukti yang diperoleh perlu) melampaui keraguan munasabah. Bahawa memang sabit kes itu dilakukan oleh pihak ini dan ada akta yang telah dilanggari oleh mereka dan tindakan itu boleh diambil oleh pihak berkuasa. Soal yang dianggap sebagai tanggapan dan persepsi sebagai pendakwaan terpilih itu memang ada dan kita cuba tanganinya,”

Ketegasan TPM diulangi hari ini dengan pada jam 5:31 petang, Utusan Malaysia mengemaskinikan berita terkini di Utusan Online dengan tajuk Bertindak tegas terhadap pihak menghasut – TPM.

Tetapi pada jam 8:20 malam tadi, saya menerima kiriman whatsapp dengan imej yang dikatakan kandungan faksimili kenyataan media Peguam Negara bertajuk “Penyemakan Semula Pendakwaan Kes Di Bawah Akta Hasutan 1948. Setem masa pada naskah faks tersebut adalah 19:47 dan kenyataan media bertarikh 9 September, 7:15 petang.

Saya lampir di bawah apa yang dikatakan sebagai kenyataan media Peguam Negara bersebelahan dengan petikan dari Utusan Online sebentar tadi dengan laporan berita yang memetik penegasan TPM Muhyiddin.

AktaHasutan-dakwatakdakwa

Apakah yang dimaksudkan oleh “kenyataan media Peguam Negara”? Apakah ianya bermaksud bahawa semua pendakwaan di bawah Akta Hasutan akan ditangguh atau dibatalkan?

Apakah itu nanti menjadi lesen besar untuk semua orang bebas menghambur fitnah serta menghasut kerana Akta Hasutan mahu dimansuh?

Habis bagaimana pula dengan kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri yang menegaskan tindakan tegas terhadap pihak yang menghasut yang dilapor pada jam 5:31 petang oleh Utusan? Apakah “timing” kenyataan media tersebut untuk menyanggah kenyataan Muhyiddin? Sekadar hairan dengan dua kenyataan yang dilihat bercanggah.

Siapa yang lagi POWER? Siapa yang nak test power atau nak tunjuk power? Saya pun risau dengan kelancangan mulut sesetengah orang yang mudah menghasut kebencian tanpa rasa gentar kerana sentiasa ada penyelamat di saat akhir selepas laporan demi laporan dan siasatan demi siasatan yang berakhir dengan tiada pendakwaan.

Baru-baru ini kami merasa lega sekejap dengan beberapa pendakwaan yang tertangguh selama ini mula dibawa ke muka keadilan. Malah siri pendakwaan tersebut telah memberi impak yang amat positif – sekurangnya memberi tanda amaran kepada mereka yang mulut celupar.

Kita lihat dalam isu PPS di Pulai Pinang. Apabila tindakan tegas oleh KPN, kita dapati tidak ramai yang berani merapu-rapu membuat komen, Inilah semangat dan hasrat murni Akta Hasutan demi menjaga keharmonian Tanah Air kita – dengan syarat ada ketegasan.

 ********

Kiriman lain berkaitan Akta Hasutan:

 

 

 

Terdengar tadi laporan berita bahawa PM dalam ucapannya di Putrajaya, pagi tadi, memberi jaminan bahawa segala pertimbangan akan diambil dalam mengkaji cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Beliau turut mengatakan bahawa pandangan dan saranan pelbagi pihak akan diambil kira terutamanya dari “stakeholder” utama – dan beliau sebut pertubuhan-pertubuhan/NGO Melayu Islam. Alhamdulillah, sekurangnya PM zahirkan kesediaannya mendengar pandangan NGO-NGO Melayu Islam dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam menyedarkan masyarakat dalam isu ini.

Cuma persoalannya ialah siapakah “stakeholder” yang utama? Apakah NGO-NGO ini?

Saya rasa “stakeholder utama Akta Hasutan ialah Duli-duli Raja-raja Melayu/Majlis Raja-raja. Perkenan MRR inilah yang paling penting dalam isu yang didesak oleh golongan Pro-Negara Republik (atau KUMAN) – jangan panggil kumpulan “Negara-Ku” (ini suatu pencemaran istilah).

RUU Author - Syahredzanx

Antara dokumen deraf RUU Harmoni yang diperolehi menyebut dengan jelas penglibatan Majlis Peguam dan salah seorang pengarangnya bernama Syahredzan Johan

Sebab itulah, apabila kami memperolehi deraf Rang Undang-undang Akta Harmoni yang dikarang oleh Majlis Peguam, NGO-NGO Melayu Islam bersepakat untuk mempersembahkan kerisauan kami berhubung cadangan pihak Pro-Republikan ini kepada Majlis Raja-raja.

Isi kandungan deraf RUU Harmoni ini amat merisaukan kami kerana ianya dilihat suatu strategi licik yang terancang untuk membawa Tanah Air kita menjadi sebuah negara Republik secara halus dan berperingkat. (baca: 8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya)

Dalam taklimat khas kepada Majlis Raja-raja, PM Najib yang ternyata terkejut dengan pendedahan yang dipersembahkan kepada Duli-duli Tuanku memberi jaminan bahawa beliau akan mempertahankan isu-isu Islam, Raja, Bangsa dan Bahasa. Moga Najib berpegang pada JANJInya kepada keseluruhan Raja-raja Melayu itu. (baca: RUU Harmoni – Beranikah Najib Lawan Majlis Raja-raja?)

presiden-ketumKETUM PKR, Anwar Ibrahim, sudah tahu pun isterinya tidak akan diterima oleh istana untuk menggantikan Khalid sebagai MB. Anwar tahu semua itu. Tetapi kenapa Anwar tetap berdegil untuk memaksa Tuanku Sultan Selangor dengan mencadangkan hanya satu nama sahaja?

Dan satu-satunya nama yang dipaksa ke atas Tuanku “PILIH” ialah nama isterinya.

Agaknya apa akan jadi jika Tuanku tidak juga memilih isteri KETUM PKR?

Ramai yang bercakap bahawa perancangan Anwar dalam Langkah kEjang ialah halobanya melihat dana negeri Selangor yang banyak disimpan hasil perbelanjaan berhemat Khalid. Ya, itu sebahagiannya … mungkin.

Tetapi MUNGKIN JUGA Anwar ada sesuatu yang akan hanya kita ketahui selepas Tuanku dengan rasminya menolak isteri KETUM PKR untuk menjadi MB.

Apakah nanti Anwar akan bawa kes ini ke mahkamah untuk mempersoalkan keputusan Tuanku?

Apakah ini bakal menjadi kes ujian bagi had kuasa Tuanku untuk dibicarakan dan bakal menjadi konflik perlembagaan?

Atau apakah ini ada kaitannya dengan perjumpaan sulit dengan Gerakan “Baju Merah Bangkok” yang disebut-sebut?

Apa untungnya apabila suasana pentadbiran negeri yang tidak mesra dengan istana? Kita telah melihat masalah ini di banyak negeri sebelum ini.

Takkanlah tidak ada langsung calon yang lain lagi yang layak untuk menjadi MB (kalau pun Khalid hendak dikatakan gagal)?

Apakah isteri KETUM PKR sahaja satu-satunya yang layak untuk diangkat memimpin partinya?

Habis tu, KALAULAH isterinya mati esok … PKR bungkus terus?

******

… hal-hal bicara masalah KETUM:

Telah didedah pun bahawa satu perjumpaan “sulit” penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) telah diadakan. PASMA dikatakan telah diusahakan semenjak awal tahun ini dengan AJK protemnya diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi. Perjumpaan pertama setelah mendapat kelulusan pendaftaran (bertarikh 11 Ogos 2014) telah diadakan di Kota Bharu Kelantan pada akhir bulan lalu.

PASMA-sijil daftarPerjumpaan “sulit” pertama PASMA ini diadakan di Perpustakaan Nur Zahrah. Dan sinilah yang saya sebutkan bahawa dari awal lagi PASMA telah mula dengan pembohongan. Dewan tersebut tidak ditempah untuk kegunaan oleh PASMA, sebaliknya ia ditempah dengan mengguna nama Madrasah Yahya Othman (MAYO). Kenapakah perjumpaan untuk sebuah pertubuhan yang sah berdaftar perlu dilakukan dengan penuh kerahsiaan hingga terpaksa mengguna nama institusi lain untuk menempah dewan?

Kenapakah perlunya PASMA berbohong menggunakan nama arwah Ustaz Yahya untuk tempah dewan tersebut dengan secara langsung sudah menggaitkan penubuhan PASMA dengan MAYO? Siapa yang menempah dengan menipu apabila menggunakan nama MAYO?

Kedua, mereka menempah tempat mesyuarat untuk kegunaan yang dibenarkan hanya sehingga jam 11 malam namun perjumpaan yang dihadiri lebih 100 tersebut berlarutan sehingga melangkaui pukul 1 pagi.

Terdapat juga beberapa tokoh yang sebelum ini pun telah dikaitkan dengan PASMA tetapi mereka menafikan. Namun, dengan tersebarnya senarai nama AJK PASMA sesi 2014-2016, maka ianya membuktikan bahawa beberapa tokoh yang disebut dari awal lagi itu ternyata telah berbohong tentang penglibatan mereka. Kenapa perlu mereka rahsiakan penglibatan mereka?

Apa kata dari kalangan 100+ orang yang hadir, ada yang mencatat segala yang dibincangkan dan bersedia untuk dedahkan bagi membongkar pembonhongan dalam pelbagai penafian yang telah dibuat dari kalangan pimpinan yang hadir?

PASMA memang bukan didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Ianya didaftarkan sebagai sebuah NGO untuk tujuan menjadi pertubuhan yang menyokong Pakatan Rapuh, terutamanya KETUM PKR, Anwar Ibrahim. Sememangnya dalam perancangan strategik PKR tahun lepas ada disebutkan juga untuk mencari lebih banyak NGO-NGO Islam (selain ABIM dan IKRAM/JIM – dokumen ini telah kami perolehi – insha Allah akan didedah pada waktu yang sesuai) untuk menyokong PKR dan Pakatan Rapuh.

Keperluan untuk mencari NGO-NGO Islam ini adalah kerana buat masa ini bilangan besar NGO-NGO yang kuat menyokong Pakatan Rapuh adalah yang kuat menentang Islam dan juga menjadi pendokong gabungan COMANGO dan BERSIH yang telah pun terbukti menerima dana dari Amerika Syarikat.

Dan jika dilihat bilangan NGO-NGO Islam yang ada, sebahagian besarnya amat tidak selesa dengan agenda-agenda yang dibawa oleh Pakatan Rapuh kerana banyak merugikan Islam. Isu Kristianisasi adalah antara satu contoh yang amat ketara.

Kehadiran PASMA amat diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rapuhnya. Maka terlalu tersasarlah bagi mereka yang sengaja melontarkan pandangan bahawa penubuhan PASMA ada kaitannya dengan UMNO. Lihat sahaja senarai nama dalam AJKnya. Kesemuanya mempunyai persamaan dalam pendirian memusuhi Kerajaan Perpaduan, kesemuanya teramat memusuhi sebarang perbincangan dengan UMNO dan kesemuanya sememangnya mafhum Anwariyyun tegar atau sekurangnya pro-Anwar.

[ Tulisan susulan:

… selamat membaca]

Di bawah adalah senarai nama yang dilaporkan dalam pelbagai sumber di alam maya (wallahu ‘alam) sebagai penggerak utama PASMA selepas perjumpaan di Perpustakaan Nur Zahrah Kota Bharu. Kita tunggu mesyuarat agung pertama mereka nanti … mungkin dengan terdedahnya beberapa nama, mungkin ada seorang dua yang jadi kecut perut.

Struktur Organisasi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)
Presiden Pasma : Yb Dato’ Husam Musa (Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS – Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maidin (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Haron (Kel)

AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuti Omar
Hisyamudin Ghazali

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2014
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid