Mereka yang asyik bercakap tentang sekular dan sekularisme, apakah mereka faham istilah tersebut?
Pernahkan mereka baca buku asas untuk memahami prinsip-prinsip asas sekular? Tahukan mereka siapa George Jacob Holyoake? Pernahkah mereka membuka buka “The Principles of Secularism”?
Apabila mereka mengatakan Malaysia sebuah negara sekular, tahukah mereka bahawa di dalam Perlembagaan Persekutuan tiada satupun tempat istilah “sekular” disebut? Malah istilah demokrasi pun tidak juga disebut dalam Perlembagaan.
Yang ada disebut berulang kali ialah Agama Islam. TIDAK ada lain-lain agama yang disebut di dalam Perlembagaan.
Yang ada disebut adalah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Yang ada disebut hanyalah Bangsa MELAYU. Tiada bangsa lain yang disebut secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mereka ini mesti disekolahkan kembali untuk faham asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu hasil dari perkenan serta pengorbanan Duli-duli Yang Maha Mulia untuk sama-sama memperturunkan tugas mentadbir perjalanan harian Persekutuan ini kepada Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan hinggalah ke sekalian penjawat awam.
Bacaan tambahan:
- Penjelasan Malaysia BUKAN Negara Sekular
- Baca juga penegasan “Malaysia bukan negara sekular” di Parlimen pada 22 Oktober 2012.
- Kenyataan PEMBELA Membantah Cubaan Menghakis Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara Dengan Mendakwa Malaysia Adalah Negara Sekular – 12 Ogos 2012
- Laporan Berita Harian: Salah tanggapan mengenai kedudukan Islam punca Malaysia dianggap negara sekular – 6 Oktober 2011
- Laporan Utusan Malaysia: Perlembagaan: Malaysia bukan sekular – 27 Oktober 2012
- Istilah sekularisme, asabiah gagal difahami
3 comments
Comments feed for this article
27 November, 2014 at 11:04 pm
Perlembagaan Persekutuan Tiada Istilah Sekular - Hanya Ada "Islam", "Raja" dan "Melayu"
[…] Source: Perlembagaan Persekutuan Tiada Istilah Sekular – Hanya Ada “Islam”, “Raja… […]
26 April, 2017 at 11:29 am
Editor-editor Media Mesti Disekolahkan Tentang Asas Kedaulatan Negara | Ahmad Ali JetPlane
[…] “Malaysia bukan negara sekular” di Parlimen pada 22 Oktober 2012 […]
26 April, 2017 at 11:29 am
Editor-editor Media Mesti Disekolahkan Tentang Asas Kedaulatan Negara | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] “Malaysia bukan negara sekular” di Parlimen pada 22 Oktober 2012 […]