You are currently browsing the daily archive for 8 January, 2015.
Apakah The Malaysian Insider (TMI) gemar membela agenda puak-puak pelampau evangelis Kristian? TMI dilihat sentiasa akan mengapi-apikan situasi hingga menimbul kesangsian apakah mereka mempunyai niat jahat dalam membawa isu-isu kristianisasi di Tanah Air kita.
Terbaru, TMI menghangatkan kembali isu seminar membongkar agenda jahat Kristinisasi di Tanah Air kita dengan laporan mereka hari ini bertajuk “Why no action on UiTM anti-Christianity seminar after 8 months, ask complainants”.
Timbalan Perdana Menteri telahpun menjelaskan isu seminar tersebut bahawa ianya adalah suatu perbincangan intelektual. (baca: TPM: Seminar anti-Kristian UiTM hanya perbincangan intelektual)
Yang diungkit oleh TMI hari ini ialah:
At the May 6 seminar, which featured speakers from Indonesia, the audience was told that undercover Christian priests had been sent to Malaysia under different guises, including working with Muslim children as football coaches, to proselytise and convert Muslims.
Memang benar. Memang ada paderi yang menyamar sebagai jurulatih bolasepak. Saya yang dedahkan dalam seminar itu bahawa ada paderi Kristian yang dihantar oleh gereja luar negara dan dirancang bersama gereja di Tanah Air kita khusus untuk murtadkan orang Melayu. Noktah.
Betapa jahatnya TMI ini, persoalan tersebut saya sudah pun jawab sebelum ini apabila mereka melaporkan (6 Mei 2014):
A Muslim non-governmental organisation has warned of undercover Christian priests who have been sent to Malaysia under different guises to proselytise and convert Muslims. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) president Abdul Karim Omar said these “undercover priests” worked with Muslim children as football coaches and others.
[fakta TMI pun salah – saya bukan Presiden Muafakat]
Saya sudah katakan sebelum ini bahawa “Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak” (klik untuk baca) dan saya turut mempertegaskan lagi, apabila TMI mengangkat Mujahid Rawa sebagai tokoh “salibiyah evangelis” (mungkin inilah pengiktirafan untuk anak bekas pemimpin Parti Islam SeMalaysia), bahawa memang saya ada bukti “Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak” (klik untuk baca).
TMI turut mengatakan bahawa seminar tersebut “belittled the Bible by alleging that it contained “tales””. Memang betul Bible itu penuh dengan kepalsuan dan segala penipuan. Bukan setakat kita-kita sahaja yang kata. Ini dilaporkan oleh Majalah antarabangsa “NEWSWEEK” baru dua minggu lepas! (klik untuk baca) Bible itu dibukukan hasil dari:
a translation of translations of translations of hand-copied copies of copies of copies of copies, and on and on, hundreds of times.
Pencatatan Bible itu terputus “sanad”nya berkali-kali. Malah Newsweek menyenaraikan pelbagai kepalsuan yang terkadung di dalam Bible dan mengambarkan seolah-olah ada suatu konspirasi untuk meminda ajaran asal Nabi Isa a.s. menjadi suatu penyembahan dewa Greek dan berevolusi dari tuhan yang satu menjadi sembahan kepada dua tuhan dan akhir tuhan tiga (triniti).
Apakah TMI sebenarnya mempunyai agenda mengalih perhatian dari pendedahan Newsweek tersebut? Apakah TMI sememangnya mempunyai agenda jahat? Ini bukan pertama kali bagi TMI. Baca: Malaysian Insider Medan Penghasut dan Pelampau Agama dan Apakah Sebenarnya Agenda Malaysiakini dan MalaysianInsider Yang Marah Apabila Strategi Gerakan Kristian Didedahkan?
Blogger Helen Ang telah beberapa kali dengan panjang lebar membongkar agenda jahat pelampau EVANGELISTA Kristian di Tanah Air ini – baca: UiTM seminar accused of whipping up anti-Christian sentiments. Malah Helen Ang turut memberi gambaran bahawa orang Islam mungkin mengalami nasib seperti negara Islam Nigeria yang kini sudah hilang majoriti kepada penganut Kristian. Itu mungkin terjadi. Malah menurut Helen Ang lagi – Korea Selatan kini sudah pun menjadi negara majoriti Kristian walaupun penganut Kristian kurang dari 0.5% 100 tahun lalu.
Wahai umat Islam di Tanah Melayu ini, janganlah dikau jadikan bumi ini sebagai kubu terakhir sepertimana Granada jatuh pada tahun 1492 sekali gus menamatkan Islam di Andalusia.
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Melayu Kristian?
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Penyebaran Kristian Yang Berterusan – Umat Islam Di Seremban Hilang Sabar
- Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian
Husam Musa mempersoalkan TNB di dalam status FBnya pada 7:55 pagi 31 Dis 2014 dengan berkata:
Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???
Dan seolah-olah mengatakan bahawa beliau ada maklumat:
Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.
Sebagai seorang yang berpengalaman, yang dulunya kalau di Parlimen seperti seorang jagoan berhujah dengan “fakta” dan mampu menerbitkan buku bagi mempersembahkan hujahnya untuk bacaan ramai, boleh terbawa-bawa dengan tuduhan liar tanpa siasatan cerdik untuk menyelidik maklumat yang lebih logik (kecuali kali ini dia merasa rendah diri atau dia sudah jadi kurang cerdik semenjak tidak lagi menjadi exco). Apakah dia sudah diserang Alzheimer?
Dalam pada rata-rata orang bercakap tentang kawasan tadahan hujan tanah tinggi di Kelantan (antaranya Lojing) yang dirodok dan digondol musnah tinggal hanya botak warna merah menadah hujan – Husam masih tidak mahu tumpu pandangannya ke arah Lojing.
Kenapa Husam mahu layan cerita pembinaan empangan Kenyir 2 yang langsung tidak masuk akal (kalau dia rasa dia masih cerdik) SEBALIKnya tidak pula melayan teori yang jauh lebih munasah bahawa kawasan tadahan tanah tinggi di Kelantan sudah tidak mampu lagi menahan curahan hujan yang banyak?
Kenapa Husam tidak mahu membersihkan namanya yang diterpalitkan dengan skandal pemusnahan alam sekitar di tanah tinggi Lojing?
Dalam pada TNB telahpun menjelaskan bahawa MUSTAHIL bagi kemusnahan di Kelantan disebabkan kerja-kerja pembinaan di Terengganu, Husam pilih untuk membetulnya tuduhan asalnya hanya sekadar menampal kenyataan TNB pada FBnya dan kemudian menghalakan sasaran baru kepada Gunung Gagau sebagai punca “banjir terpelik”nya.
Husam masih tidak mahu sentuh LOJING. Kenapa?
***********
Apabila kita yang menderita
Kita hanya mampu
TerseNGEH-seNGEH
TerNGA-NGA
Yang untung dan kaya pun turut
TerseNGEH-seNGEH
TerNGA-NGA
Tetapi dalam kegembiraan
… jika ianya benar, apakah gambaran kertas sekeping di bawah ini ada ertinya?
p.s. terima kasih kepada yang kongsikan cetakan SSM di atas di alam maya
************
Al kisah balak dan banjir …
- Kenyataan TNB Menjawab Fitnah Husam Musa
- Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?
- Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?
Recent Comments