You are currently browsing the daily archive for 8 September, 2014.
Terdengar tadi laporan berita bahawa PM dalam ucapannya di Putrajaya, pagi tadi, memberi jaminan bahawa segala pertimbangan akan diambil dalam mengkaji cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Beliau turut mengatakan bahawa pandangan dan saranan pelbagi pihak akan diambil kira terutamanya dari “stakeholder” utama – dan beliau sebut pertubuhan-pertubuhan/NGO Melayu Islam. Alhamdulillah, sekurangnya PM zahirkan kesediaannya mendengar pandangan NGO-NGO Melayu Islam dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam menyedarkan masyarakat dalam isu ini.
Cuma persoalannya ialah siapakah “stakeholder” yang utama? Apakah NGO-NGO ini?
Saya rasa “stakeholder utama Akta Hasutan ialah Duli-duli Raja-raja Melayu/Majlis Raja-raja. Perkenan MRR inilah yang paling penting dalam isu yang didesak oleh golongan Pro-Negara Republik (atau KUMAN) – jangan panggil kumpulan “Negara-Ku” (ini suatu pencemaran istilah).

Antara dokumen deraf RUU Harmoni yang diperolehi menyebut dengan jelas penglibatan Majlis Peguam dan salah seorang pengarangnya bernama Syahredzan Johan
Sebab itulah, apabila kami memperolehi deraf Rang Undang-undang Akta Harmoni yang dikarang oleh Majlis Peguam, NGO-NGO Melayu Islam bersepakat untuk mempersembahkan kerisauan kami berhubung cadangan pihak Pro-Republikan ini kepada Majlis Raja-raja.
Isi kandungan deraf RUU Harmoni ini amat merisaukan kami kerana ianya dilihat suatu strategi licik yang terancang untuk membawa Tanah Air kita menjadi sebuah negara Republik secara halus dan berperingkat. (baca: 8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya)
Dalam taklimat khas kepada Majlis Raja-raja, PM Najib yang ternyata terkejut dengan pendedahan yang dipersembahkan kepada Duli-duli Tuanku memberi jaminan bahawa beliau akan mempertahankan isu-isu Islam, Raja, Bangsa dan Bahasa. Moga Najib berpegang pada JANJInya kepada keseluruhan Raja-raja Melayu itu. (baca: RUU Harmoni – Beranikah Najib Lawan Majlis Raja-raja?)
KETUM PKR, Anwar Ibrahim, sudah tahu pun isterinya tidak akan diterima oleh istana untuk menggantikan Khalid sebagai MB. Anwar tahu semua itu. Tetapi kenapa Anwar tetap berdegil untuk memaksa Tuanku Sultan Selangor dengan mencadangkan hanya satu nama sahaja?
Dan satu-satunya nama yang dipaksa ke atas Tuanku “PILIH” ialah nama isterinya.
Agaknya apa akan jadi jika Tuanku tidak juga memilih isteri KETUM PKR?
Ramai yang bercakap bahawa perancangan Anwar dalam Langkah kEjang ialah halobanya melihat dana negeri Selangor yang banyak disimpan hasil perbelanjaan berhemat Khalid. Ya, itu sebahagiannya … mungkin.
Tetapi MUNGKIN JUGA Anwar ada sesuatu yang akan hanya kita ketahui selepas Tuanku dengan rasminya menolak isteri KETUM PKR untuk menjadi MB.
Apakah nanti Anwar akan bawa kes ini ke mahkamah untuk mempersoalkan keputusan Tuanku?
Apakah ini bakal menjadi kes ujian bagi had kuasa Tuanku untuk dibicarakan dan bakal menjadi konflik perlembagaan?
Atau apakah ini ada kaitannya dengan perjumpaan sulit dengan Gerakan “Baju Merah Bangkok” yang disebut-sebut?
Apa untungnya apabila suasana pentadbiran negeri yang tidak mesra dengan istana? Kita telah melihat masalah ini di banyak negeri sebelum ini.
Takkanlah tidak ada langsung calon yang lain lagi yang layak untuk menjadi MB (kalau pun Khalid hendak dikatakan gagal)?
Apakah isteri KETUM PKR sahaja satu-satunya yang layak untuk diangkat memimpin partinya?
Habis tu, KALAULAH isterinya mati esok … PKR bungkus terus?
******
… hal-hal bicara masalah KETUM:
- Pertemuan Memujuk Akhirnya Bertikam Lidah
- Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak
- Kemelut Politik Selangor: Menzahirkan Yang Terselindung Selama Ini
- Kemelut Politik Selangor – Tadbir Allah Tiada Siapa Tahu
- Apakah Presiden PKR Tak Pandai Tulis Surat?
- Ustaz Ismail Mina: Jangan terjebak sifat politik Anwar
- Puak-puak Yang Mengikut Telunjuk Anwar Dalam PAS
Recent Comments