Setelah 5 bulan kita menunggu, kini sah sudah bahawa PM Najib akur dengan janjinya yang dibuat di hadapan Majlis Raja-raja Melayu pada taklimat khas persidangan MRR pada bulan Jun lalu. Semasa taklimat khas tersebut (baca: RUU Harmoni – Beranikah Najib Lawan Majlis Raja-raja?), selepas penerangan dibuat oleh Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Tun Hanif Omar, Najib mempertegaskan bahawa beliau memberi janji dan komitmen tidak akan meneruskan RUU Harmoni di hadapan MRR. PM2012-Mansuh Akta HasutanNamun, kita tetap gelisah dengan gaya bahasa ucapan-ucapan politik Najib selepas itu kerana beliau juga telahpun menbuat janji untuk menghapuskan Akta Hasutan pada tahun 2012 – sebelum PRU13. Maka kita risau, mana satu janji yang ingin Najib tunaikan. Beranikah beliau mungkir janji dengan Duli-duli Raja-raja Melayu? Atau beliau bimbang juga dengan janjinya untuk menghapuskan akta tersebut bagi menghadapi PRU13. Akhirnya Najib pilih untuk taat setia dengan janjinya dengan Raja-raja Melayu. Syabas. Tidak perlu risau janji anda dengan para pengundi. (Baca) Mereka yang mengundi anda untuk PRU13 adalah mereka yang membantah hasrat anda untuk menghapuskan Akta Hasutan. Mereka yang TIDAK MENGUNDI anda adalah mereka yang beria hendak menghapuskan Akta Hasutan. Keputusan anda pada hari ini adalah bijak dan berani. Kiriman lain berkaitan Akta Hasutan: