Azmin MB yang mentah hendak menunjuk pandai hanya kerana survival politiknya. Memahami PAS sudah mula tidak bersama Pakatan RAPUH, undi orang Kristian sangat ditagih.
Dalam ucapan di kalangan orang-orang DAP, dia minta untuk pulangkan Bible. Bible itu bukan milik kita, katanya. Bertepuklah pelampau evangelis Kristian.
Maka kita hendak suruh Azmin minta juga supaya semua dadah yang dirampas oleh bahagian narkotik dipulangkan kembali kepada pemiliknya para pengedar dadah – supaya pengedar juga dapat bertepuk sorak atas sokongan hebat MB Selangor kepada para penjenayah. Dadah-dadah itu bukan milik polis. Jangan simpan. Ianya milik para pengedar. Faham? Hak milik barangan dijamin dalam Perlembagaan! Maka para pengedar dadah dijamin untuk memiliki barangan mereka? Bebas mengedar?
TIDAK. Pengedar dadah melanggar undang-undang. Mereka adalah pesalah. Mereka adalah PENJENAYAH.
Begitulah juga Bible yang dirampas bersalahan dengan Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Ianya suatu kesalahan. Juga JENAYAH di bawah undang-undang negeri Selangor.
MB Azmin MEMBELA PENJENAYAH? Undang-undang negeri Selangor yang MBnya sendiri langgar ni!!! Azmin menjual agama hanya kerana politik.
Sebab itu awal-awal lagi kita sudah tahu … Amaran Kepada Azmin Ali: Jangan SALAH GUNA Kalimah Allah
**********
Nak faham isu rampasan Bible? Baca ini: Kereta MYVI Merah BXM 2345 Kini Ditahan Di Balai Polis!!! dan baca juga ini: Gani Patail Melanggari Al Quran, Al Hadith dan Ijma’ Ulamak
Leave a comment
Comments feed for this article