exco agama pertahan LGEApakah benar apa yang dikatakan oleh exco Agama Pulai Pinang seperti dilaporkan dalam Utusan Online?

Apakah Malik Kassim memang bersetuju seperti mana Anwar KETUM PKR dalam membenarkan tuntutan pelampau evangelis Kristian menyalahgunakan nama suci Allah Azzawajalla?

Apakah kerana survival politik maka politikus Melayu terpaksa mengadai masa depan aqidah anak cucu mereka demi undi?

Tuntutan pelampau evangelis Kristian untuk menyalahgunakan nama suci Allah hanyalah SEMATA-MATA untuk memurtadkan umat Islam. Tiada ikhlas langsungnya dari mereka ini – sesuai dengan ayat 120 Surah Al Baqarah. Lupakah peringatan Allah?

Lihatlah pengakuan yang dibuat oleh mereka seperti mana yang telah didedahkan oleh majalah mereka sendiri – Christianity Today (Ogos 2009). (Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?)

… using Allah in Indonesia is strategic, if the point is to have people understand who Christ is. … The negative impact of not using it is that it would make it harder for a Muslim to pick up a Bible.

JELAS, tujuan sebenar mereka hendak menyalahgunakan nama suci Allah ialah kerana ianya STRATEGI mereka dan apabila kita melarang mereka maka mereka mengatakan bahawa sukarlah strategi mereka untuk membolehkan orang Islam untuk rasa mesra dan mudah untuk baca Bible.

Susah sangatkah hendak faham?

Relakah kita biar pelampau evangelis Kristian ini MURTADkan anak cucu kita?

Jangan lupa untuk baca: JIJIK Bila Dedah Agenda Kristianisasi – Itu Kata Anwar!

CT-guna Allah - strategic

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: