Satu mesej berantai yang kerap kali saya terima atau orang hantar untuk bertanyakan kesahihah mesej ialah merujuk kepada sebaran bertajuk Persatuan Melayu Murtad (IFC) (mesej disalin di bawah).

Jawapan balas saya selalunya:

Ya, benar. Cuma ianya mesej lama sekitar tahun 2007. Peringatan yang masih relevan dan perlu diperingat-ingatkan selalu. IFC suatu jenama yang mereka guna dahulu. Kini mereka masih melakukan perkara-perkara tersebut tetapi melalui pelbagai jenama lain yang ramai orang kita sendiri sudah tidak nampak agenda jahat asal IFC yang berterusan kerana mereka sudah bersalin kulit.

Saya juga biasanya akhiri dengan mesej bahawa ada beberapa fakta dalam mesej tersebut yang kurang tepat samada ditokok tambah pengirim asal bagi cita rasanya atau mungkin beliau tidak mempunyai fakta lengkap.

flyer bantah-ifcBagi mereka yang ingin merujuk kembali apa itu IFC sila baca: Mengingat Kembali Ancaman IFC.

Sebenarnya AGENDA JAHAT musuh-musuh Islam berterusan. Mereka tidak berhenti untuk berehat walaupun sebentar. Mereka sentiasa merancang. Ramai dari kalangan kita lalai. Ramai juga dari kalangan kita sendiri yang sekarang sudah mula terjerumus terikut dalam perancangan jahat mereka berpadu tenaga untuk bersama musuh.

Malah Menteri Kurup sendiri mengaku IFC kini sudah dijenamakan semula dengan nama baru – JKMPKA – Baca: “It (IFC) was formed…Only the name was changed”

Selain dari itu mereka juga menguna wadah Hak Asasi Manusia sambil membawa aduan mereka ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui tuntutan-tuntutan COMANGO. Baca: COMANGO … Penerusan Agenda Musuh. Malah saya juga bertanya apakah COMANGO – Talibarut Asing? kerana mereka dilihat mempunyai sokongan DANA YANG BESAR … Ancaman Comango dijangka berterusan. (Baca: Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO)

Orang-orang Melayu yang murtad kini semakin ramai. Untuk mereka menubuhkan persatuan sedemikian tidak menghairankan. Cuma mungkin mereka tidak boleh daftarkan secara rasmi. Tidak mungkin mereka akan daftarkan untuk masa ini. Tetapi mungkin di suatu masa akan datang – YA.

Fasa sekarang, pelampau evangelis Kristian bergerak memurtadkan orang kita secara halus penuh tipu daya yang senyap-senyap. (Baca Tipu daya halus strategi kontekstualisasi pelampau evangelis Kristian) Walaupun sudah nampak sekarang ini, dengan sedikit-sedikit, mereka menunjukkan keberanian – itu hanya menguji kepekaan kita, kesatuan kita dan sejauhmana kita bertindak. Dalam mereka melakukan ujian-ujian ini mereka telah berjaya mendapat suara-suara sumbang dari kalangan “aktivis Islam” sendiri yang menyokong pelampau evangelis dalam pada masa yang sama “aktivis Islam” ini pula menempelak saudara mereka seIslam sendiri yang cuba membentengi aqidah umat Islam. Di mana mereka letak ayat – “ashidda’u ‘alal kuffar ruhama’u bainahum” …

“Muhammad (s.a.w.) itu adalah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), tetapi berkasih sayang serta belas kasihan sesama mereka sendiri (umat Islam).” Surah Al Fath : 29

bantah IFCBerbalik kepada mesej “Persatuan Melayu Murtad IFC”, sebagai untuk menyedarkan umat kita – baguslah mesej tersebut. Memang sudah ramai Melayu yang masuk Kristian (baca). Tetapi lebih elok maklumat dan fakta yang disebar itu benar-benar sahih.

Izinkan saya rumuskan penyebaran mesej tersebut sebagai berikut:

a. “Persatuan Melayu Murtad IFC” secara khusus tidak dapat kita pastikan kewujudannya. IFC disebut di bawah sebagai International Forum Council – sebetulnya InterFaith Council.

b. Ancaman IFC berterusan dengan pelbagai rupa bukan sahaja terbukti dilakukan oleh musuh-musuh umat tetapi itulah sebenarnya yang Allah S.W.T. sudah ingatkan dalam ayat 120 surah Al-Baqarah.

c. Tuntutan-tuntutan yang dibuat IFC kini satu persatu diterima dan berjaya mereka tuntut.

d. Orang-orang politik kita hanya pentingkan kedudukan mereka dan sentiasa tawar menawar hingga merugikan umat Islam.

e. Musuh berjaya menjinakkan sebahagian kita hingga terlupa perjuangan asal mereka yang dahulu menentang penubuhan IFC tetapi kini cair dalam program dan aktiviti yang melaksanakan agenda jahat IFC sevara halus.

Bagi kita umat Islam yang sayangkan Tanah Air dan mahu memelihara aqidah anak-cucu kita MESTI memikul tanggung jawab untuk menyekat segala punca ancaman dari perompak-perompak yang ingin merompak aqidah umat Islam.

Ya Allah pelihara dan selamatkanlah aqidah anak-cucu kami dari dinodai dan dirompak oleh musuh-musuh Islam dan dari dijinakkan oleh “barua-barua musuh Islam” ini. Amin.

[baca juga: ROS Nafi Lulus IFC, Persatuan Melayu Murtad, Persatuan Melayu Kristian]

[baca juga komen saya yang disiarkan oleh Berita Harian: Viral Pertubuhan Melayu Murtad, mesej lama]

Petikan mesej “Persatuan Melayu Murtad IFC” yang kerap diterima adalah seperti berikut:

Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum council sudah diluluskan register dan tidak keluar kat newz. Sila cari majalah millenium: DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN… ALLAHHUAKBAR
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!! 😡 persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia!!!😡 Injil telah dicetak & diedar…
IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama…Bersedialah wahai saudara – saudari ku yang amat disayangi…
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam)… gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya.
ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama…Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah… baik tak de anak langsung!!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa IFC minta apa kat PM?…
Depa hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
– Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, ‘Hang nak ikut ugama apa?’…Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama – maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu,depa minta di’tiada’kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain – mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?…Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? …lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?… Depa kata kat Mufti Perak, ‘Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!’…
Datuk Harussani balas dalam majalah ‘Millenium Muslim’, katanya, ‘Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!’…
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai  boleh nak buka!
—————————–
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE ‘DIWAJIBKAN’ POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA… KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD… SUPAYA SAUDARA MUSLIM
copy paste jer…
Allahhuakbar…nauzubillah