You are currently browsing the monthly archive for December 2014.

Insha Allah, malam ini (Selasa – 30 Dis 2014) selepas maghrib, satu perkongsian maklumat berhubung “Kristian Melayu” akan diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Kristian Melayu - masjid Hidayah Melawati2

agenda Malay Mail jahatDengan tajuk “In 2014, Muslim hardliners crawl out of the woodwork”, akhbar The Malay Mail semalam menyiarkan satu artikel yang mengutuk NGO-NGO Islam yang bangkit bersuara memperjuangkan Islam di Tanah Air ini.

Selain menyenaraikan beberapa NGO yang lantang mempertahankan Islam, The Malay Mail juga menyenaraikan isu-isu yang mereka kata “things Muslim groups got angry with in 2014”.

Ini membuktikan perubahan dalam pengurusan akhbar tersebut sebelum ini memang mempunyai agenda tertentu. Semenjak mereka yang kebanyakannya dari The Malaysian Insiders mengambil alih akhbar tersebut, agama Persekutuan menjadi musuh no. 1 mereka dan kritikan-kritikan jahat sentiasadisiar dalam cara penglaporan berita dan analisa editorial mereka.

Mungkin The Malay Mail perlu diberi amaran dan tertibkan kerana provokasi dan sikap kurang ajar mereka.

 

Christian Names of GodAlhamdulillah. Buku-buku yang dipesan baru tiba. Dua lagi buku yang membicarakan nama-nama tuhan agama Kristian untuk menambah koleksi yang sedia ada.

Membeli buku-buku ini semata-mata demi untuk membuktikan bahawa TIDAK ADA mana-mana buku oleh penerbit-penerbit utama bahan bacaan Kristian di dunia barat (terutamanya di Amerika Syarikat) menyenaraikan nama suci Allah sebagai salah satu nama yang diperakui disebut dalam literatur utama Kristian sama ada yang klasik mahupun yang baharu.

Dari dua buku yang baru terima hari ini, dan dengan melihat secara lalu, ianya menambahkan lagi BUKTI bahawa pelampau evangelis Kristian di Malaysia hanya mahu menyalahguna nama suci Allah, apabila mereka menuntut hingga ke Mahkamah Persekutuan, semata-mata untuk tujuan kontekstualisasi – yakni tujuan menipu orang-orang yang ingin mereka murtadkan.

Kiriman sebelum ini … Mestikah Orang Kristian Guna Nama Suci ALLAH?

Semuanya hok terkini.

Sapo-sapo nok dengar marilah.

Ambo nak royak keadaan semasa banjir di tempat ambo.

Ceramah Isu Semasa …

poster husam 27Dis2014

… hmm yo ko demo ni main tepek poster ni … ke ada puok-puok hok nakal wat main. Sie ko dio.

Sekarang ini semakin menjadi suatu perlumbaan pula untuk mendabik dada bahawa dirinya adalah seorang Liberal dan Moderat. Apakah seseorang itu menjadi lebih baik dan lebih mendedakti Allah dalam perlumbaan menjadi tokoh Liberal atau tokoh Moderat?

Apa yang diertikan dengan kebebasan yang dituntut dalam fahaman Liberalisme?

Mereka mahukan kebebasan dari asas-asas agama dan asas-asas negara? Mereka mahu BEBAS? Tiada sekatan? Tidak dikongkong?

Apabila Islam menetapkan sesuatu hukum-hakam – mereka mahu bebas dari sebarang sekatan itu. Maka itu samalah seperti tidak menganuti Islam itu sendiri.

Dan begitulah apabila mereka mahu bebas dari ketetapan dalam asas-asas negara baik dari aspek perlembagaan, undang-undang, enakmen-enakmen mahupun nilai budaya dan etika sosial murni. Jika begitu kehendak mereka, mungkin wajar mereka tidak lagi menjadi warganegara sesebuah negara yang telah termaktub segala perundangan yang sudah sekian lama berdaulat itu.

Bagi mereka “sekatan” dan “halangan” ini semua mengongkong kebebasan dan hak asasi. Dalam pada itu pula mereka menuntut pelbagai hak untuk mereka dan rakan-rakan mereka.

Apakah pula asas dan nilai yang menjadi panduan dalam tuntutan-tuntutan mereka?  Apakah mereka tidak merasa paksaan tuntutan mereka ke atas orang lain sebenarnya menjadi kongkongan serta menyekat kebebasan orang lain yang mahu mengamal tuntutan agama Islam yang sebenar?

Bagi yang moderat pula mereka merasakan melakukan sebahagian tuntutan agama itu sebagai moderat dan mencukupi. Bagi yang moderat cukup sekadar melaku sebahagian dan meninggal sebahagian? Cukup dengan ambil agama itu sekerat-sekerat?

Kalau begitu jika mereka mahu beli sebuah kereta suruh juga mereka beli sebuah kereta yang moderat. Jika mereka mahu beli rumah, suruh mereka cari yang rumah yang moderat. Kereta yang moderat mungkin hanya mempunyai dua roda kerana jika lengkap dengan dua lagi roda menjadi empat sudah menjadi kereta yang ekstrem.

Begitu juga jika rumah moderat itu mungkin dapurnya tidak ada hanya ada bilik tidur dan ruang tamu. Bilik airnya pula mungkin dikongsi dengan jiran. Itulah rumah moderat idaman golongan moderat. Jika yang lengkap itu nanti sudah dikira ekstrem!

Jika solat 5 waktu dituduh ekstrem. Dan moderat itu cukup hanya sekadar sesekali solat atau solat 3 kali sehari kerana subuh terlewat bangun dan isyaknya tidak sempat kerana balik malam dalam keadaan mabuk. Mungkin gambaran di bawah itu dapat membantu untuk kita lebih faham perbandingan antara moderat lawan yang dituduh ekstrem.

moderat vs ekstrem

Apa untungnya mereka ini berlumba untuk menjadi Liberal dan Moderat dalam agama? Apakah mereka sebenarnya mengajak kita berlumba untuk ke neraka? Biarlah mereka sahaja dalam perlumbaan itu. Kami mahu “fastabiqul khairat”. Kami mahu berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan mencari redha Allah untuk kekal di syurgaNya.

 

Memetik dari keratan akhbar Berita Harian – 25 April 2013 (klik pada imej untuk paparan lebih besar): BH-25Apr2013-AKO

.

BH-25Apr2013-AKO2

Lagi pasal Anwar …

 

Dalam tulisan-tulisan saya, saya mengguna istilah Pelampau Evangelis Kristian. Ada yang minta saya kongsikan sebab saya mengguna istilah sedemikian.

Tordesillas Lesen Kristian MembunuhPara Pelampau Evangelis Kristian ini sememangnya layak digelar pelampau. Mereka melampaui batas-batas yang telah ditetapkan di Tanah Air kita, Tanah Melayu yang aman damai sebagai sebuah negara Islam berdaulat. Pelampau Evangelis Kristian mulanya mencemarkan kedamaian di alam Melayu ini apabila menyerang sebuah kerajaan Islam Melayu Melaka dengan menghantar bala tentera Kristian Portugis di bawah restu ketua penjajahan yang zalim, Pope Alexander VI (melalui Perjanjian Tordesillas). Mereka menghancurkan segala masjid dan tinggalan Raja-raja Melayu Melaka.

Seterusnya musuh Islam ini, yakni, orang-orang sesat yang kita minta perlindungan dari Allah sebanyak 17 kali setiap hari, silih berganti merosakkan serta merampas kekayaan bumi Melayu.

Apabila terbentuk Persekutuan Tanah Melayu maka diperkuatkan kedaulatan Islam di bumi ini dengan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Agama Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3 (1)). Namun para pelampau evangelis Kristian melampaui batas ketetapan ini kerana ingin memindanya. Mereka mahukan Tanah Melayu ini menjadi sebuah negara sekular.

Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub pengawalan dan sekatan “pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang yang menganuti agama Islam” (Perkara 11 (4)). Mereka tetap tidak mempeduli Perlembagaan Persekutuan dan sentiasa melanggarnya.

Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub bahawa “adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu” (Perkara 12 (2). Dan tidak disebut kewajiban untuk membelanjakan untuk agama lain. Mereka melampaui ketetapan ini dan menuntut juga peruntutkan yang ditetapkan untuk orang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mereka.

Pelampau Evangelis Kristian sentiasa melampaui undang-undang dan enakmen-enakmen yang sedia termaktub. Mereka tidak peduli keamanan dan kedamaian yang sedang kita nikmati. Mereka orang-orang yang MELAMPAU. Mereka adalah PELAMPAU Evangelis Kristian. Tidak ada istilah lain yang lebih sesuai.

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

exco agama pertahan LGEApakah benar apa yang dikatakan oleh exco Agama Pulai Pinang seperti dilaporkan dalam Utusan Online?

Apakah Malik Kassim memang bersetuju seperti mana Anwar KETUM PKR dalam membenarkan tuntutan pelampau evangelis Kristian menyalahgunakan nama suci Allah Azzawajalla?

Apakah kerana survival politik maka politikus Melayu terpaksa mengadai masa depan aqidah anak cucu mereka demi undi?

Tuntutan pelampau evangelis Kristian untuk menyalahgunakan nama suci Allah hanyalah SEMATA-MATA untuk memurtadkan umat Islam. Tiada ikhlas langsungnya dari mereka ini – sesuai dengan ayat 120 Surah Al Baqarah. Lupakah peringatan Allah?

Lihatlah pengakuan yang dibuat oleh mereka seperti mana yang telah didedahkan oleh majalah mereka sendiri – Christianity Today (Ogos 2009). (Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?)

… using Allah in Indonesia is strategic, if the point is to have people understand who Christ is. … The negative impact of not using it is that it would make it harder for a Muslim to pick up a Bible.

JELAS, tujuan sebenar mereka hendak menyalahgunakan nama suci Allah ialah kerana ianya STRATEGI mereka dan apabila kita melarang mereka maka mereka mengatakan bahawa sukarlah strategi mereka untuk membolehkan orang Islam untuk rasa mesra dan mudah untuk baca Bible.

Susah sangatkah hendak faham?

Relakah kita biar pelampau evangelis Kristian ini MURTADkan anak cucu kita?

Jangan lupa untuk baca: JIJIK Bila Dedah Agenda Kristianisasi – Itu Kata Anwar!

CT-guna Allah - strategic

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Akhirnya kebimbangan golongan agamawan dalam menolak Jokowi dari terpilih menjadi Presiden Indonesia semakin menyerlah walaupun baru kurang dua bulan mengambil alih kuasa. Agenda Liberalisme semakin mendapat tempat.

Beberapa minggu lalu, satu undang-undang yang antara lain bagi membendung ajaran sesat ingin di”cabut”. Direktur Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam Kementerian Agama (Dirjen Bimas Kemenag), Machasin, membuat kenyataan bahawa Undang-Undang No. 1/PNPS Tahun 1965 tentang Pencegahan Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama akan digantikan dengan Undang-Undang Perlindungan Umat Beragama yang bakal mengiktirafkan pelbagai ajaran sesat termasuk Ahmadiyyah.

Terbaru, Machasin membuat kenyataan bahawa tidak ada masalah untuk umat Islam sambut hari Natal/Krismas. Beliau memberi alasan dibolehkan kerana urusan bisnes – sambil memberi contoh jika orang bukan Islam yang memasang “beduk” di masjid – seolah-olah jika orang bukan Islam boleh melakukan perniagaan untuk memasang alat untuk menyeru umat Islam masuk waktu solat maka diboleh juga untuk orang Islam melakukan sama untuk agama bukan Islam – termasuk untuk orang Islam memakai pakaian (atribut) sambutan Krismas.

“Kalau untuk kepentingan bisnis bukan masalah. Seperti pada hari raya Islam saja misalnya, banyak non Muslim di televisi yang ikut memakai atribut Islam, itu kan sama, tidak apa-apa,”

“Maksudnya hanya semata untuk bisnis itu misalnya non-Muslim dia memasang bedug di masjid, mengerjakan yang identik dengan Islam tapi kan tidak mengubah keyakinan dia. Jadi walau Muslim pakai atribut non-Muslim, kan juga tidak persis bahwa dia menjadi non-Muslim,”

“Memang soal pakaian atau meniru suatu kaum itu kan disebut berarti masuk ke dalam kaum itu sendiri, tapi kalau hanya mengenakan atribut dan imannya tidak berubah, tidak apa-apa,”

Ini bukan sahaja kerana tidak faham hukum tetapi juga kerana pemikiran sapere aude (bebas berfikir/bebas melakukan) ala Liberalisme yang dibawa oleh tokoh-tokoh sedemikian – yang berani bersuara menentang hukum-hakam ketetapan yang telah disepakati.

Inilah bahana yang ingin kita elakkan dari berlaku di Tanah Air kita. Kita tolak tokoh-tokoh Liberalisme dan Pluralisme kerana kita bimbang dengan aqidah anak cucu kita terpesong kerana agenda jahat mereka yang sengaja untuk merosakkan kita. Rosaknya aqidah ini membezakan antara syurga dengan neraka selama-lamanya.

Saya kongsikan carta di bawah yang diringkaskan dari risalah pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terbitan 2011 (http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/GEJALAMURTAD.pdf)

kaedah bw Murtad

bubarkan MKPNSatu undian melalui talian yang dilakukan oleh blogger Helen Ang merumuskan bahawa 91 peratus yang mengundi mahukan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN atau juga disebut sebagai NUCC) DIBUBARKAN.

Undian yang baru berakhir semalam mendapati seramai 821 orang dari 902 pengundi memilih untuk setuju dengan cadangan supaya MKPN dibubarkan. Dan hanya sebilangan yang amat kecil (81 orang) kurang dari 9% yang menolak cadangan tersebut.

Maka PM Najib wajar dengar pungutan suara. Kerana ramai yang berpandangan bahawa MKPN adalah sebenarnya merupakan sarang kepada mereka yang memusuhi agenda perpaduan negara selama ini sememangnya masyarakat Tanah Melayu ini hidup amat sejahtera dengan penuh toleransi. (baca: Agenda ganggu inisiatif perpaduan)

Para pengerak yang memusuhi perpaduan ini telah merosakkan keamanan yang telah kita nikmati sejak beberapa generasi lampau. Malah ada pengkaji yang mengkaitkan aktivis anti perpaduan negara ini mendapat dokongan dan sokongan dari luar yang berusaha untuk campur tangan urusan negara melalui barua-barua yang telah mereka latih sejak sekian lama.

Wahai PM Najib, dengarlah suara majoriti masyarakat yang mahukan keamanan yang telah nikmati selama ini dipelihara. BUBAR segera MKPN.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2014
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid