You are currently browsing the daily archive for 17 December, 2014.
Apakah benar apa yang dikatakan oleh exco Agama Pulai Pinang seperti dilaporkan dalam Utusan Online?
Apakah Malik Kassim memang bersetuju seperti mana Anwar KETUM PKR dalam membenarkan tuntutan pelampau evangelis Kristian menyalahgunakan nama suci Allah Azzawajalla?
Apakah kerana survival politik maka politikus Melayu terpaksa mengadai masa depan aqidah anak cucu mereka demi undi?
Tuntutan pelampau evangelis Kristian untuk menyalahgunakan nama suci Allah hanyalah SEMATA-MATA untuk memurtadkan umat Islam. Tiada ikhlas langsungnya dari mereka ini – sesuai dengan ayat 120 Surah Al Baqarah. Lupakah peringatan Allah?
Lihatlah pengakuan yang dibuat oleh mereka seperti mana yang telah didedahkan oleh majalah mereka sendiri – Christianity Today (Ogos 2009). (Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?)
… using Allah in Indonesia is strategic, if the point is to have people understand who Christ is. … The negative impact of not using it is that it would make it harder for a Muslim to pick up a Bible.
JELAS, tujuan sebenar mereka hendak menyalahgunakan nama suci Allah ialah kerana ianya STRATEGI mereka dan apabila kita melarang mereka maka mereka mengatakan bahawa sukarlah strategi mereka untuk membolehkan orang Islam untuk rasa mesra dan mudah untuk baca Bible.
Susah sangatkah hendak faham?
Relakah kita biar pelampau evangelis Kristian ini MURTADkan anak cucu kita?
Jangan lupa untuk baca: JIJIK Bila Dedah Agenda Kristianisasi – Itu Kata Anwar!
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Melayu Kristian?
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Penyebaran Kristian Yang Berterusan – Umat Islam Di Seremban Hilang Sabar
- Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian
- Sadduz zara’i – Kenapa Kunci Rumah?
Akhirnya kebimbangan golongan agamawan dalam menolak Jokowi dari terpilih menjadi Presiden Indonesia semakin menyerlah walaupun baru kurang dua bulan mengambil alih kuasa. Agenda Liberalisme semakin mendapat tempat.
Beberapa minggu lalu, satu undang-undang yang antara lain bagi membendung ajaran sesat ingin di”cabut”. Direktur Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam Kementerian Agama (Dirjen Bimas Kemenag), Machasin, membuat kenyataan bahawa Undang-Undang No. 1/PNPS Tahun 1965 tentang Pencegahan Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama akan digantikan dengan Undang-Undang Perlindungan Umat Beragama yang bakal mengiktirafkan pelbagai ajaran sesat termasuk Ahmadiyyah.
Terbaru, Machasin membuat kenyataan bahawa tidak ada masalah untuk umat Islam sambut hari Natal/Krismas. Beliau memberi alasan dibolehkan kerana urusan bisnes – sambil memberi contoh jika orang bukan Islam yang memasang “beduk” di masjid – seolah-olah jika orang bukan Islam boleh melakukan perniagaan untuk memasang alat untuk menyeru umat Islam masuk waktu solat maka diboleh juga untuk orang Islam melakukan sama untuk agama bukan Islam – termasuk untuk orang Islam memakai pakaian (atribut) sambutan Krismas.
“Kalau untuk kepentingan bisnis bukan masalah. Seperti pada hari raya Islam saja misalnya, banyak non Muslim di televisi yang ikut memakai atribut Islam, itu kan sama, tidak apa-apa,”
“Maksudnya hanya semata untuk bisnis itu misalnya non-Muslim dia memasang bedug di masjid, mengerjakan yang identik dengan Islam tapi kan tidak mengubah keyakinan dia. Jadi walau Muslim pakai atribut non-Muslim, kan juga tidak persis bahwa dia menjadi non-Muslim,”
“Memang soal pakaian atau meniru suatu kaum itu kan disebut berarti masuk ke dalam kaum itu sendiri, tapi kalau hanya mengenakan atribut dan imannya tidak berubah, tidak apa-apa,”
Ini bukan sahaja kerana tidak faham hukum tetapi juga kerana pemikiran sapere aude (bebas berfikir/bebas melakukan) ala Liberalisme yang dibawa oleh tokoh-tokoh sedemikian – yang berani bersuara menentang hukum-hakam ketetapan yang telah disepakati.
Inilah bahana yang ingin kita elakkan dari berlaku di Tanah Air kita. Kita tolak tokoh-tokoh Liberalisme dan Pluralisme kerana kita bimbang dengan aqidah anak cucu kita terpesong kerana agenda jahat mereka yang sengaja untuk merosakkan kita. Rosaknya aqidah ini membezakan antara syurga dengan neraka selama-lamanya.
Saya kongsikan carta di bawah yang diringkaskan dari risalah pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terbitan 2011 (http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/GEJALAMURTAD.pdf)
Recent Comments