You are currently browsing the daily archive for 7 September, 2014.

Telah didedah pun bahawa satu perjumpaan “sulit” penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) telah diadakan. PASMA dikatakan telah diusahakan semenjak awal tahun ini dengan AJK protemnya diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi. Perjumpaan pertama setelah mendapat kelulusan pendaftaran (bertarikh 11 Ogos 2014) telah diadakan di Kota Bharu Kelantan pada akhir bulan lalu.

PASMA-sijil daftarPerjumpaan “sulit” pertama PASMA ini diadakan di Perpustakaan Nur Zahrah. Dan sinilah yang saya sebutkan bahawa dari awal lagi PASMA telah mula dengan pembohongan. Dewan tersebut tidak ditempah untuk kegunaan oleh PASMA, sebaliknya ia ditempah dengan mengguna nama Madrasah Yahya Othman (MAYO). Kenapakah perjumpaan untuk sebuah pertubuhan yang sah berdaftar perlu dilakukan dengan penuh kerahsiaan hingga terpaksa mengguna nama institusi lain untuk menempah dewan?

Kenapakah perlunya PASMA berbohong menggunakan nama arwah Ustaz Yahya untuk tempah dewan tersebut dengan secara langsung sudah menggaitkan penubuhan PASMA dengan MAYO? Siapa yang menempah dengan menipu apabila menggunakan nama MAYO?

Kedua, mereka menempah tempat mesyuarat untuk kegunaan yang dibenarkan hanya sehingga jam 11 malam namun perjumpaan yang dihadiri lebih 100 tersebut berlarutan sehingga melangkaui pukul 1 pagi.

Terdapat juga beberapa tokoh yang sebelum ini pun telah dikaitkan dengan PASMA tetapi mereka menafikan. Namun, dengan tersebarnya senarai nama AJK PASMA sesi 2014-2016, maka ianya membuktikan bahawa beberapa tokoh yang disebut dari awal lagi itu ternyata telah berbohong tentang penglibatan mereka. Kenapa perlu mereka rahsiakan penglibatan mereka?

Apa kata dari kalangan 100+ orang yang hadir, ada yang mencatat segala yang dibincangkan dan bersedia untuk dedahkan bagi membongkar pembonhongan dalam pelbagai penafian yang telah dibuat dari kalangan pimpinan yang hadir?

PASMA memang bukan didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Ianya didaftarkan sebagai sebuah NGO untuk tujuan menjadi pertubuhan yang menyokong Pakatan Rapuh, terutamanya KETUM PKR, Anwar Ibrahim. Sememangnya dalam perancangan strategik PKR tahun lepas ada disebutkan juga untuk mencari lebih banyak NGO-NGO Islam (selain ABIM dan IKRAM/JIM – dokumen ini telah kami perolehi – insha Allah akan didedah pada waktu yang sesuai) untuk menyokong PKR dan Pakatan Rapuh.

Keperluan untuk mencari NGO-NGO Islam ini adalah kerana buat masa ini bilangan besar NGO-NGO yang kuat menyokong Pakatan Rapuh adalah yang kuat menentang Islam dan juga menjadi pendokong gabungan COMANGO dan BERSIH yang telah pun terbukti menerima dana dari Amerika Syarikat.

Dan jika dilihat bilangan NGO-NGO Islam yang ada, sebahagian besarnya amat tidak selesa dengan agenda-agenda yang dibawa oleh Pakatan Rapuh kerana banyak merugikan Islam. Isu Kristianisasi adalah antara satu contoh yang amat ketara.

Kehadiran PASMA amat diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rapuhnya. Maka terlalu tersasarlah bagi mereka yang sengaja melontarkan pandangan bahawa penubuhan PASMA ada kaitannya dengan UMNO. Lihat sahaja senarai nama dalam AJKnya. Kesemuanya mempunyai persamaan dalam pendirian memusuhi Kerajaan Perpaduan, kesemuanya teramat memusuhi sebarang perbincangan dengan UMNO dan kesemuanya sememangnya mafhum Anwariyyun tegar atau sekurangnya pro-Anwar.

[ Tulisan susulan:

… selamat membaca]

Di bawah adalah senarai nama yang dilaporkan dalam pelbagai sumber di alam maya (wallahu ‘alam) sebagai penggerak utama PASMA selepas perjumpaan di Perpustakaan Nur Zahrah Kota Bharu. Kita tunggu mesyuarat agung pertama mereka nanti … mungkin dengan terdedahnya beberapa nama, mungkin ada seorang dua yang jadi kecut perut.

Struktur Organisasi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)
Presiden Pasma : Yb Dato’ Husam Musa (Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS – Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maidin (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Haron (Kel)

AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuti Omar
Hisyamudin Ghazali

 

Apakah tujuan adanya Akta Hasutan? Kenapa ada orang yang takut dengan Akta Hasutan? Kenapa mereka mahu hapuskan Akta Hasutan?

Jawapan mudah mungkin kita guna analogi sebegini:

Akta574-Seksyen3971. Kita ambil contoh Akta 574 (Kanun Keseksaan). Dan kita baca pada Seksyen 397 yang berbunyi:

Jika pada waktu melakukan atau mencuba melakukan rompak, pensalah itu bersenjatakan atau menggunakan apa-apa senjata maut, atau menyebabkan cedera parah kepada mana-mana orang, atau mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah kepada mana-mana orang, maka pensalah itu bolehlah dikenakan sebat …

2.  Bagi kita, orang awam, sudah pasti kita akan merasa perlunya ada peruntukan undang-undang yang boleh menangkap serta menghukum orang yang mungkin merompak serta mencederakan kita atau ahli keluarga kita.

3. Tetapi bagi seorang yang KERJANYA merompak atau BERNIAT untuk merompak, sudah pastilah dia tidak senang dengan adanya peruntukan undang-undang yang menyekat kebebasannya untuk melakukan jenayah.

Maka, di dalam masyarakat yang aman damai sudah pastinya kita semua mahukan sesuatu kawalan undang-undang yang boleh menyekat penjenayah melakukan sebarang rompakan dan mencederakan kita. Sudah pasti dengan adanya peruntukan sedemikian akan terasa kebaikan undang-undang atau akta sedemikian.

Sudah pasti akan berlaku pertembungan antara masyarakat awam yang ramai yang mahukan kedamaian dengan segelintir penjenayah atau bakal penjenayah yang tidak selesa dengan adanya sekatan yang boleh mengganggu NIAT JAHAT mereka untuk melakukan sesuatu jenayah ke atas kita. Sudah pastilah penjenayah dan bakal penjenayah ini akan salahkan kita yang menyokong Akta tersebut, pihak penguatkuasa yang menangkap mereka dan para hakim yang akan menghukum mereka.

Mana ada penjenayah suka dengan sekatan sedemikian. Mana ada penjenayah suka polis tangkap mereka. Mana ada penjenayah suka hakim yang menghukum mereka.

Dengan senario analogi mudah sedemikian maka mudahlah untuk kita faham mengapa ada segelintir kecil yang amat tidak suka dengan Akta Hasutan? Barulah mudah kita hendak faham sikap mereka. Apakah mereka ini PENGHASUT, bakal menghasut, berniat untuk menghasut …? Atau mungkin paling tidak – mereka suka melihat penghasut menghasut dengan hasutan-hasutan jahat?

Penghasut-antiAktaHasutanKita panggillah mereka ini PRO-HASUTAN!

Jika mereka kata mereka mempunyai 112 NGO yang bersama menyokong GERAKAN PENGHASUT atau PRO-HASUTAN, maka beritahu mereka ada ribuan penjenayah yang kini ditahan dalam penjara dan ribuan lagi penjenayah yang belum dapat ditangkap. Dan beritahu juga kepada mereka ada lebih dari 112 kumpulan kongsi gelap yang melakukan jenayah dan pelbagai kesalahan lagi.

Ayuh, kita semua yang anti hasutan sama-sama kita TOLAK PENGHASUT.

Kekalkan Akta Hasutan. Tambahbaikkan dengan memasukkan lagi elemen-elemen halus yang boleh dikategorikan juga sebagai menghasut.

*********

 

 

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2014
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid