Hadi AwangApabila Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang, bertindak untuk bertegas maka barulah puak-puak DAP dan PKR tahu langit tinggi rendah.

Kalau sebelum ini percaturan Pakatan Rapuh selalunya meletakkan PAS pada “receiving end” yang hanya terpaksa menerima sahaja keputusan yang dibuat oleh orang lain tetapi kali ini Presiden PAS yang turut diherdik oleh pimpinan dalam partinya sendiri dalam isu MB Selangor kini menunjukkan ketegasan serta berani membuat keputusan sendiri.

Utusan melaporkan hari ini bahawa PAS tidak tunduk kepada PKR dan DAP.

Malah, dalam satu rakaman ceramah beliau (Dialog dan Penjelasan Isu Terkini di Terengganu 5 Sep 2014, Jumaat), Presiden PAS menjelaskan situasi terkini berhubung perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor dan mendedahkan keadaan sebenar konflik dalaman yang berlaku akibat percaturan yang tamak ini. Pendirian PAS adalah mengekalkan Khalid sebagai MB kerana amanahnya sambil mengguna pemerintahan di Kelantan yang lebih 20 tahun sebagai contoh “amanah” serta menempelak orang-orang di dalam PAS yang lupa daratan (klik video di bawah).

Video di atas banyak mendedahkan kepincangan dalam membuat keputusan oleh PKR/DAP dalam memecat Khalid sebagai MB dan percaturan awal sebelum Langkah KEjang yang kini lumpuh.

Dalam sesi berikut, Ustaz Hadi disoal berhubung kenapa menolak Wan Azizah sebagai calon MB. Apa kerana beliau seorang wanita? Di sini Ustaz Hadi sekali lagi berhujah mengikut lunas syariah dan juga kewibawaan Wan Azizah sendiri yang tidak layak untuk memimpin.

Bak kata sahabat saya, Sdr. Zul Nordin (zul4kulim.blogspot.com):

Setelah ‘dipermainkan’ bertahun-tahun, akhirnya PAS pulak permainkan Anwar & PKR-DAP!

Semoga tercerna sesuatu yang baik dan menguntungkan ummah hasil dari pergolakan dan ketamakan yang haloba percaturan politik seseorang individu. Amin.

**********