You are currently browsing the daily archive for 22 October, 2014.

Isu pesta memegang dan memeluk anjing oleh orang-orang Melayu beberapa hari lalu menjadi hangat diperbincangkan. Ramai kawan-kawan yang minta saya ulas. Dan di semua tempat saya pergi, itulah soalan yang paling panas yang dikemukakan.

Saya tidak mahu masuk perbincangan bab hukum boleh atau tidak pegang. Itu sudah dikupas oleh ulamak terdahulu. Mereka sudah memikirkan semasak-masaknya dan memberi penghukuman yang terbaik dari pelbagai kemungkinan. Selesai. Yakni, pendapat jumhur yang sepakat berbanding dengan pendapat berlainan. Terutamanya bagi ulamak-ulamak Tanah Melayu sejak dahulu lagi yang berpendapat berlainan sangatlah kecil bilangannya dan sangat khusus keizinan yang diberikan. [Bab hukum saya cadangkan link ini: http://www.aswj-rg.com/2014/10/menjawab-polemik-isu-anjing.html]

Siapalah kita untuk mempertikaikan kehebatan ilmu mereka. PhD kita bukannya ukuran untuk kita banding dengan mereka.

Dalam tulisan dan ceramah saya, saya kerap menyentuh isu penyebaran fahaman Liberalisme dan orang Melayu Kristian yang dikategorikan sebagai C5 MBB (atau C4) – baca: Melayu Kristian dan Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad. Dan fahamilah tindak tanduk mereka dari golongan C5 MBB yang pelik-pelik – (baca).

Bagi saya, isu pesta anjing ini adalah gejala dari kedua-dua masalah yang selalu saya nyatakan tersebut – anutan Liberalisme Agama dan Insider Movement.

bila MelayuKristian matiOrang Melayu yang telah murtad masuk Kristian dan tetap merahsiakan anutan baru mereka dari pengetahuan keluarga atau sahabat handai sememangnya tidak akan peduli untuk melakukan sesuatu yang haram. Sebab dalam anutan baru mereka tidak ada halal-haram sedemikian.

Sememangnya orang ramai tidak pernah mengesyaki mereka telah meninggalkan agama Islam. Itulah modus operandi mereka. Saya bercakap berdasarkan 100% dokumen pelampau evangelis Kristian sendiri. Saya amat syorkan agar pembaca memahami fenomena ini sebelum menyangkalnya – baca Melayu Kristian dan Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad.

Saya tidak mengatakan semua yang hadir pesta tersebut semuanya dari golongan ini. Tetapi saya AMAT YAKIN sebahagian mereka adalah dari golongan ini.

Sebahagian lain lagi?

Mereka ini pula tergolongan dari kumpulan yang menganuti Liberalisme Agama. Bagi mereka yang berpegang dengan fahaman ini mereka akan sentiasa menyanggahi asas-asas yang telah disepakati dalam hukum-hakam agama. Mereka ingin bebaskan pemikiran dan amalan mereka dari kesepakatan jumhur ulamak. Mereka akan sentiasa mencari-cari pendirian-pendirian yang berlainan sesuai dengan kehendak mereka.

Puak Liberalisme Agama juga akan cuba menafsirkan semula serta memberikan “fatwa” baru sesuai dengan kehendak nafsu mereka. Mereka galak memetik pendapat dan pandangan “sarjana upahan” yang dunia Barat sengaja benihkan di dalam masyarakat Islam supaya menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.

Mungkin juga sebahagian yang kecil dari hadirin dalam pesta tersebut adalah dari mereka yang tertipu dengan dakyah kononnya majlis tersebut hanya untuk belajar cara-cara membersihkan diri dari terkena najis mughallazah. Terkena berbeza dengan sengaja dikenakan. Sengaja mengenakan najis pada diri adalah haram hukumnya. Tidak pernah ada di mana-mana institusi pendidikan perubatan mengajar cara mengubati orang yang patah tangan dengan mematahkan tangan seseorang dahulu. Mustahil itu sebagai kaedah pembelajaran yang betul.

Barah kesesatan dan riddah dalam masyarakat Islam di Malaysia amat membimbangkan dan membuktikan kita berada di akhir zaman. Menjadi tanggung-jawab kita semua untuk melakukan sedaya upayanya untuk memperbaiki keadaan masyarakat kita.

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

October 2014
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid