Newsweek-bible sin-Jan2015Newsweek, dalam isu terbarunya (1 Jan 2015), di bawah tajuk “The Bible: So Misunderstood It’s a Sin” menimbulkan satu persoalan besar tentang kesahihan Bible dan ajaran Kristian sendiri. Penulis, Kurt Eichenwald, mendedahkan pemalsuan dan penipuan serta penyelewengan ajaran Bible dan agama Kristian yang banyak mengambil amalan pagan Romawi.

Malah bagi Eichenwald, Bible itu sudah jauh terpesong dan amat diragui kesahihannya kerana naskah yang orang Kristian anggap sebagai kita suci mereka itu merupakan:

a translation of translations of translations of hand-copied copies of copies of copies of copies, and on and on, hundreds of times.

Artikel tersebut turut mendedahkan konspirasi dan pembunuhan ke atas sesiapa yang menentang komplot yang melahirkan agama baharu berasas “Nicaea Creed” pada tahun 325 dan akhirnya melahirkan kepercayaan kepada Tuhan Tiga (Trinity) itu 50 tahun kemudian.

Anda boleh baca langsung dari laman Newsweek untuk baca keseluruhan artikel tersebut.