Tersebar hari ini rakaman video persembahan “live” kumpulan K-Pop “B1A4” di KL Live semalam (10 Jan 2015) yang memaparkan beberapa anak gadis Melayu BERTUDUNG dipeluk artis-artis K-Pop di khalayak ramai di atas pentas dengan tepuk sorak.
Pelbagai komen dan respons yang dikeluarkan. Ada yang mengatakan perempuan Melayu dicabul di atas pentas. Tetapi jika diperhatikan, sebenarnya anak-anak gadis ini yang gatal sudi merelakan dicabul.
Inilah budaya hedonisme hasil pengaruh liberalisme pasca modernisme yang sudah tidak lagi mengambil pakai budaya dan susila ketimuran dan batas-batas agama. Ianya bukan baru-baru ini sahaja yang timbul tetapi ianya semakin galak meresapi di kalangan orang Melayu. Kita bicarakan soal Liberalisme Agama dan pengaruh pemikiran pasca modernisme ini dalam ruang lain.
Kiriman kali ini kita ingin bicarakan tentang pengaruh K-Pop dan ancaman halus dari penyebaran budaya ini.
Mungkin ramai dari kalangan kita yang tidak tahu bahawa:
1. Negara Korea Selatan (dahulunya semasa Korea yang satu) mempunyai penganut Kristian kurang dari SETENGAH peratus sahaja (0.5%) dari keseluruhan penduduknya. (pada tahun 1905). Selepas 100 tahun berlalu, hasil dari gerakan dakyah Kristian besar-besaran sekitar tahun-tahun 70an dan 80an (berlanjutan ke 90an) penganut Kristian menjadi kelompok agama yang terbesar di Korea Selatan pada tahun 2006. Malah, negara itulah satu-satunya negara di Asia Timur yang mempunyai penduduk Kristian majoriti.
2. Pada tahun 2006, Korea Selatan telah menjadi negara pengeksport mubaligh Kristian kedua teramai selepas Amerika Syarikat, menggantikan United Kingdom sebelum itu. Mubaligh Kristian dari negara Korea Selatan berkeliaran seluruh pelusuk dunia. Mereka di Iraq dan di Afghanistan menyamar (baca MENIPU) untuk misi bantuan kemanusiaan dan ada yang menjadi “penterjemah” (?) – ingat yang disembelih dalam youtube dulu? Kumpulan mubaligh dari Korea Selatan juga pernah ditangkap oleh kumpulan Taliban dan dibunuh 2 orang dari 23 mereka.
3. Kajian rambang yang dibuat mendapati, hampir 80% dari artis K-Pop beragama Kristian (tidak kira kumpulan lelaki mahupun perempuan). Selebihnya adalah terdiri dari golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animisme.
4. Ramai dari artis K-Pop ini adalah aktivis gereja dan terlibat langsung dalam dakyah agama Kristian. Sebahagian besar dari mereka adalah ahli kumpulan nyanyian gospel di gereja masing-masing semasa kecil/remaja – sebelum popular menjadi artis K-Pop. Malah ada yang mengatakan bahawa genre K-Pop adalah evolusi dari Korean Contemporary Christian Music (KCCM) yang bermula pada dekad 1970an sebelum K-Pop menjadi popular.
Kembali kepada isu yang kita bincang, berkaitan gadis-gadis Melayu lengkap bertudung yang merelakan diri dicabul di khalayak ramai, mungkin adalah suatu penghinaan yang disengaja dan mungkin inilah agenda jahat terselindung pelampau evangelis Kristian yang telah memurtadkan anak-anak muda Melayu melalui percintaan yang terlanjur. Kisah Aishah Bukhari dan Azlina Jailani masih kita ingat!
Ya Allah peliharalah umat ini dari fitnah akhir zaman dan budaya hedonisme ini. Para ibu bapa – waspadailah gejala ini. Wahai anak muda – jangan terlalu mudah terpedaya.
Jika mengikut jadual yang telah diaturkan, hampir setiap minggu akan ada kumpulan K-Pop yang datang ke Malaysia mengadakan persembahan live mereka. (Saya tidak mahu kongsi senarai jadual mereka di sini kerana tidak mahu terlibat mempromosikannya)
Baca juga susulannya … Kepopularan K-Pop Telah Merancakkan Kerja Dakyah Kristian
… dan:
- Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian?
- Kuil-kuil Buddha Di Korea Dimusnahkan Oleh Pelampau Kristian Yang Ganas
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Melayu Kristian?
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
- Malaysian Insider Membela Agenda Pelampau Evangelis Kristian?
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Penyebaran Kristian Yang Berterusan – Umat Islam Di Seremban Hilang Sabar
- Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian
6 comments
Comments feed for this article
11 January, 2015 at 11:51 pm
Zainab Rabi'ah
allahu robbi
12 January, 2015 at 4:44 am
luaydpk
di barat kristen merosot gereja di jual beralih ke timur…
14 January, 2015 at 10:30 am
Setelah Pencabul K-Pop Menghina Maruah Agama Negara, Penganjur Masih Bebas Mengimport Budaya Cabul Tanpa Dikenakan Tindakan!!! | Karim's Blog
[…] Tuan Haji A. Karim Omar menulis bahawa K-Pop itu membawa bersamanya agenda Evangelisasi Kristianisasi global dalam bentuk […]
15 January, 2015 at 6:12 pm
fariskhairi
Salam saudara, boleh beri pencerahan bukti K-Pop cuba menyebarkan agenda Kristian? Selama saya tengok muzik, video, filem etc, tak ada lagi yang saya nampak cuba mengetengahkan unsur unsur keagamaan atau ketuhanan, malah kebanyakannya mempromosikan hedonisma, cinta remaja, dan segala lagi hal-hal duniawi yang tidak penting. Dan itu semua juga bukanlah apa yang agama Kristian galak atau praktikkan di dalam ajaran mereka.
Saya lebih percayakan fakta-fakta yang berbukti, bukan sahaja fakta yang dipetik dari udara seperti mana yang ditunjuk oleh artikel saudara ini. Kerana jika fakta tidak benar, boleh menimbulkan fitnah dan memecah belahkan komuniti dan juga merosakkan akhlak umah sendiri. Jadi apa yang ditulis atau dipublish perlu berhati-hati malahan lagi di era teknologi kini di mana sesiapa sahaja boleh menyuarakan pendapat masing-masing. Yang paling rugi adalah hamba lemah di luar sana yang percaya secara buta tuli tanpa mencari kebenaran sesebuah artikel.
24 July, 2015 at 5:53 pm
Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian? | Karim's Blog
[…] Perlu diingat, Korea Selatan kini adalah menjadi negara pengeksport mubaligh yang kedua teramai selepas Amerika Syarikat mulai tahun 2006. Korea Selatan kini telah dianggap sebagai negara Kristian kerana mempunyai penganut Kristian sebagai kelompok agama terbesar, mengalahkan penganut Buddha yang satu masa dahulu menjadi penganut teramai. (baca: Korea Sebuah Negara Kristian – K-Pop Suatu Agenda Promosi Kristian?) […]
27 July, 2015 at 8:14 am
Kuil-kuil Buddha Di Korea Dimusnahkan Oleh Pelampau Kristian Yang Ganas | Karim's Blog
[…] Korea Sebuah Negara Kristian – K-Pop Suatu Agenda Promosi Kristian? […]