Husam Musa mempersoalkan TNB di dalam status FBnya pada 7:55 pagi 31 Dis 2014 dengan berkata:

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Dan seolah-olah mengatakan bahawa beliau ada maklumat:

Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Sebagai seorang yang berpengalaman, yang dulunya kalau di Parlimen seperti seorang jagoan berhujah dengan “fakta” dan mampu menerbitkan buku bagi mempersembahkan hujahnya untuk bacaan ramai, boleh terbawa-bawa dengan tuduhan liar tanpa siasatan cerdik untuk menyelidik maklumat yang lebih logik (kecuali kali ini dia merasa rendah diri atau dia sudah jadi kurang cerdik semenjak tidak lagi menjadi exco). Apakah dia sudah diserang Alzheimer?

Dalam pada rata-rata orang bercakap tentang kawasan tadahan hujan tanah tinggi di Kelantan (antaranya Lojing)  yang dirodok dan digondol musnah tinggal hanya botak warna merah menadah hujan – Husam masih tidak mahu tumpu pandangannya ke arah Lojing.

Husam-ohBangauKenapa Husam mahu layan cerita pembinaan empangan Kenyir 2 yang langsung tidak masuk akal (kalau dia rasa dia masih cerdik) SEBALIKnya tidak pula melayan teori yang jauh lebih munasah bahawa kawasan tadahan tanah tinggi di Kelantan sudah tidak mampu lagi menahan curahan hujan yang banyak?

Kenapa Husam tidak mahu membersihkan namanya yang diterpalitkan dengan skandal pemusnahan alam sekitar di tanah tinggi Lojing?

Dalam pada TNB telahpun menjelaskan bahawa MUSTAHIL bagi kemusnahan di Kelantan disebabkan kerja-kerja pembinaan di Terengganu, Husam pilih untuk membetulnya tuduhan asalnya hanya sekadar menampal kenyataan TNB pada FBnya dan kemudian menghalakan sasaran baru kepada Gunung Gagau sebagai punca “banjir terpelik”nya.

Husam masih tidak mahu sentuh LOJING. Kenapa?

***********

Advertisements