You are currently browsing the monthly archive for January 2015.

Saya amat galakkan anda hadir. Ceramah oleh penulis buku “The Armies of God” Sdr. Iain Buchanan. Dengar sendiri dari orang yang telah banyak mendedahkan gerak kerja pelampau evangelis.

Tajuk:

Evangelization: A Global Business

Tarikh:

4hb Feb 2015 (Rabu)

Masa:

9:30 pagi – 12:00 tgh

Tempat:

Dewan Kuliah Fakulti (DKF 1.2)
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
USIM, Nilai, Negeri Sembilan

Iain Buchanan - USIM - 4Feb2015

Saya tertarik dengan kiriman terbaru Iain Buchanan dan Kak Maznoor di blog mereka (anaksihamid.blogspot.com) yang mendedahkan sekeping gambar jika dilihat sekali imbas bagaikan kumpulan lelaki dan perempuan berkopiah dan bertudung adalah mualaf yang baru hendak belajar Islam.

kontekstualisasi paderi Thailand

Tetapi sebenarnya gambar tersebut adalah para paderi Kristian yang mengenakan pakaian Islam untuk mendekati masyarakat Islam – suatu kaedah kontekstualisasi yang galak diamalkan oleh pelampau evangelis Kristian bagi menipu untuk memurtadkan orang-orang Islam.

Mereka bergambar sempena tamat latihan pada sekitar bulan Oktober 2006, bagi melatih 40 orang paderi bagi menyusup masuk ke masyarakat Islam di Thailand.

Nota: Iain Buchanan adalah penulis yang membongkar “The Armies of God” sebuah buku yang MESTI dimiliki untuk fahaman gerakan terkini pelampau evangelis Kristian di Malaysia.

Saya pernah kongsikan tulisan Iain sebelum ini: Lagi Pendedahan Gerakan Kristianisasi Oleh Iain Buchanan (The Armies of God)

Bacaan lanjut berkaitan KONTEKSTUALISASI:

Human Rights Watch (HRW) rated Malaysia poorly, said The Malay Mail Online (29 Jan 2015). In the opening paragraph, TMMO wrote:

Malaysia rated poorly in its human rights practices according to the Human Rights Watch’s (HRW) World Report this year, largely due to the heavy-handed use of the controversial Sedition Act 1948.

Let us now look at the HRW report on Malaysia, the opening paragraph too:

In May 2012, the Home Ministry banned the book Allah, Liberty & Love by female Canadian author Irshad Manji. In September 2013, the High Court overturned the ban on the Malay translation, but the Attorney General’s Chambers planned an appeal. The publisher’s application for judicial review of his arrest and prosecution under the Sharia Criminal Offenses (Selangor) Enactment 1995 was pending at time of writing, as was his effort to have the Federal Court declare the law unconstitutional. The publisher also faces charges in the Petaling Sharia Court. Although the High Court ruled in favor of Berjaya Books (Borders Malaysia) that had stocked the book, criminal prosecution in the Sharia court of a store salesperson for being in possession of the book was still pending at time of writing. The English language version of the book is still banned.

Wow, Malaysia is so bad, in the eyes of HRW, in its opening paragraph of the report.

Let us then look at HRW report on US of A. Also the opening paragraph:

The United States has a vibrant civil society and media that enjoy strong constitutional protections. Yet its rights record is marred by abuses related to criminal justice, immigration, national security, and drug policy. Within these areas, victims are often the most vulnerable members of society: racial and ethnic minorities, immigrants, children, the elderly, the poor, and prisoners. (emphasis added)

HRW-SorosIsn’t it a clear bias? HRW report starts with how great US of A is and for Malaysia, HRW relate a book banned of an American author to open its report? Why must a specific incident being portrayed for Malaysia to initiate the human rights attack whereas such a beautiful phrase (The United States has a vibrant civil society and media that enjoy strong constitutional protections) to introduce about human rights in a country where HRW is HQed in?

“… a vibrant … media …” ? Did they know that, just to quote one, in 1985, ABC 20/20 “story that probed purported affairs between Marilyn Monroe and both President John F. Kennedy and Robert F. Kennedy” had to be cancelled at the very last minute? … talking about vibrant media! Remember Geraldo Rivera resignation from ABC then?

As a Muslim, one cannot practice his right to practice polygamy in such a “great nation of USA”. Yes, polygamy is illegal there … isn’t that is also a human right?

Let us now look at who is behind HRW? How would we digest to understand such funding:

(New York, September 7, 2010) – George Soros, philanthropist and financier, today announced a challenge grant of $100 million over 10 years to Human Rights Watch. The grant from his Open Society Foundations, the largest that he has ever made to a nongovernmental organization, will be used to expand and deepen Human Rights Watch’s global presence to more effectively protect and promote human rights around the world. (http://www.hrw.org/news/2010/09/07/global-challenge)

Soros big talk is “human rights”, how about our economic rights? His funding is always to throw us deeper in the economic misery … the Soros style. Soros is also behind MalaysiaKini … The Mole has more about this: http://www.mole.my/content/malaysiakini-george-soros-taboo Has it not been clear yet?

Human rights activists seek Malaysia to ratify the UN conventions and declarations … does USA has nothing to ratify?

HRW report again:

Malaysia is a member of the UN Human Rights Council but has not signed or ratified most core human rights treaties

No mention about such issue in USA’s report.

I would like to end with this quote from The Global Issues dot org (it will be too long a posting to list all the USA assistance in killing our fellow human being in Israel, in Iraq, in Afghanistan … aghh … it will be too looong):

The USA and Human Rights

The leaders of the United States of America are proud to present the picture of being the foremost bearers of human rights.

  • Yet, they have often been heavily criticized for advancing their own interests and of double standards.
  • They often have not ratified various international human rights related treaties (and where it has, there have been many, many reservations).
  • US diplomats were influential in drawing up the 1948 Universal Declaration of Human Rights, yet the USA has not always put (some of their own) words into action.

Polemik tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pelampau evangelis Kristian tidak reda-reda. Selepas keputusan akhir Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan ‘The Herald’ daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, dalam versi bahasa Melayu terbitannya pada Jun 2014, mereka failkan pula untuk semakan kehakiman pada September 2014.

Minggu lepas, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak semakan penghakiman yang difailkan oleh gereja berhubung penggunaan kalimah Allah. Mahkamah memutuskan bahawa tiada prosedur tidak adil dalam keputusan Tujuh anggota panel sebelum ini.

Persoalannya … Apakah orang-orang Kristian benar-benar percaya bahawa Allah Azzawajalla itu adalah tuhan mereka? Apakah orang yang terpacak di tiang kayu itu Allah?

Saya kongsikan dalam grafik di bawah sikap beberapa tokoh Kristian terhadap Allah.

Allah - ditolak tokoh Kristian

Baca juga kiriman berkaitan tuntutan untuk menyalahgunakan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian:

 

Akhir-akhir ini banyak mesej yang diterima dari kawan-kawan dalam parti PAS yang bimbang dengan satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak. Apabila berjumpa, sungguh jelas dari raut wajah mereka ini dalam berkongsi maklumat “sulit” yang mereka perolehi.

[nota (15 Jul 2015): kiriman ini ditulis sekitar 6 bulan sebelum kemuncak Muktamar PAS yang meyaksikan kepimpinan ulamak berjaya menangkis cubaan menyingkir mereka]

Timbullah pelbagai persoalan. Apakah sampai peringkat itu kebencian sesetengah pihak dalam parti sendiri yang memusuhi para ulamak mereka? Ada pula yang mengatakan parti DAP yang amat bersungguh dalam percaturan ini. Malah ada yag berani menyebut bahawa DAP telah pun mengeluarkan dana (ingin juga saya sahkan jika ada sesiapa yang mempunyai bukti kukuh) kepada golongan tertentu untuk memastikan gerak kerja menyingkirkan kepimpinan ulamak terhasil apabila PAS mengadakan pemilihan kepimpinan yang baru pertengahan tahun ini. Wallahu ‘alam.

Kenapa kepimpinan ulamak tiba-tiba menjadi satu halangan dalam Pakatan Rapuh ini? Apakah benar kerana isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government – UG) dahulu membuat sebahagian besar kelompok dalam Pakatan Rapuh bimbang dengan kepimpinan PAS? Atau mungkinkah pengalaman percaturan memecat MB Khalid untuk digantikan dengan isteri kepada KETua UMum PKR sebagai gambaran sebenar terhadap kebimbangan mereka?

Apakah sebenarnya tujuan usaha untuk “menaja” gerak kerja menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS? Apakah semata-mata kerana ulamak dilihat tidak mampu mentadbir sesebuah negeri apatah lagi negara nanti? Atau apakah di kalangan strategis Pakatan Rapuh mereka sudah menjangkakan PAS tidak akan bersama dalam PRU14 jika ulamak terus memimpin parti Islam tersebut?

Jika dilihat sebelum tertubuhnya PASMA, isu ketidak sehaluan pemimpin haluan Liberal dalam PAS – atau seringkali disebut sebagai Anwarinas, dengan haluan ulamak sudah pun dikesan semenjak pemilihan Timbalan Presiden parti apabila undi puak ulamak berpecah akhirnya menaikkan Mat Sabu, yang sering dituduh pengamal Syiah itu, hasil dokongan kumpulan mereka yang tidak gemar dengan kepimpinan ulamak. (saya tidak setuju dengan label Erdogan yang mereka sendiri cuba popularkan – kerana Erdogan sebenarnya mendekatkan masyarakat sekular Turki kepada Islam, walhal, Anwar [dan Anwarinas] meliberalkan dan mepluraliskan masyarakat Islam kita).

Dengan pemilihan parti tinggal beberapa bulan lagi, perancangan untuk coup d’état parti PAS semakin mudah dibaca.

Dari musibah banjir, beberapa perkara aneh berlaku, baik dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan mahupun pergerakan parti keseluruhannya. Gerakan bantuan banjir parti pun dilihat berpecah. Kem Husam, Dr. Hatta dan kumpulannya seolah-olah tidak sekata dengan usaha bantuan banjir yang digerakkan oleh pentadbiran kerajaaan pimpinan MB sendiri.

bantuan banjir-MatSabu-LKSKehadiran beberapa pemimpin dari DAP mahupun PKR, yang sudahlah lewat dan banjir sudah mulai surut, nampak macam tersesat ditempat-tempat yang bukan epicenter banjir. Dan terlalu jelas kelihatan sesetengah mereka itu berlakon dalam duka orang yang menerima musibah.

“Saluran bantuan banjir sesetengah pihak dilihat terasing dari jentera utama pentadbiran kerajaan parti mereka sendiri dan sesetengah pimpinan negeri nampak macam tersisih dari bantuan dari parti komponen PR” … antara persoalan yang ditimbulkan oleh kawan-kawan yang terlibat.

GIK-impian KelantanTerbaru timbul pula:

Gabungan Impian Kelantan (GAMITAN) …

Impian kita – ialah mencetuskan kehidupan baru dari bah besar seperti teladan Nabi Nuh a.s, ujian banjir bukan pengakhiran dari kehidupan.

Kalau pengajaran banjir di zaman Nabi Nuh a.s. – ianya menghapuskan semua orang-orang yang kafir dan hanya orang Islam sahaja diselamatkan. Sukar untuk saya fahami analogi yang mereka cuba bawakan. Tetapi istilah “impian” itu, atau dalam bahasa Inggeris “dream”, mungkin mempunyai makna dan maksud tertentu. Kita bicara di lain kiriman, insha Allah.

Tertanya saya:

1. Berita pelancaran GIK terdapat di RoketKini tidak di Harakah. Mungkin jawapannya ialah kerana ianya usaha DAP. Tetapi tak kan Harakah langsung tidak siar – laman blog pro-Pakatan Rapuh banyak dah siar?

2. Di mana muka pimpinan kerajaan Kelantan? Senarai pimpinan yang hadir seperti edaran Sekretariat GIK tidak menyenaraikan pimpinan kerajaan negeri.

Apakah GIK ini suatu gimik DAP bagi memulih kegagalan lakonan yang lalu atau susunatur DAP bagi memastikan golongan ulamak tersisih dalam pemilihan parti nanti?

*******

Sebelum ini:

Tulisan susulan:

 

 

Sepertimana selalu berlaku, pelampau evangelis Kristian akan sentiasa mengambil kesempatan apabila berlaku sesuatu musibah di mana-mana sahaja.

Kisah pemurtadan anak-anak yatim semasa misi “bantuan” pasca tsunami Aceh banyak dilaporkan. Begitu juga kumpulan gereja menculik kanak-kanak kecil yang hilang ibu bapa mereka apabila gempa kuat melanda Haiti – untuk dibawa ke pusat-pusat missionari mereka.

Apabila banjir besar melanda negara kita, pelampau evangelis ini juga menggerakkan jentera mereka melalui pelbagai persatuan mereka. Selepas amaran awal dikeluarkan, beberapa petugas NGO yang prihatin dan masyarakat setempat telah memantau pergerakan pelampau ini.

Banjir-dakyah Kristian-edar bukuBanyak laporan yang kita terima. Kaedah mereka antaranya ialah mengedar barang-barang bantuan tetapi mereka selitkan bahan-bahan menghasut orang Islam untuk murtad. Mereka menyebarkan risalah dan buku komik untuk orang ramai terutama kanak-kanak.

Petugas kita dari beberapa tempat telah dapat mengesan pergerakan mereka. Saya sebut sebahagian sebagai contoh – iaitu, di Kg Slow Machang, Kg Tanjong Chenok Pasir Mas, Desa Tok Janggut Gua Musang, Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai dan juga di Bandar Kota Bharu sendiri. Mereka menaiki van dalam kumpulan 3-4 orang lelaki Cina (no. pendaftaran pun telah (dan sedang) kita kumpulkan).

Kumpulan-kumpulan ini akan mengedarkan bungkusan “bantuan banjir” tetapi turut serta di dalamnya dua naskah buku bertajuk Isa Al-Masih Kalimatullah (warna biru) dan Kisah Tentang Yesus Kristus. [buku warna biru (gambar di atas) pernah dilaporkan disebar oleh pelampau evangelis Kristian di I-City Shah Alam beberapa tahun lepas tetapi menggunakan kulit buku warna hijau]

Masyarakat Islam sekalian MESTI sentiasa peka dan memantau keadaan setempat serta memberi peringatan sesama kita. Musuh ini bergerak secara licik dan penuh tipu helah.  Jagalah keimanan sanak saudara kita.

Jika anda ada maklumat – salurkan kepada pihak berwajib. Atau hantar komen kepada saya di blog ini (saya tidak akan siarkan – jika perlu dirahsiakan) atau boleh PM di FB saya https://www.facebook.com/akarimomar

AlBaqarah120Sejak beratus tahun pelampau evangelis Kristian telah pun mengguna pelbagai tipu helah dan strategi halus penuh kejahatan untuk memurtadkan umat Islam seperti mana telah diperingatkan kepada kita oleh Allah S.W.T. dalam ayat 120 surah Al Baqarah.

Saya petik laporan berita bertarikh 2 Disember 2014 laman VOA Islam* – Indonesia

Data pergerakan aksi misionaris (kristenisasi) di Indonesia menunjukkan angka yang cukup mengerikan. Berdasarkan hasil riset Yayasan Al Atsar Al-Islam (Magelang) dan dalam rangkaian investigasi diperoleh data bahwa mulai tahun 1999-2000 Kristen dan Khatolik di Jateng telah meningkat dari 1-5 % diawal tahun 1990, kini naik drastis 20-25% dari total jumlah penduduk Indonesia. Insan Mokoginta (kristolog) menuturkan  berdasarkan penelitian di Solo sejak tahun 2010-2012 terdapat sebanyak 40.000 orang Islam yang murtad. Sementara di Klaten, sebanyak 23.300 orang Islam yang murtad. Informasi ini menurut Insan Mokoginta, di dapatkan dari Departemen Agama setempat, berdasarkan perkembangan demografis penduduk Muslim di Solo. Di mana jumlah penduduk Muslim semakin menyusut.

Di Aceh lebih mengkawatirkan lagi. Menurut penuturan seorang pendeta yang sudah masuk Islam, George Panjaitan, dikatakan bahwa orang Aceh Utara yang murtad jumlahnya mencapai 400.000 orang, jumlah ini ada di empat desa di wilayah tersebut. Banyaknya warga Serambi Mekkah yang murtad ini terjadi pada tahun 2006-2007. Kondisi ini terjadi sebagai akibat dari peran organisasi Gereja Internasional diterjunkan pada saat itu untuk untuk menangani korban Tsunami. Berbagai macam kristenisasi terselubung yang berbalut bantuan sosial dan kemanusiaan telah berhasil memikat hati warga Aceh ini sehingga mereka menggadaikan aqidahnya.

Laporan berita tersebut turut menyenaraikan antara kaedah muslihat Kristianisasi yang dilakukan di Indonesia (malah juga dilakukan kaedah sama di Tanah Air kita):

Diantara modus yang sering digunakan oleh kaum salibis untuk mengelabui dan menipu umat sehingga umat terkecoh dan meninggalkan aqidahnya adalah sebagai berikut:

  1. Membangun Gereja Ilegal – Keberadaan gereja bagi orang Kristen tidak hanya berfungsi sebagai tempat ritual tetapi lebih dari itu, gereja dibentuk untuk melaksanakan misi dari Yesus Kristus, yaitu untuk evangelisasi. Oleh karena itulah, pada 1969 dikeluarkan SKB (Surat Keputusan Bersama) Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri No. 01/BER/MDN-MAG/1969 yang di antaranya menyatakan bahwa setiap pendirian rumah ibadat perlu mendapatkan izin dari Kepala Daerah atau pejabat Pemerintah di bawahnya.Peraturan ini diperbarui pada 2006 dengan dikeluarkannya Peraturan Bersama Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri No. 9 εt 8/2006. Oleh pihak Kristen, peraturan ini dianggap merugikan mereka. Karenanya dalam banyak kasus, mereka tidak mengindahkan peraturan ini.Banyak gereja didirikan atau baru akan didirikan dengan tidak mengindahkan peraturan ini bahkan dilakukan dengan cara memanipulasi/penipuan tanda tangan warga, seperti kasus GKI Yasmin di Bogor beberapa waktu lalu.
  2. Kristenisasi Melalui Pendidikan – Kristenisasi melalui pendidikan dilakukan dengan berbagai cara, misalnya memberi bantuan biaya sekolah dan beasiswa, berkedok kampanye antinarkoba di kalangan pelajar, membagi-bagikan paket gratis kepada para pelajar yang berisi sebuah kaset mengenai kisah Yesus menurut Injil Lukas dengan ditutup kampanye antinarkoba bertajuk “Say No Drugs!” dan kiat belajar efektif, pembagian buku dan alat tulis. Bahan-bahan bacaan agama Kristen yang meliputi Injil dalam versi komik, buku mewarnai bergambar gereja, dan alat-alat lainnya yang bersimbol salib.
  3. Kristenisasi Melalui Bantuan dan Kegiatan Sosial – Bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam menjadi kesempatan emas bagi pihak Kristen untuk melakukan Kristenisasi. Mereka menawarkan bantuan, namun berbuntut dengan pemurtadan. Banyak kasus Kristenisasi melalui bantuan dan kegiatan sosial terjadi berulang kali. Misalnya, ketika terjadi bencana dan gempa bumi di Aceh pada Desember 2004, banyak misionaris Kristen datang sebagai relawan dan membawa bantuan sosial sekaligus melakukan pemurtadan. Scott Binner, misalnya, seorang pastur berkewarganegaraan Amerika. Dan akhirnya bayak diantara anak-anak dan warga Aceh yang kemudian murtad.
  4. Kristenisasi Melalui Hiburan – Kristenisasi melalui hiburan dilakukan dengan berbagai cara. Misalnya, mengamen dengan lagu-lagu gereja di bis kota , menyusupkan video klip berisi propaganda tentang Yesus pada VCD bajakan lagu-lagu Islami Haddad Alwi dan paket wisata.
  5. Mengklaim Beberapa Tokoh Islam Telah Masuk Kristen – Untuk meragukan umat terhadap Islam, pihak Kristen memfitnah beberapa tokoh Islam telah masuk Kristen. Seorang pendeta yang mengaku bernama Mohammad Filemon pada 2003 rajin memberikan ceramah kesaksian yang cukup spektakuler. Dia mengaku telah membaptis KH Zaenuddin MZ. Ceramah kesaksian itu direkam dalam VCD dan dijual di gereja. Setahun berikutnya, giliran pelawak Muslim asal Sunda, Kang Ibing, yang difitnah telah dibaptis masuk Kristen dengan harapan akan menjadi daya tarik bagi umat untuk mengikuti jejak orang-orang penting tersebut.
  6. Memacari, Memperkosa, Menghamili, Mengawini lalu Memurtadkan – Masih ingat kasus artis Asmirandah yang rela menggadaikan aqidahnya demi cinta butanya pada pacarnya yang seorang misionaris.
  7. Menggunakan Bantuan Jin – Usaha pemurtadan dan Kristenisasi lewat sihir, jin dan hipnotis terjadi di beberapa daerah. Pada akhir 2003, sembilan santri putri Pesantren Khairu Ummah mengalami kesurupan. Dalam proses penyembuhan atau ruqyah, jin-jin yang merasuki tubuh anak-anak santri tersebut meminta tolong kepada Bunda Maria dan Yesus serta terus menerus menyebut Haleluya.

warga Sentul dikristen melalui pengobatanMenurut laporan dari fimadani.com, satu lagi kaedah penipuan ang dilakukan oleh pelampau evagelis Kristian adalah menggunakan acara lawatan pelancongan dengan membawa orang-orang kampong menaiki bas sambil didakyahkan dalam perjalanan dan melalui acara-acara lawatan.

… sejumlah pengasuh Ponpes mendatangi Polres Kabupaten Bogor Selasa malam (5/11/2014) untuk melaporkan upaya kristenisasi dan pemurtadan terhadap warga Sentul.

Puluhan warga telah menjadi korban pemurtadan berkedok wisata. Mereka dikumpulkan oleh Asih, seorang pembantu rumah tangga yang disuruh oleh majikannya Ibu Tinah seorang Nasrani yang tinggal di perumahan Tampak Siring Sentul.

“Kejadiannya pada Ahad lalu, jam 6 pagi puluhan warga disediakan 8 bis dan diajak jalan-jalan gratis ke Jakarta. Bilangnya acara di Kementrian Perindustrian tapi malah dibawa ke Monas. Lalu kawan saya di Jakarta memantau acara tersebut, ternyata memang benar warga Sentul di ajak ke Monas. Di acara bertajuk Gelar Budaya Rakyat tersebut ada stand untuk curhat, setiap orang dipegang pundaknya, diminta menceritakan masalahnya lalu diomongin kalimat-kalimat pemberkatan”

“Selain itu mereka juga diajak acara dipanggung, disitu ada beberapa orang yang membuat kesaksian telah sembuh dari sakitnya karena mukjizat Tuhan. Ada kalimat-kalimat ‘kita butuh makan, kita butuh hidup layak, dan semua itu bisa kalau ada Tuhan yang memberkati kita’, peserta seperti dihipnotis dan diobati ala mereka”

 

* sumber dari laman Hizbut Tahrir Indonesia tetapi bukan tujuan untuk mempromosi mereka

Bahagian II Pelembagaan Persekutuan adalah berhubung Kebebasan Asasi (Fundamental Rights). Atas perkara-perkara di Bahagian inilah mereka asyik melaungkan kebebasan memekik siang dan malam tentang kebebasan individu.

Bagi mereka undang-undang dan peraturan yang ada bagi mengharmonikan kehidupan rakyat Tanah Air ini telah menyekat kebebasan mereka. Mereka terkongkong oleh “sekatan-sekatan” tersebut dari melakukan sebarang apa yang mereka suka dan dari meluahkan perasaan dan pandangan mereka mengikut kehendak nafsu mereka.

Mereka tuntut hak untuk kebebasan individu? Bagi mereka hak kebebasan mereka lebih penting dan mengatasi hak orang lain. Bebas bagi mereka ialah boleh melanggar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Kehidupan kita ada batas-batas tertentu. Tidak ada kebebasan mutlak untuk seseorang individu.

hak bebas-lampu isyaratAmbil contoh lampu isyarat di persimpangan jalanraya. Ianya suatu peraturan supaya boleh mengurus pergerakan kenderaan dari pelbagai hala supaya tidak berlaku kesesakan dan perlanggaran.

Bagi orang yang mahukan kebebasan, mereka pasti merasakan itu sebagai suatu sekatan kepada haknya untuk melalui persimpangan. Kereta di depannya yang berhenti kerana patuh kepada arahan lampu merah, baginya telah mengganggu kebebasannya untuk berjalan terus.

Jika semua orang menuntut untuk bebas dari kawalan lampu isyarat apakah ada keselamatan, ketenteraman dan kedamaian di jalanraya Tanah Air kita?

Apabila peraturan itu ditetapkan – ada sebabnya.

Bagi yang tuntut hak kebebasan masing-masing secara membuta itu mungkin wajar hidup di dalam hutan. Namun mereka mesti ingat – di dalam hutan pun ada had-had yang perlu mereka patuhi. Harimau akan membaham jika mereka tidak hati-hati kerana itu hak harimau di dalam hutan.

Sebab itulah perlunya ada Akta Hasutan demi untuk menjaga keharmonian masyarakat di Tanah Air kita ini. Sepertimana orang yang yang tidak sukakan peraturan lampu isyarat, orang yang tidak mahukan Akta Hasutan kerana mereka gemar menghasut – Penghasut Memang Tidak Suka Akta Hasutan

Baca juga tentang … Perlumbaan Tokoh Liberalisme – Perlumbaan Ke Neraka Jahanam?

UPR Comango-CRC-Menteri RotanKetua Delegasi Gabungan Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin, pernah dipetik mengatakan bahawa ancaman dari Comango berterusan walaupun sesi UPR 2013-2014 telah selesai di Geneva semasa sidang UPR untuk Malaysia berakhir pada bulan Mac 2014. Saudara Azril yang kini menjadi Ketua Eksekutif CENTHRA-www.centhra.org (sebuah badan penyelidikan dan advokasi hak asasi manusia menurut perspektik Islam), turut menjangkakan bahawa COMANGO akan terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) berikutnya pada 2017.

Walaupun kita merasa syukur dengan beberapa keputusan positif yang dibuat oleh kerajaan semasa di Geneva ketika itu namun ianya tidak selesai begitu sahaja. (UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang) Benarlah jangkaan Sdr. Azril bahawa agenda COMANGO tidak terhenti selepas Mac 2014 lalu.

Semalam, menteri Rohani Karim dipetik berkata bahawa merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Sebenarnya dalam laporan tuntutan COMANGO ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk proses UPR (baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)? dan juga Anda MESTI TAHU ambil tahu Ancaman COMANGO telah pun menyebut tentang CRC (atau Convention on the Rights of the Child). Mereka telah pun menekankan dalam cadangan mereka di baris pertama laporan mereka untuk menuntut perlaksanaan CRC sepenuhnya .

Apakah keputusan kerajaan ini merupakan sebagai suatu kejayaan COMANGO?

CRC-Jenayah Rotan - bagaimana agamaDengan tajuk di dada akhbar hari ini berbunyi “Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah” dan menteri menyebut bahawa “hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)” maka saya ingin mengimbau kembali ancaman dari kerja-kerja jahat COMANGO.

Saya ingin kongsikan kiriman yang telah saya tulis setahun lalu yang saya salinkan semula di bawah ini. Apakah benar juga bahawa Ancaman Comango dijangka berterusan? Baca juga: Benarlah Bahawa Agenda COMANGO Berterusan

Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO

Mungkin ramai lagi yang masih sangsi sejauh manakah ancaman COMANGO ini. Masih ada di kalangan masyarakat yang tidak tahu pun ada isu penting yang mengancam umat Islam di Tanah Air ini. Masih kedengaran hadirin yang terkejut dan baru sedar apabila kami lakukan sesi penerangan di seluruh Negara tentang ancaman tuntutan COMANGO.

Bicara tentang COMANGO ini bermula dari satu proses Semakan Berkala Sejagat PBB di Geneva (baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?). COMANGO adalah gabungan beberapa buah NGO di Malaysia yang telah menghantarkan beberapa tuntutan yang terkandung pelbagai ancaman terhadap kedudukan Perlembagaan Persekutuan dan umat Islam keseluruhannya (baca: Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia? dan juga Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan).

Namun dalam pada terdapat ancaman-ancaman sedemikian, masyarakat awam masih ramai yang tidak peka dengan ancaman ini dan tidak kurang pula yang skeptik terhadap sesi penerangan yang dibuat oleh NGO-NGO Islam, termasuk gabungan NGO-NGO Islam seperti MuslimUPRo (klik https://www.facebook.com/muslimupro).

azizul shawati keluarga

Dalam pada itu, Negara kita gempar membaca laporan ibu bapa Melayu ditahan di Sweden Disember 2013 kerana dikatakan memukul anak mereka untuk solat. Ramai yang memberi pelbagai komen. Tetapi tidak ramai yang maklum bahawa apa yang berlaku ke atas pasangan Azizul dan Shawati jauh di Sweden itu sebenarnya bakal akan berlaku di Malaysia. Ianya bakal menyumbat ramai ibu bapa ke penjara dalam masa yang terdekat … jika antara tuntutan COMANGO di Geneva terlaksana.

Apakah di antara tuntutan COMANGO tersebut? Di dalam cadangan yang paling utama yang terkandung dalam laporan COMANGO kepada UNHRC untuk UPR pusingan kedua Malaysia bertarikh 11 Mac 2014 dipetik sebagai berikut:

Recommendations:
1.1. Remove all reservations and declarations on CEDAW, CRC and CRPD.

article 14-CRCCRC yang disebut dalam cadangan mereka ialah Child Rights Convention untuk perlindungan kanak-kanak. Malaysia telah menanda tangani CRC namun, Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan-tuntutan di dalam konvensyen tersebut.

Apakah perkara yang belum Malaysia laksanakan? Di antara perkara yang belum Malaysia laksanakan ialah Perkara 14 yang memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih agama mereka sendiri dan ibu-bapa yang menetapkan agama ke atas kanak-kanak mereka boleh dikenakan hukuman.

Suasana ini amat bercanggah dengan hadith Nabi s.a.w. bahawa “Setiap  bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Hadith sahih tersebut jelas meletakkan tanggung jawab ke atas kedua ibu-bapa.

CRC-penjara ibubapaApakah IMPLIKASI jika Kerajaan menuruti desakan COMANGO untuk melaksanakan seluruhnya CRC tersebut?

1. Menjadi kesalahan bagi orang yang mengazankan ke telinga kanan dan iqamat ke telinga kiri bayi yang baru lahir kerana itu adalah menetapkan agama ke atas bayi yang dilahir itu.

2. Ibu bapa boleh dijatuhkan hukuman apabila mengkhatan anaknya.

3. Ianya juga menjadi kesalahan untuk ibu bapa bayi untuk melakukan aqiqah dan seumpamanya kerana itu termasuk dalam kategori menetapkan agama bagi kanak-kanak ini.

Jika ini berlaku nanti, maka berjayalah satu lagi tuntutan yang sudah lama mereka desak. Dahulunya melalui Inter Faith Council (IFC), kemudian bertukar pelbagai wajah. Sebagai penerusan agenda musuh kita ini, kini mereka menggunakan jarum COMANGO untuk mendapat tekanan dari luar Negara ke atas Tanah Air tumpah darah ku ini. (baca: COMANGO – Talibarut Asing?)

Maka terlaksanalah hajat mereka untuk membuangkan status agama dalam sijil kelahirian dan kad pengenalan kita.

Apakah perlu kita berdiam diri memeluk tubuh?

Sesi Penerimaan Akhir (Final Adoption) untuk Kerajaan Malaysia dalam proses UPR kali ini akan berlangsung di Geneva pada 20hb Mac ini. Sama-sama kita berdoa serta meminta Kerajaan Malaysia bertegas menolak tuntutan-tuntutan COMANGO yang jelas menggugat kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. (kenyataan media MUAFAKAT)

Kami juga mendoakan delegasi NGO-NGO Islam di bawah naungan MuslimUPRo yang sedang berada di Geneva agar diberi kekuatan serta kepetahan berhujah untuk menyanggah ancaman bawaan COMANGO yang bakal menyesatkan umat di Tanah Air kita ini.

… Insha Allah bersambung untuk melihat ancaman-ancaman lain lagi.

Nota: CRC secara penuhnya disebut – Convention on the Rights of the Child

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2015
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid