Akhirnya kebimbangan golongan agamawan dalam menolak Jokowi dari terpilih menjadi Presiden Indonesia semakin menyerlah walaupun baru kurang dua bulan mengambil alih kuasa. Agenda Liberalisme semakin mendapat tempat.

Beberapa minggu lalu, satu undang-undang yang antara lain bagi membendung ajaran sesat ingin di”cabut”. Direktur Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam Kementerian Agama (Dirjen Bimas Kemenag), Machasin, membuat kenyataan bahawa Undang-Undang No. 1/PNPS Tahun 1965 tentang Pencegahan Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama akan digantikan dengan Undang-Undang Perlindungan Umat Beragama yang bakal mengiktirafkan pelbagai ajaran sesat termasuk Ahmadiyyah.

Terbaru, Machasin membuat kenyataan bahawa tidak ada masalah untuk umat Islam sambut hari Natal/Krismas. Beliau memberi alasan dibolehkan kerana urusan bisnes – sambil memberi contoh jika orang bukan Islam yang memasang “beduk” di masjid – seolah-olah jika orang bukan Islam boleh melakukan perniagaan untuk memasang alat untuk menyeru umat Islam masuk waktu solat maka diboleh juga untuk orang Islam melakukan sama untuk agama bukan Islam – termasuk untuk orang Islam memakai pakaian (atribut) sambutan Krismas.

“Kalau untuk kepentingan bisnis bukan masalah. Seperti pada hari raya Islam saja misalnya, banyak non Muslim di televisi yang ikut memakai atribut Islam, itu kan sama, tidak apa-apa,”

“Maksudnya hanya semata untuk bisnis itu misalnya non-Muslim dia memasang bedug di masjid, mengerjakan yang identik dengan Islam tapi kan tidak mengubah keyakinan dia. Jadi walau Muslim pakai atribut non-Muslim, kan juga tidak persis bahwa dia menjadi non-Muslim,”

“Memang soal pakaian atau meniru suatu kaum itu kan disebut berarti masuk ke dalam kaum itu sendiri, tapi kalau hanya mengenakan atribut dan imannya tidak berubah, tidak apa-apa,”

Ini bukan sahaja kerana tidak faham hukum tetapi juga kerana pemikiran sapere aude (bebas berfikir/bebas melakukan) ala Liberalisme yang dibawa oleh tokoh-tokoh sedemikian – yang berani bersuara menentang hukum-hakam ketetapan yang telah disepakati.

Inilah bahana yang ingin kita elakkan dari berlaku di Tanah Air kita. Kita tolak tokoh-tokoh Liberalisme dan Pluralisme kerana kita bimbang dengan aqidah anak cucu kita terpesong kerana agenda jahat mereka yang sengaja untuk merosakkan kita. Rosaknya aqidah ini membezakan antara syurga dengan neraka selama-lamanya.

Saya kongsikan carta di bawah yang diringkaskan dari risalah pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terbitan 2011 (http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/GEJALAMURTAD.pdf)

kaedah bw Murtad