Itulah yang disebut oleh seorang rakan apabila memberi komen berhubung reaksi negatif terhadap kempen untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, KETUM PKR, dari dimasukkan ke penjara hujung bulan nanti.

He is a goner!

Bukan sahaja untuk rayuan terakhir kes liwatnya tetapi juga untuk membawa Pakatan Rapuh mengemudi kempen cita-cita politik Putrajayanya. Anwar tidak lagi bermaya untuk menjadi tarikan memujuk untuk membawa penyokong tegar PAS berguling-guling sama dengan beliau di Putrajaya nanti.

rakyat hukum anwarKomen-komen negatif dapat dilihat di kebanyakan kiriman dalam pelbagai blog atau pun di muka buku yang secara lantang kini menolak ajakan Anwar bersama beliau di Putrajaya pada hari penghakiman. (Sila baca ulasan lanjut dan komen-komen tersebut di: Rakyat Hakim Negara : Ajakan Demo Anwar Disambut Reaksi Negatif)

Ini tidak berlaku sebelum ini. Kenapa baru berlaku? Apakah ianya ada kaitan dengan isu “Langkah kEjang”?

Kalau dulu Unit Amal PAS boleh diheret ke merata tempat untuk menyokong Anwar, kini nampaknya sudah menjadi suatu yang sukar untuk memikat minat mereka untuk bersama.

Kalau dulu para penyokong PAS akan bingkas mempertahankan kegomblokan Anwar, kini nampaknya pujuk rayu Anwar sudah tidak diendah lagi.

Kecuali segelintir kecil serpihan yang dulunya pun memang menumpang alunan “Pas for all” secara membuta. Mereka inilah yang sekarang mengeluarkan sumpah seranah terhadap pimpinan ulamak PAS. Mereka inilah yang hilang punca sekarang kerana majoriti penyokong PAS tidak menuruti telunjuk Anwar.

Anwar sememangnya sudah tidak laku lagi. Anwar sudah hilang auranya.

Bagi saya ancaman besar yang dibawa Anwar ialah agenda Liberalisme dan Pluralisme nya. BAHAYA!

Jangan lupa baca juga jaringan liberal yang mengelilingi Anwar: Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia

Dan kini Uncle Sam Sedang Mencari Pengganti Anwar Ibrahim

Advertisements