You are currently browsing the daily archive for 9 September, 2014.
Ketika berucap di Bera pada 10 Ogos 2014, TPM Muhyiddin mengatakan ada asas kepada dakwaan terhadap adanya pendakwaan terpilih oleh pejabat Peguam Negara:
Pada masa ini masyarakat kata seolah-olah ada pendakwaan terpilih di mana kalau kes-kes berkaitan Melayu cepat sahaja dikenakan tindakan dan kalau yang bukan Melayu lambat.
Ini kita ambil perhatian dan bersetuju dalam situasi sedia ada kalau memadai ia (undang-undang tersebut) harus dikuatkuasakan dan diambil tindakan tegas tidak mengira kaum.
TPM menyebut lagi ketika berucap di Pagoh, 6 September lalu (seperti dilapor Utusan):
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pihak-pihak yang bertanggungjawab menangani kes-kes sedemikian.
“(Contohnya) orang bukan Melayu menyentuh sensitiviti orang Melayu baik agamanya, budayanya, rajanya dan sebagainya, maka laporan-laporan telah dibuat kepada pihak polis…sampai berpuluh-puluh laporan. Orang bertanya apa jadi dengan laporan itu sedangkan kalau ada hal yang dilakukan oleh orang Melayu kepada bukan Melayu, tindakan cepat diambil, seolah-olah begitulah halnya.
“(Bukti yang diperoleh perlu) melampaui keraguan munasabah. Bahawa memang sabit kes itu dilakukan oleh pihak ini dan ada akta yang telah dilanggari oleh mereka dan tindakan itu boleh diambil oleh pihak berkuasa. Soal yang dianggap sebagai tanggapan dan persepsi sebagai pendakwaan terpilih itu memang ada dan kita cuba tanganinya,”
Ketegasan TPM diulangi hari ini dengan pada jam 5:31 petang, Utusan Malaysia mengemaskinikan berita terkini di Utusan Online dengan tajuk Bertindak tegas terhadap pihak menghasut – TPM.
Tetapi pada jam 8:20 malam tadi, saya menerima kiriman whatsapp dengan imej yang dikatakan kandungan faksimili kenyataan media Peguam Negara bertajuk “Penyemakan Semula Pendakwaan Kes Di Bawah Akta Hasutan 1948. Setem masa pada naskah faks tersebut adalah 19:47 dan kenyataan media bertarikh 9 September, 7:15 petang.
Saya lampir di bawah apa yang dikatakan sebagai kenyataan media Peguam Negara bersebelahan dengan petikan dari Utusan Online sebentar tadi dengan laporan berita yang memetik penegasan TPM Muhyiddin.
Apakah yang dimaksudkan oleh “kenyataan media Peguam Negara”? Apakah ianya bermaksud bahawa semua pendakwaan di bawah Akta Hasutan akan ditangguh atau dibatalkan?
Apakah itu nanti menjadi lesen besar untuk semua orang bebas menghambur fitnah serta menghasut kerana Akta Hasutan mahu dimansuh?
Habis bagaimana pula dengan kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri yang menegaskan tindakan tegas terhadap pihak yang menghasut yang dilapor pada jam 5:31 petang oleh Utusan? Apakah “timing” kenyataan media tersebut untuk menyanggah kenyataan Muhyiddin? Sekadar hairan dengan dua kenyataan yang dilihat bercanggah.
Siapa yang lagi POWER? Siapa yang nak test power atau nak tunjuk power? Saya pun risau dengan kelancangan mulut sesetengah orang yang mudah menghasut kebencian tanpa rasa gentar kerana sentiasa ada penyelamat di saat akhir selepas laporan demi laporan dan siasatan demi siasatan yang berakhir dengan tiada pendakwaan.
Baru-baru ini kami merasa lega sekejap dengan beberapa pendakwaan yang tertangguh selama ini mula dibawa ke muka keadilan. Malah siri pendakwaan tersebut telah memberi impak yang amat positif – sekurangnya memberi tanda amaran kepada mereka yang mulut celupar.
Kita lihat dalam isu PPS di Pulai Pinang. Apabila tindakan tegas oleh KPN, kita dapati tidak ramai yang berani merapu-rapu membuat komen, Inilah semangat dan hasrat murni Akta Hasutan demi menjaga keharmonian Tanah Air kita – dengan syarat ada ketegasan.
********
Kiriman lain berkaitan Akta Hasutan:
- Penghasut Memang Tidak Suka Akta Hasutan
- Siapa “Stakeholder” Utama Akta Hasutan? Mungkin PM Najib Silap?
- RUU Harmoni – Beranikah Najib Lawan Majlis Raja-raja?
- 8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya
Recent Comments