You are currently browsing the daily archive for 2 January, 2015.

Merujuk kepada artikel Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?, ramai yang bertanya siapakah yang memulakan cerita palsu tersebut.

Memang saya tidak menyebut secara khusus sumber bermulanya cerita palsu itu dalam kiriman bertarikh 1 Jan 2015 tersebut. Namun, pada pagi tersebut, saya telah pun menerima beberapa kali mesej (telah dilampirkan pada artikel sebelum ini) yang menyalahkan projek pembinaan empangan Kenyir 2 sebagai punca “tsunami kecil” yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai. Sebab itulah saya telah menulis untuk menjawab tuduhan palsu yang langsung tidak masuk akal tersebut.

Saya telah memberi hujah  (kerana sunnatullahnya) kenapa ianya MUSTAHIL untuk air takungan untuk projek empangan Kenyir 2 dari Sg. Tembat boleh mengalir untuk membanjiri Kelantan. (Bacalah bagi yang belum membaca: Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2? – jangan memberi komen yang boleh menyerlahkan sikap diri kita tanpa membaca dan faham terlebih dahulu)

Bagi menjawab siapa yang sebenarnya memulakan cerita palsu yang tidak masuk akal itu mungkin boleh saya kongsikan di sini status yang dikemaskinikan oleh Husam Musa di FB beliau. Kenyataan bertarikh 31 Dis 2014, “timestamped” pada 7:55 pagi,  antara lain menyebut:

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Kalau sebelum ini saya memanjangkan sebutan orang kampung mengenai empangan Jajar, ada pihak yg membetulkan.

Orang kampug mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dlm pembinaan.

Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

FB-Husam-banjir sebab empangan kenyir2-31dis2014aAyat terakhir di atas seolah telah mengSAHIHkan bahawa “limpahan dari situ menjadi punca” kepada banjir “TERPELIK” di Kelantan berpunca dari TNB kerana “Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua“.

Jika 600 lebih orang sudah “like” dan dikongsikan seramai 100 orang lagi – maka tidak mustahillah cerita palsu sebegini mudah tersebar dengan meluas.

Yang menjadi berganda kepada masalah ini ialah bagi pengikut yang terlalu fanatik, mereka tidak mahu menerima jawapan yang akan menyangkal cerita palsu pemimpin mereka.

Anda bagaimana?

********

Di bawah adalah info grafik yang memberi gambaran mustahil untuk air dari Sg. Tembat mampu untuk membanjiri Kelantan dengan begitu dahsyat sekali.

Punca banjir Kelantan

dan baca juga jawapan rasmi TNB yang mengambil masa 4 hari untuk jawab – KLIK

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2015
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid