Diambil dari blog Sdr. Zulkifli Noordin – zul4kulim.blogspot.com/:

Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam seperti cacing kepanasan apabila Dato’ Sri Najib mengumumkan semalam dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, malah akan diberi penambah-baikan dalam bentuk melindungi agama Islam dan kedaulatan Malaysia!

Mereka mendakwa Dato’ Sri Najib mungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan!

Benar, Dato’ Sri Najib ada memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan sebelum PRU-13 dahulu. Namun perlu diingat, Dato’ Sri Najib membuat jaminan tersebut atas premis:

1. TIADA MANDAT MENGHAPUSKAN AKTA HASUTAN 

PM2012-Mansuh Akta HasutanDato’ Sri Najib memberi jaminan tersebut atas premis kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam termasuk pengundi kaum Cina akan memberi mandat jelas kepada beliau untuk memimpin Malaysia selepas PRU-13 demi membangunkan negara untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020.

Ternyata kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti Islam dan pengundi Cina menolak jaminan tersebut kerana mereka gagal memberi undi kepada BN, hingga menyebabkan akhbar Utusan Malaysia menempelak mereka dimuka hadapan sebaik keputusan PRU-13 diumumkan dengan tajuk – ‘Apa lagi Cina mahu‘! Malah Dato’ Sri Najib menyatakan kehilangan undi popular BN adalah kerana ‘tsunami politik Cina‘.

Oleh itu sekarang kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam tidak ada hak untuk mempertikai penarikan balik jaminan menghapuskan Akta Hasutan yang diberi oleh PM kerana mereka sendiri tidak memberi mandat untuk beliau berbuat sedemikian.

(Baca: Najib Tidak Mungkir Janji Jika Tarik Balik Cadangan Mansuh Akta Hasutan)

2. CAUVINIS BELUM MATANG

Dato’ Sri Najib memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan (dan ISA & Ordinan Darurat yang sudah pun dimansuhkan) atas kepercayaan rakyat Malaysia, khususnya kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam sudah matang dan boleh berfikiran dan berkelakuan waras dan rasional jika Akta Hasutan dihapuskan.

Ternyata kepercayaan Dato’ Sri Najib meleset. Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam mengambil kesempatan daripada penghapusan ISA dan Ordinan Darurat dengan melakukan dan membuat pelbagai kenyataan dan tindakan yang jelas membuktikan bahawa mereka masih belum matang dan masih tidak rasioanl, dan terlalu tebal dengan sikap cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam.

Antara perbuatan, perlakuan dan kenyataan melampau mereka dalam menghina Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan institusi teras negara adalah seperti menuntut penyalahgunaan kalimah Allah, menghina hukum-hakam dan syariat Islam, memperlekeh institusi Mufti dan fatwa, memandang rendah Mahkamah Syariah, menghina institusi, kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, memperlekeh kedudukan bahasa Melayu, menghina sistem kehakiman negara & sistem pilihanraya, menghina pasukan keselamatan polis dan tentera, mempengaruhi agen-agen asing untuk mencabar kedaulatan negara, malah sampai ke peringkat melakukan penderhakaan dengan menghasut rakyat Sabah & Sarawak keluar daripada Malaysia!

Jelas daripada ini bahawa sememangnya kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti Islam ini masih belum matang dan masih berfikiran tidak rasional untuk membolehkan Akta Hasutan dimansuhkan;

(Baca: Penghasut Memang Tidak Suka Akta Hasutan)

3. SIKAP HIPOKRIT CAUVINIS 

Saya percaya Dato’ Sri Najib dan majoriti rakyat Malaysia akan terkeliru dengan sikap double-standard dan hipokrit kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam ini. Ini adalah kerana dalam mereka melalak menuntut Akta Hasutan dihapuskan konon kerana tidak demokratik dan ketinggalan zaman, namun bila menguntungkan mereka, Akta Hasutan mahu digunakan.

Contohnya mereka mendesak Kerajaan mendakwa Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa yang mereka fitnah dan tohmah konon mahu membakar bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah (nota: Datuk Ibrahim Ali sudah mengemukakan surat tuntutan guaman terhadap Wong Chun Wai daripada akhbar The Star yang didakwa memfitnah beliau).

Persoalannya apa yang kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam ini mahu?

Mereka melalak desak Akta Hasutan dihapuskan, diwaktu yang sama mereka desak Akta Hasutan digunakan dan dikuatkuasakan terhadap Datuk Ibrahim Ali?

Kalau ini bukan hipokrit dan cakap tak serupa bikin, saya tidak nak label apa sikap dualam ini!!!

RUMUSAN

Apa yang penting ialah Akta Hasutan, terutama Seksyen 3 (1) (f), adalah terjemahan 7 Wasiat Raja Melayu yang dipersetujui melalui kontrak sosial antara bangsa Melayu dengan kaum Cina dan India! Dan keperluan adanya Akta Hasutan terutama Seksyen 3 (1) (f) terbukti bila berlakunya peristiwa berdarah  rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 akibat mainan politik perkauman sempit kaum cauvinis dan pelampau perkauman anti-Melayu!

Oleh itu, tindakan Dato’ Sri Najib bukan sahaja bijak dan betul, malahan adalah perlu untuk memastikan kedaulatan, keamanan dan keharmonian antara kaum & agama di negara ini terjamin, malah kesinambungan warisan teras sendi negara terus mekar dan dipelihara untuk memastikan Malaysia terus maju kehadapan demi mencapai wawasan negara maju menjelang 2020!

(baca: Syabas Najib – Anda Telah Tunaikan Janji Anda Kepada Duli-duli Raja-raja Melayu)

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada Dato’ Sri Najib yang mendengar suara hati majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini!

Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Safar 1436
28 Nov 2014
Advertisements