Cactus-langgar halalSyukur Alhamdulillah. Atas kepekaan dan tindakan NGO-NGO Islam dengan isu-isu yang berlaku. Tahniah kepada PPIM yang telah mengerakkan gabungan NGO Islam untuk membuat laporan polis terhadap pengilang air mineral jenama “Cactus” yang telah jelas melanggar syarat pembel=rian status halal dengan meletakkan gambar dewa Hindu pada produk yang mereka katakana sebagai halal.

Syarat pemberian sijil halal bukan setakat bahan-bahannya mesti halal. Ianya juga termasuk proses pembuatan tetapi termasuk juga proses-proses lain dari mendapat bahan-bahan mentah hingga sampai kepada pengguna termasuklah label pada botol tersebut.

Syabas juga kepada JAKIM yang cepat mengeluarkan kenyataan dalam isu penting sebegini.

Ada hikmahnya.

Sekarang semua masyarakat sedar bahawa umat Islam (terutama NGO-NGO) tidak duduk diam dalam isu-isu yang membela umatnya.

Pengilang-pengilang yang mempunyai status halal mesti jaga kepekaan umat Islam dalam hal-hal sebegini dan jangan mengambil apa-apa kesempatan di atas pengguna-pengguna yang majoritinya orang Islam ini. Mereka mesti mengambil langkah proaktif untuk memahami lebih lagi tentang syarat-syarat memperolehi sijil halal serta menjaga kepatuhan pada syarat yang telah ditetapkan.

Bahagian penguatkuasa MESTI tegas dalam mengambil tindakan-tindakan yang melanggar syarat-syarat yang telah pun diberikan kepada pengilang yang degil.

Dan yang sangat penting ialah kes ini telah menjadi satu “precedent” untuk di masa-masa akan datang. Moga dengan berlakunya peristiwa ini tidak ada lagi pengilang atau pengusaha lain yang ingin mempermainkan pengguna-pengguna Islam. Kita mesti serlahkan kuasa kepenggunaan kita.