agenda Malay Mail jahatDengan tajuk “In 2014, Muslim hardliners crawl out of the woodwork”, akhbar The Malay Mail semalam menyiarkan satu artikel yang mengutuk NGO-NGO Islam yang bangkit bersuara memperjuangkan Islam di Tanah Air ini.

Selain menyenaraikan beberapa NGO yang lantang mempertahankan Islam, The Malay Mail juga menyenaraikan isu-isu yang mereka kata “things Muslim groups got angry with in 2014”.

Ini membuktikan perubahan dalam pengurusan akhbar tersebut sebelum ini memang mempunyai agenda tertentu. Semenjak mereka yang kebanyakannya dari The Malaysian Insiders mengambil alih akhbar tersebut, agama Persekutuan menjadi musuh no. 1 mereka dan kritikan-kritikan jahat sentiasadisiar dalam cara penglaporan berita dan analisa editorial mereka.

Mungkin The Malay Mail perlu diberi amaran dan tertibkan kerana provokasi dan sikap kurang ajar mereka.