PM2012-Mansuh Akta Hasutan

Laporan media ketika PM Najib menyatakan akan ganti Akata Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional sebelum PRU13

Mungkin dalam persiapan untuk menghadapi PRU13, pada Julai 2012, PM Najib cuba memujuk puak-puak LIBERALIS PRO-REPUBLIKAN dengan berjanji untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan satu akta baru yang beliau sebut sebagai Akta Keharmonian Nasional. Janji pilihanraya … biasalah.

Dengan janji yang dibuat PM sedemikian, puak-puak yang bersetuju untuk mansuhkan Akta Hasutan dan kini masih bersungguh menggerakkan kempen memansuhkan Akta Hasutan (yang sebahagian besarnya adalah PRO-PEMBANKANG), mereka ini tidak pun mengundi Najib dan BN dalam PRU lalu.

Ini bermakna, janji-janji Najib itu tidak pun diterima oleh mereka. Mereka tetap memilih untuk tidak percaya dengan Najib walaupun Najib janji gunung dan ganang. Hatta janji bulan dan matahari sekali pun puak-puak ini tidak akan pilih dan sokong Najib.

Habis? Kenapa perlu Najib layan mereka ini?

Jawab sahaja, “Ya, saya berjanji dahulu tetapi kamu semua tolak rancangan dan janji-janji saya. Sekarang ini saya batalkan”. Habis cerita. Bukan mungkir janji sebab mereka tolak janji Najib.

Najib MESTI INGAT kebanyakan mereka yang mungkin dulu mengundi untuk BN kekalkan memerintah – mereka inilah yang mahukan Akta Hasutan DIKEKALKAN. Janji Najib lupa “support base”nya. Jangan yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Jangan sampai penyokong sendiri NAIK BENCI.

Kekalkan sahaja Akta Hasutan 1948. Nokhtah.

********

Kiriman lain berkaitan Akta Hasutan: