Dalam temubual “live” di TV Al-Hijrah petang tadi untuk rancangan “Assalamualaikum Khas” saya ada menyebut berhubung satu kes permohonan seorang pelajar kulit putih, Barbara Grutter, ditolak untuk memasuki University of Michigan dan kemudian menyaman universiti tersebut (kes Grutter v Bollinger, 1997)

Keputusan mahkamah memihak kepada universiti. Dan kes tersebut dibawa hingga ke Supreme Court Amerika Syarikat (SCOTUS). Keputusan Supreme Court yang ditulis oleh hakim Sandra O’Connor memihak untuk mengekalkan keputusan yang menyebelahi universiti dalam memberi kelebihan kepada permohonan pelajar kulit hitam kerana sistem kuota walaupun Barbara Grutter mempunyai keputusan yang lebih baik.

Ini membuktikan, di negara maju seperti Amerika Syarikat masih mempunyai sistem kuota yang memberi kelebihan kepada kumpulan yang “ketinggalan”. Di Tanah Air kita, peruntukan khusus seperti kuota ini ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.

FT-SandraOconnor-GusDur-AnwarSaya turut menekankan tadi bahawa hakim Supreme Court yang membuat keputusan tersebut adalah Sandra O’Connor. Saya menyebut nama beliau secara khusus kerana ada orang-orang yang rapat dan amat mesra dengan beliau tetapi menyanggah polisi yang sama dihakimi Sandra O’Connor apabila sistem kuota tersebut dilaksanakan di negara kita sendiri.

Saya menyebut bahawa Sandra O’Connor pernah cuba campurtangan dalam kes mahkamah di Tanah Air kita. Bagaimana sebagai bekas hakim dalam barisan kehakiman tertinggi di Amerika Syarikat boleh mengganggu gugat (baca: AMARAN!) perjalanan pembicaraan di sebuah negara yang berdaulat.

Apabila mantan-mantan Ketua Hakim Malaysia seperti Tun Ahmad Fairuz dan Tun Hamid Muhammad bersuara dalam isu-isu kepentingan Islam dan Melayu, kumpulan yang menerima campurtangan hakim Supreme Court Amerika Syarikat ini membuat bising.

Saya lampirkan petikan dari Financial Times bertarikh 7 Ogos 2008, campurtangan oleh Sandra O’Connor bersama Gus Dur (Abdul Rahman Wahid) dalam kes pembicaraan kesalahan jenayah di Tanah Air kita.

Advertisements