Kenyataan rasmi ROS …

ROS nafi dakwaan luluskan pendaftaran tiga pertubuhan

PUTRAJAYA 10 Okt. (Bernama) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi itu telah meluluskan pendaftaran Persatuan Melayu Murtad, Majlis Forum Antarabangsa (IFC) dan Persatuan Melayu Kristian.

ROS- IFC-Persatuan murtad-10Okt2014aKetua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata penyebaran berita palsu mengenai dakwaan ROS meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu sudah dikesan sejak 2007.

“ROS dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan terbabit diluluskan oleh ROS.

“Penyebaran berita ini telah lama dikesan, iaitu sejak seawal tahun 2007 lagi dan sering disebarkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha turut menafikan ketiga-tiga pertubuhan itu telah berdaftar setelah semakan dibuat dengan ROS dan Kementerian Dalam Negeri.

Sehubungan itu, Mohammad Razin meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan dakwaan itu dan berhenti daripada menyebarkan berita palsu tersebut. – BERNAMA

*****************

flyer bantah-ifcSeperti saya sebut sebelum ini:

Orang-orang Melayu yang murtad kini semakin ramai. Untuk mereka menubuhkan persatuan sedemikian tidak menghairankan. Cuma mungkin mereka tidak boleh daftarkan secara rasmi. Tidak mungkin mereka akan daftarkan untuk masa ini. Tetapi mungkin di suatu masa akan datang – YA.

Mereka tidak boleh daftar buat masa ini kerana proses penapisan yang dibuat oleh ROS untuk meluluskan pendaftaran nama sesuatu pertubuhan/persatuan dan juga nama-nama AJK pro-tem mereka. Tetapi kita tidak boleh jamin di masa akan datang proses dan kawalan seperti ini dapat berterusan kerana pelbagai kawalan yang ada telah dihapuskan seperti ISA dan Ordinan Darurat serta Akta Hasutan yang juga mahu dihapuskan pula.

Untuk baca sepenuhnya kiriman tersebut bertajuk Persatuan Melayu Murtad IFC sila klik di sini.

Advertisement