Christian Names of GodAlhamdulillah. Buku-buku yang dipesan baru tiba. Dua lagi buku yang membicarakan nama-nama tuhan agama Kristian untuk menambah koleksi yang sedia ada.

Membeli buku-buku ini semata-mata demi untuk membuktikan bahawa TIDAK ADA mana-mana buku oleh penerbit-penerbit utama bahan bacaan Kristian di dunia barat (terutamanya di Amerika Syarikat) menyenaraikan nama suci Allah sebagai salah satu nama yang diperakui disebut dalam literatur utama Kristian sama ada yang klasik mahupun yang baharu.

Dari dua buku yang baru terima hari ini, dan dengan melihat secara lalu, ianya menambahkan lagi BUKTI bahawa pelampau evangelis Kristian di Malaysia hanya mahu menyalahguna nama suci Allah, apabila mereka menuntut hingga ke Mahkamah Persekutuan, semata-mata untuk tujuan kontekstualisasi – yakni tujuan menipu orang-orang yang ingin mereka murtadkan.

Kiriman sebelum ini … Mestikah Orang Kristian Guna Nama Suci ALLAH?

Advertisement