Masih ada kawan-kawan yang hantar artikel dari laman ini. Sudah beberapa kali artikel-artikel dari laman ini menggempar kita apabila menyiarkan seperti berita palsu anak Sultan masuk Kristian dan sebagainya. Terbaru pasal paderi masuk Islam.
Tak payah percayalah cerita karut-marut dari laman World News Daily Report ni. SEMUANYA PALSU.
Dan mereka sendiri mengaku!
[Anda di antara orang yang sebar Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017?]
Baca “DISCLAIMER” laman tersebut:
World News Daily Report is a news and political satire web publication, which may or may not use real names, often in semi-real or mostly fictitious ways. All news articles contained within worldnewsdailyreport.com are fiction, and presumably fake news. Any resemblance to the truth is purely coincidental, except for all references to politicians and/or celebrities, in which case they are based on real people, but still based almost entirely in fiction.
Sudah disebut … SEMUANYA PALSU DAN REKAAN SEMATA-MATA.
Kerja jahat Yahudi hendak habiskan masa kita dengan membazir sebar berita-berita palsu. Membuat kita kononnya seronok atau geram atas provokasi yang mereka lakukan.
Lain kali, apabila menerima apa-apa mesej/emel/url dari World News Daily Report … TONG SAMPAHkan sahaja.
Ingat Al Hujarat ayat 6 … fatabayyanu.
Baca: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta?
Ingat cerita ini yang heboh seolah-olah benar hingga ke hari ini: Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor
2 comments
Comments feed for this article
22 July, 2016 at 11:31 am
Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa? | Karim's Blog
[…] – Persatuan Melayu Murtad IFC, World News Daily Report – PALSU !!! dan Mesej Bulan Mengelilingi Kaabah – Usah […]
10 August, 2017 at 1:02 pm
Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor | Karim's Blog
[…] Begitulah juga, apabila kita dapat cerita sensasi anak Baginda Sultan Selangor masuk Kristian, kita pun sebar. SAH PALSU – malah diperakui sendiri mereka bahawa sumber cerita itu adalah direka-reka dari agen MOSSAD. [Baca: World News Daily Report – PALSU !!!] […]